Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN

KM.12, Jalan Klang Lama,


46000 Petaling Jaya, Tel : 03-
Selangor Darul Ehsan. Fax : 03-

Ruj. Kami :
Tarikh : 14 Februari 2023

Ibu bapa/ penjaga

…………………………………………..…………..

Tuan/ Puan,

TAWARAN PELANTIKAN SEBAGAI PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH TAHUN 2023/2024

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak jagaan tuan/ puan akan dilantik sebagai Pengawas
Pusat Sumber Sekolah, SK Taman bagi sesi 2023/2024. Pelantikan ini hanya untuk tahun
semasa sahaja. Sehubungan dengan itu, anak tuan/puan perlu mematuhi syarat-syarat yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti berikut:

2.1 Pelantikan akan terbatal jika murid didapati ingkar arahan dan tidak
melaksanakan tugas pada tahun 2023 seperti yang telah ditetapkan.
2.2 Ibu bapa perlu menyediakan pakaian rasmi Pengawas Pusat Sumber Sekolah
yang telah ditetapkan bagi tahun 2023 mulai 20 Mac 2023.
2.3 Pengawas Pusat Sumber Sekolah juga WAJIB mengikuti Kursus Kepimpinan yang
akan diadakan pada tahun 2023.

3. Sekiranya bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan, sila lengkapkan borang


persetujuan dan kembalikan ke kaunter pejabat sekolah sebelum 17 Februari 2023.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan amanah,

...........................................
()
Guru Besar,
 Murid boleh mula menempah set vest pada 21 Mac 2023 dengan Guru Penyelaras
Pengawas Pusat Sekolah sesi pagi/sesi petang.

BORANG PERSETUJUAN IBU/ BAPA/ PENJAGA


PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH TAHUN 2023/2024

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, saya ........................................... ibu / bapa / penjaga kepada


murid yang bernama .......................................................................... dari
kelas ........................................................ ( membenarkan/ tidak membenarkan ) anak
jagaan saya dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Kebangsaan bagi sesi
2023/2024.

3. Saya juga ( bersetuju/ tidak bersetuju ) untuk mematuhi semua syarat dan ketetapan
yang telah digariskan oleh pihak sekolah tentang pelantikan rasmi Pengawas Pusat Sumber
Sekolah.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

...........................................
(Tandatangan ibu/bapa/penjaga)
NAMA:
TARIKH:

______________________________________________________________________________
CATATAN: Murid tidak akan dilantik sebagai Pengawas Sekolah jika ibu/ bapa/ penjaga memilih
untuk tidak membenarkan atau tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai