Anda di halaman 1dari 2

Kelebihan Menggunakan Gambar dalam Pengajaran dan Pembelajaran Antara kelebihan menggunakan gambar dalam pengajaran dan pembelajaran

termasuklah: 1. Gambar adalah murah dan mudah diperoleh. 2. Perincian visual gambar memudahkan permahaman topik-topik dalam mata pelajaran yang mungkin sukar difahami. 3. Gambar dapat membantu dalam mengelakkan salah tanggapan serta berupaya untuk membetulkannya. 4. Gambar memberikan rangsangan kepada sesiapa untuk melanjutkan kajian, bacaan tambahan, dan penyelidikan. Gambar sebagai bukti visual merupakan alat yang amat berkesan dalam hal ini. 5. Gambar dapat memfokuskan tumpuan pelajar dan memperkembang penghakiman kritis.

Limitasi Penggunaan Gambar dalam Pengajaran dan Pembelajaran 1. Saiz dan jarak dalam gambar mungkin mengubah rupa bentuknya. 2. Kurangnya warna dalam sesetengah gambar boleh mengehadkan ketepatan tafsiran. 3. Ada kala pelajar menghadapi masalah mentafsir dan memahami gambar. 4. Kurang berkesan jika gambar tidak diberikan kepada setiap pelajar atau tidak diprojeksikan dengan baik untuk seluruh kelas.

Panduan Penggunaan Gambar

1. Untuk alat Bantu mengajar , gunakan gambar yang besar agar dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid dalam kelas. 2. Semasa digunakan, letak gambar di atas alas atau pemegang atau kaki atau diletakkan diatas papan kapur, supaya gambar berkedudukan tegap. 3. Hadkan jumlah gambar yang bakal digunakan pada satu-satu masa. 4. Gunakan satu gambar pada satu-satu ketika agar perhatian murid tidak terganggu kerana terlalu banyak visual. 5. Cuba tarik perhatian murid dengan memberi soalan-soalan yang bersangkutan dengan gambar yang dipamerkan.

Peta Peta merujuk kepada perwakilan abstrak tempat sebenar di mana manusia tinggal. Peta terdiri daripada simbol visual, garisan, dan warna yang mungkin tidak ada kaitan atau persamaan dengan bahan-bahan sebenar yang diwakili.

Membaca dan mentafsir peta perlu diajar kerana simbol-simbol tidak bermakna kepada pelajar sehingga mereka diajar tentang simbol-simbol peta yang mewakili benda-benda sebenar. Setelah memahami konsep ini, barulah pelajar dapat mentafsir simbol-simbol untuk menjadi sesuatu yang bermakna.

Penggunaan warna dalam peta juga menunjukkan dengan jelas pelbagai perbandingan dan klasifikasi. Sebagai contoh, warna yang berbeza untuk tanah tinggi dengan tanah pamah, pelbagai jenis tumbuhan, dan tanah dengan laut.

Peta dinding mempunyai beberapa kelebihan walaupun agar sukar untuk memprojeksikan ke atas satu peta dinding. Dengan beberapa projeksi peta, banyak kesukaran dapat diatasi dengan setiap peta menunjukkan pelbagai ciri bentuk, arah, jarak, dan kawasan daripada bahagian bumi.

Peta dinding yang mempunyai nilai yang tinggi harus tidak padat dengan maklumat dan hanya menekankan beberapa maklumat serta memfokus kepada ciri/ aspek-aspek penting sahaja.

Anda mungkin juga menyukai