Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN

TANGGA BATU
KM16, SUNGAI UDANG, 76300 MELAKA

NO TEL & FAX : 06-3511331


No Rujukan:SKTBM.PPKIP.700-4/12/1(1)
Tarikh : 15 Februari 2017
Sekolah Kebangsaan Tangga Batu
Sungai Udang Pos,
76300 Melaka
Melaka

Melalui dan salinan :

Pengarah Koreksional
Akademi Koreksional Malaysia

Persiaran Putra Kuah,

07000 Langkawi

Kedah

Tuan/Puan,

Memohon Tempat Penginapan

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas :

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa murid Pendidikan Khas SK.TAngga Batu akan mengadakan
lawatan sambil belajar ke Langkawi. Butiran lawatan adalah seperti di bawah:

Tarikh :20 hingga 22 September


Hari : Rabu hingga Jumaat
Jumlah murid : 20 orang
Jumlah Guru/PPM/ibu Bapa : 20 orang

3. Untuk makluman pihak Tuan/Puan murid-murid ini adalah daripada golongan yang kurang mampu.
Justeru, pihak kami mengambil iniasitif memohon sumbangan dari pihak Koreksional
menyumbang penginapan pada tarikh tersebut. Kerjasama dari pihak Koreksional dapat membantu
mengurangkan perbelanjaan mereka untuk mengikuti lawatan ke Langkawi.

4. Sehubungan dengan itu, kami meminta jasa baik Koreksional sudi memberi peluang tempat
penginapan bagi bagi melancarkan program yang akan kami adakan seperti tarikh di atas.
5. Kami berharap sangat pihak tuan/puan sudi menyediakan tempat penginapan bagi 20 orang murid
dan 25 orang guru/PPM/ibu bapa.

6. Selain itu, kami juga ingin memohon jasa baik pihak Koreksional sekiranya dapat membantu pihak
kami mendapatkan makanan bagi murid-murid dan pensyarah pada waktu pagi pada tarikh 21
September 2017 ( sarapan di bayar oleh pihak sekolah)Bagi melunaskan pembayaran makanan,
kami ingin mengetahui kos bagi sarapan pagi bagi seorang murid dan seorang dewasa .
7. Sebarang maklum balas pihak Tuan/Puan boleh menghubungi Puan Noraini Md Hassan ditalian
0109009129
5. Kerjasama dan keprihatianan Tuan/Puan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

PENDIDIKAN GEMILANG MENUJU WAWASAN

Saya yang menjalankan tugas,

.....
( NORAINI MD HASSAN )
GURU LAWATAN
SEKOLAH KEBANGSAAN TANGGA BATU
SUNGAI UDANG POS
76300 MELAKA

Anda mungkin juga menyukai