Anda di halaman 1dari 1

TEL: 06-2636217

FAKS : 06-2631491
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMBAI
E-Mel : MBA1024@moe.edu.my
77300 MERLIMAU, Laman Web : www.skserkamdarat.edu.my
____________________________________________________________________________________________________
Rujukan Kami :
Tarikh : 26 Julai 2022

Kepada:
Guru Besar
Sekolah Rendah Agama Sebatu

Tuan/Puan,

PEMBERITAHUAN LATIHAN PUSAT BOLA BALING BAWAH 12 TAHUN PERINGKAT


KAWASAN MERLIMAU 2022

Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa murid yang bernama dibawah telah terpilih mewakili kawasan
Merlimau dalam menyertai kejohanan bola baling rendah majlis sukan sekolah-sekolah negeri
Melaka bagi tahun 2022 dan akan terlibat dengan latihan pusat pada ketetapan berikut :

Tarikh : 4 ogos 2022.


Masa : 3.00 – 5.30 petang.
Tempat : Politeknik Merlimau, Melaka

3. Sehubungan itu, pihak sekolah memohon kebenaran dari pihak tuan puan untuk memberi
penangguhan dalam Peperiksaan Percubaan UPKK dan Peperiksaan Pertengahan Tahun murid
yang terlibat

4. Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama murid yang terlibat.Kerjasama dan keperihatinan
dari pihak tuan amat diharapkan dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”
“ MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA ”

Saya yang menjalankan amanah,

.................................................
( )
Guru Besar,
SK Sungai Rambai

s.k 1. Fail Penyelaras


“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera”
#jpnmelakajenamakerajaannombor1

Anda mungkin juga menyukai