Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN KLANG UTAMA

(Kod Sekolah : BEA0107)


Persiaran Sungai Keramat,
42100 Klang, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-3291 8081 Fax : 03-3290 4276
Email : smktamanklangutama@gmail.

Bil. kami : Bil ( ) dlm. SMKTKU 03/04/003


Tarikh : 24 FEBRUARI 2016
Kepada
Ibu bapa/ Penjaga
Tuan / Puan,

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2016

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa anak tuan/puan telah layak untuk menerima bantuan tersebut
bagi tahun 2016. Bantuan awal persekolahan RM100 pada tahun ini adalah untuk keluarga yang
berpendapatan kurang dari RM3,000 dan ke bawah mengikut ketetapan Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM)
3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan diminta untuk menghadirkan diri ke sekolah untuk majlis
tersebut seperti ketetapan berikut.

Tarikh : 29 FEBRUARI 2016


Masa : 10.30 Pagi – 1 Tengah Hari (Sesi Pagi) /
12.30 Tengah Hari – 2.00 Petang (Sesi Petang)
Tempat : SMK Taman Klang Utama

Sila bawa bersama perkara berikut untuk melicinkan urusan penyerahan bantuan tersebut:
a) Salinan kad pengenalan murid.
b) Salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga.

4. Diharap pihak tuan/puan tidak menguzurkan diri bagi melicinkan perjalanan penyerahan bantuan
tersebut.Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Tuan Haji Razali bin Salleh.(019-6959165).
Sekiranya pihak tuan/puan tidak dapat hadir, tuan/puan boleh mengisi borang yang dilampirkan untuk
memudahkan pihak kami melaksanakan program tersebut.

Segala keprihatinan dan kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………………
(Hajah Umrah Binti Dalimun)
Pengetua
Smk Taman Klang Utama
Persiaran Sg Keramat
42100 Klang

SLIP PENGESAHAN KEHADIRAN

Saya ………………………………………….. Ibu/Bapa/Penjaga kepada ……………………………………………


Tingkatan ……………….. akan (Hadir/ Tidak Hadir) ke Majlis Penyerahan Bantuan Awal RM100 pada 29 Februari
2016.
Dengan ini saya mewakilkan ……………………………………………… (nama) dan
………………………………… (no. kad pengenalan) untuk menerima bantuan tersebut.

Tandatangan:

…………………………………………..
( )

Anda mungkin juga menyukai