Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 9(2)

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI


Jalan P9A, Presint 9,
62250 W. Persekutuan, Kod Sekolah:WBA2006
Putrajaya Tel: 03-88889830 Fax: 03-88889857
Email:wba2006@1bestarinet.yes.my

Ruj Kami : SKPP9(2) 700-1/1/1


Tarikh : 18 Mac 2021
Semua Ibu bapa / penjaga
Pengawas BADAR 2021

Tuan/puan,

PELANTIKAN PENGAWAS BADAR 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan/puan


_______________________________
dari Tahun ________________ telah dilantik sebagai Pengawas BADAR (Badan Dakwah
dan Rohani) bagi tahun 2021.

3. Untuk makluman tuan/puan, lantikan Pengawas BADAR perlu diperbaharui pada


setiap tahun. Sekiranya para pengawas yang dilantik tidak menjalankan tugas yang
sepatutnya, maka pihak pengurusan surau berhak untuk tidak melantik semula mereka pada
tahun berikutnya atau melucutkan jawatannya serta merta. (bergantung kepada kesalahan
disiplin yang dilakukan). Semoga anak tuan/puan akan berkhidmat dengan penuh
kesungguhan.

4. Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik pihak tuan/puan bagi melengkapkan
borang kebenaran (Borang Pengawas 1) yang telah dilampirkan dan diserahkan semula
selewat-lewatnya pada 25 Mac 2021 (Khamis).

Segala kerjasama dan keprihatinan dari pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………...……..........….............
(HJ MOHD AMIN BIN HJ HAMZAH)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2)
SKPP9(2)/Surat/Guru
Sekolah Berprestasi Tinggi

Penyelaras Surau Uwais Al Qarni,


SK Putrajaya Presint 9(2),
Jalan P9A, Presint 9,
62200, Putrajaya Tarikh :

Tuan,
PELANTIKAN SEBAGAI PENGAWAS BADAR (BADAN DAKWAH DAN ROHANI)

Saya ibu/bapa penjaga kepada ………………………………………………….dari


tahun…………. *membenarkan / tidak membenarkan anak jagaan saya menjadi
Pengawas BADAR Sesi 2021 dan saya memahami segala syarat-syarat yang telah
digariskan oleh pihak sekolah.

Yang benar,

………………………………………...
( )
No. K.P:
No .Tel :

SKPP9(2)/Surat/Guru
AKU JANJI PENGAWAS BADAR

Bahawa saya, ............................………………………………………………. No. Kad


pengenalan ………………...................... yang sedang belajar dalam Tahun  ………….............
dengan sesungguhnya berjanji bahawa saya akan mematuhi segala peraturan-peraturan
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Dengan ini, bahawasanya saya;

i. akan mendirikan solat 5 waktu kerana Allah taa’ala.


ii. akan sentiasa rajin mempelajari dan membaca Al Quran.
iii. akan mematuhi peraturan-peraturan sekolah.
iv. Akan sentiasa menghormati guru-guru dan semua orang.
v. akan hadir ke sekolah sebelum 07.20 pagi.
vi. akan menjaga mutu prestasi akademik dan akhlak diri.
vii. akan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan
jujur, bersungguh-sungguh dan cekap.
viii. akan bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain sebagai satu pasukan.
ix. akan menjaga nama baik sekolah dan Pengawas BADAR.

Saya sesungguhnya faham jika saya didapati melanggar peraturan-peraturan sekolah serta
Aku Janji ini, saya boleh dikenakan tindakan oleh pihak sekolah.

Tanda tangan

……………………….                                                                          Tarikh: ……………….

AKUAN IBU/BAPA/PENJAGA/WARIS

Saya ………………………………………………………………. Ibubapa/Penjaga/Waris kepada


…………………………………………………………………………….kelas…….………………….
memahami aku janji di atas. Oleh itu, saya akan bekerjasama dan memberi dorongan
kepada anak saya dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.
Sekiranya anak saya melakukan salah satu daripada perkara-perkara yang disebutkan di
dalam aku janji di atas, saya bersedia menerima tindakan yang akan diambil ke atas anak
saya dan tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas pihak sekolah.

Tanda tangan,

………………………………………
( )
SKPP9(2)/Surat/Guru
LAMPIRAN

   

Pakaian Pengawas Lelaki: 

 Kemeja lengan panjang warna putih


 Seluar biru gelap (seluar sekolah)
 Kasut dan stokin hitam.
 Tali leher kelabu  berlogo sekolah  (diuruskan oleh pihak sekolah)
 Vest warna kelabu (diuruskan oleh pihak sekolah)
 Memakai songkok berwarna hitam

   Pakaian Pengawas Perempuan: 

 Kemeja lengan panjang warna putih


 Kain susun belakang warna biru gelap (warna biru sekolah)
 Bertudung putih
 Kasut dan stokin hitam.
 Bertali leher kelabu  berlogo sekolah  (diuruskan oleh pihak sekolah)
 Vest warna kelabu (diuruskan oleh pihak sekolah)

Anggaran harga tempahan vest dan tali leher : RM 60.00

SKPP9(2)/Surat/Guru

Anda mungkin juga menyukai