Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SANTONG

23100 PAKA, TERENGGANU


Tel: 09- 8490035 Fax: 09- 8490043
E-mail: sksantong@yahoo.com.my / sksantong11@gmail.com

Ruj. Kami: 05/05/009 ( 05)
Tarikh : 3 Februari 2014
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu
21600 Marang.
( u/p : Unit Ict )

Tuan,
Mohon Kebenaran Menggunakan Talian Internet Broadband Celcom.
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa sekolah ini tidak mempunyai talian internet
selama lebih setahun.
2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah akan menggunakan talian internet Broadband
Celcom tanpa kontrak di atas nama Guru Besar SK. Santong. Segala urusan pembayaran
proses dan bil akan dituntut dengan pihak BTPTN.
3. Untuk makluman pihak tuan, perkara tersebut telah dimaklum dan dibincangkan dengan
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu pada 28 Januari 2014 di PKG Seri Dungun,
Terengganu.
4. Talian Broadband Celcom akan dihentikan setelah pemasangan 1 Bestari.net
dilaksanakan disekolah ini.
Semoga berada didalam perhatian pihak tuan. Kerjasama dan komitmen pihak tuan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.

Guru Penyayang Murid Berkualiti
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
T.t
( EN. KAMARUDIN BIN TAWANG )
Guru Besar
SK. Santong
23100 Paka, Dungun, Terengganu.
SK.
1. Fail Sekolah
2. PPD Dungun.

Anda mungkin juga menyukai