Anda di halaman 1dari 6

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SK Paloh 2,
Pejabat Pendidikan Daerah Kluang
Tel : 07-7813455
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Faks : 07-7813455
JKRK 1787, 86600 Paloh, Laman Web :
Kluang, Johor

_________________________________________________________________________
Ruj.Tuan :
Ruj.Kami : JBB2047/600-2/2 ( 5 )
Tarikh : 2 FEBRUARI 2020
Kepada,

Tuan Pengurus
RHB Bank,
106, Jalan Besar,
83700 Yong Peng,
Johor Darul Tazim.

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN AIR –CON ( PENGHAWA DINGIN ) dan SMART TV 40”

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, bahawa sekolah kami akan melaksanakan kerja penambahbaikan


kemudahan pejabat sekolah sedia ada kurang selesa khasnya bilik tamu dan bilik tayang di Pusat
Sumber Sekolah (PSS) yang mengalami kerosakan peralatan .
Antara kemudahan sekolah yang dalam perancangan kami untuk ditambahbaik adalah seperti berikut;

a) 1 unit Penghawa Dingin ( Air Con ).


b) SMART TV 40”.

4. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa pihak tuan untuk memberi sumbangan
bagi kerja pennambahbaikan ini. Sumbangan boleh disalurkan atas nama Persatuan Ibubapa & Guru
SK Paloh 2 No akaun 551436102246 MAYBANK ISLAMIC atau berbentuk barangan yang
dipohon. .Bersama ini dilampirkan kertas kerja bagi penambahbaikan tersebut untuk rujukan tuan.

5. Kami amat berharap permohonan ini mendapat pertimbangan tuan, semoga apa dirancangkan
dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kerjasama dan keprihatinan tuan kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menjalankan Amanah,

( ZULKIFLI BIN ELIAS )


GURU BESAR,
SK Paloh 2,
Kluang, Johor.
( TEL : GB 012 7795113 )
KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PALOH 2, KLUANG.

1. PENDAHULUAN

Pejabat Sekolah adalah satu tempat yang terpenting di dalam sesebuah sekolah.
Ia merupakan imej pertama apabila ada tetamu yang berkunjung ke sekolah ini.
Keselesaan dan keceriaan akan menjadi tarikan dan perhatian kepada mereka yang
hadir ke sekolah ini.Tujuan pemasangan pengawa dingin di bilik tamu akan
menyebabkan tetamu akan berasa selesa dan ceria apabila mereka bertandang dan
berbincang di sini. Imej sekolah juga akan bertambah baik dengan prasarana dan
kemudahan yang ada.,

Sementara itu PSS atau Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi sekolah sebagai
pusat murid-murid mendapat maklumat dan juga menambah ilmu pengetahuan.
Sekiranya kemudahan di PSS sesebuah sekolah lengkap, maka murid-murid akan dapat
mengakekses maklumat dengan baik. Sehubungan dengan itu PSS SK Paloh
memerlukan sebuah SMART TV 40” yang dapat digunakan oleh para guru untuk
digunakan sebagai Alat Bantu Mengajar di sini. PdPc guru akan bertambah baik dan
murid-murid akan dapat belajar dengan ceria dan baik dengan adanya bilik yang
kondusif dan ceria.

Oleh itu,pihak sekolah membuat perancangan untuk menambahbaikan menaik


taraf bilik tamu di pejabat dan bilik tayang di Pusat Sumber Sekolah yang sedia ada
kepada keadaan lebih baik,dan seterusnya meningkatkan lagi prestasi dan potensi anak
didik dan sekolah SK Paloh 2.

2. OBJEKTIF

1. Memberikan keselesaan kepada tetamu dan Pegawai PPD, JPN dan KPM.

3. Menambah baikan prasarana dan kemudahan di pusat sumber sekolah yang


telah sedia ada kepada lebih baik.

3 Menjadikan kemudahan di sekolah lebih bersih, ceria dan selamat serta selesa
untuk digunakan.

4 Meningkatkan potensi dan prestasi murid dari segi akademik dan sahsiah.
3.CARTA ORGANISASI PSS 2020

PENGERUSI :Tn Hj Zulkifli bin Elias (Guru Besar)


TIMBALAN PENGERUSI :Pn Paraziba bt Jaafar (PK Kurikulum)
NAIB PENGERUSI 1 :En Jamburi b. Salleh (PK HEM)
NAIB PENGERUSI 2 :En Mohd Azri b. Talib (PK Kokurikulum)
PENYELARAS/SETIAUSAHA :Pn Normawati bt Jamhari (GPM)
PEN.SETIAUSAHA :Pn Saliza binti Mohd Osman
AJK :En Ahmad Syamil b. Aziz
:Semua Ketua Panitia
:Guru Matapelajaanr Bahasa Melayu
:Guru Matapelajaran Bahasa Inggeris/Program Nilam

4.ANGGARAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan:

Bil Perkara Jumlah

1. BILIK TAMU :
RM 2000.00
1. Air con 1 unit

PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS) :


2. 1. SMART TV 40 inci RM 2000.00
2. Karpet RM1000.00

JUMLAH RM 5000.00
5.PENUTUP

Semoga pelaksanaan kerja penambahbaikan ini dapat memberikan keselesaan


yang lebih baik kepada murid,guru dan kakitangan sekolah ini. Dan menjadikan
kemudahan di sekolah lebih efektif, ceria dan selamat untuk digunakan. Sokongan dan
pandangan dari semua pihak amat diharapkan dalam memberi penambahbaikan ini.
Sekian terima kasih.

Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:

……………………………… ……………………….
Puan Noraini binti Apandi Tn Hj Zulkifli bin Elias
PT Sekolah Kebangsaan Paloh 2 Guru Besar
SK Paloh 2, Kluang

Anda mungkin juga menyukai