Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI KOTA PUTERI

JALAN BAYAN, BANDAR BARU KOTA PUTERI,


81750 MASAI, JOHOR

Ruj. Kami :
Tarikh : 18 April 2018

Pegawai yang Berkenaan


Majlis Bandaraya Johor Bahru,
Peti Surat 232,
Jalan Dato' Onn,
80720 Johor Bahru,
Johor

Tuan,

MEMOHON MENDAPATKAN SEMBURAN KABUS ( FOGGING )

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pihak sekolah memohon agar pihak tuan dapat melakukan semburan


nyamuk di sekolah ini. Dari hasil pemantauan yang dibuat, nyamuk begitu banyak
pada awal pagi dan lewat petang.

3. Pihak sekolah memerlukan semburan kabus pada kadar segera. Ini adalah
kerana berlaku ketidakselesaan dalam kalangan murid sewaktu sesi pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah akibat digigit nyamuk yang banyak.

Kerjasama dan keperihatinan daripada pihak tuan di dalam hal ini sangat dihargai
oleh pihak sekolah.

Sekian dimaklumkan.

Terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah,

………………………………
MOHD SENIN BIN KASIM
Guru Besar
SK Seri Kota Puteri

Anda mungkin juga menyukai