Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (P) SRI AMAN

Jalan 14/49,
46100 Petaling Jaya, No. Tel: 03-78765041
Selangor Darul Ehsan. No. Fax: 03-78775658
Email: BEB8655@moe.edu.my

Rujukan tuan :
Rujukan Kami : SMKPSA100-9/2/7 ( )
Tarikh : 13 OKTOBER 2021

Kepada,
Ibu bapa/Penjaga,
SMK (P) Sri Aman.

Dato’/Datin/Tuan/Puan,

KEBENARAN MEMBUAT UJIAN SARINGAN KENDIRI COVID-19

Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.

2. Merujuk kepada Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0


Para 6.2.2. Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa Garis Panduan tersebut
menyatakan bahawa murid yang bergejala semasa berada di sekolah akan diminta
untuk menjalankan ujian kendiri Covid-19.

3. Sehubungan itu pihak sekolah memohon kerjasama ibu bapa/penjaga memberi


kebenaran kepada anak-anak/anak jagaan masing-masing bagi mengambil ujian
kendiri tersebut sekiranya mereka bergejala di sekolah. Ibu bapa /penjaga yang
bersetuju bagi anak- anak/ anak jagaan mengambil ujian tersebut perlu mengisi dan
menandatangani satu surat kebenaran ujian kendiri seperti yang dilampirkan.
Surat kebenaran tersebut perlu diserahkan kepada guru kelas pada hari
persekolahan bersemuka.

4. Segala kerjasama dan keprihatinan tuan/puan kami dahului dengan ucapan


terima kasih. Semoga kita semua diberi kesejahteraan dan dilindungi dari jangkitan
Covid-19.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah;

SALWANI BINTI MUHAMMAD ZAIN


Pengetua
SMK (P) Sri Aman
Lampiran

KEBENARAN MEMBUAT UJIAN SARINGAN KENDIRI COVID-19

Saya…………………………………………………….. (*ibu/bapa/penjaga) No. Kad

Pengenalan Diri/ Polis/Tentera. ……………………*BERSETUJU/TIDAK BERSETUJU

untuk kanak-kanak bernama………………………………………………………………….

No Mykid/ No Kad Pengenalan Diri …………………………………….. membuat. ujian

Saringan KENDIRI COVID-19 dan sebarang intervensi sekiranya perlu.

………………………………… ……………………………
Tandatangan ibu/bapa/penjaga Tandatangan Saksi

Nama: Nama:

No Kad Pengenalan: No Kad Pengenalan:

Tarikh: Tarikh:

Hubungan dengan kanak-kanak:

Anda mungkin juga menyukai