Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN BELURAN

PETI SURAT 8
90107 BELURAN
No.Tel\Fax : 089511235
Email : xba2102@moe.edu.my
Website : http://www.skpekanbeluran.com

Ruj. Sekolah : SKPB(BLN)/1000/1/3(4)


Tarikh : 04 Julai 2017

Kepada,

Pegawai Teknologi Pendidikan,


Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah,
Lorong Sahabat,
Off Jalan Panampang-Kinarut,
89500 Panampang, Sabah.
(u.p : Unit Pendidikan Bestari dan ICT)

Melalui dan salinan :


Pegawai Teknologi Pendidikan,
Pusat Kegiatan Guru Daerah Beluran,

Tuan ,

PERMOHONAN PEMINDAHAN TALIAN INTERNET SEKOLAH

Dengan segala hormat, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, pihak sekolah telah mendapat dua buah blok bangunan baharu
yang telah mula beroperasi pada 2 Mei 2017. Sehubungan itu, pihak sekolah perlu membuat
pemindahan talian internet ke Bilik Komputer yang terletak di bangunan baharu tersebut.
Permohonan perpindahan talian ini dibuat adalah atas beberapa justifikikasi yang berikut :

a) Lokasi Bilik Komputer bertukar ke bangunan baharu dan akan digunakan oleh murid-
murid tahap 2 untuk tujuan PdP dan penggunaan VLE Frog secara optimum.
b) Lokasi Pusat Akses yang bertukar ke bangunan baharu dan memerlukan talian internet
bagi tujuan carian maklumat oleh murid-murid.
c) Pendawaian talian internet di bangunan sedia ada mengalami kerosakan dan
memerlukan penggantian.

3. Adalah menjadi tugas dan keutamaan pihak sekolah untuk menyediakan prasarana
yang terbaik bagi setiap anak didik di sekolah ini . Sehubungan dengan itu , besarlah harapan
pihak kami agar pihak tuan dapat memberikan pertimbangan yang sewajarnya terhadap
permohonan ini .

Sekian,Terima Kasih .

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya Yang Menurut Perintah ,

SALASIAH BINTI SAID


Guru Besar
SK Pekan Beluran.

S.K Fail

Anda mungkin juga menyukai