Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA KERIAN

TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA)


Jalan Kampong Selamat, 34400 Simpang Empat, Semanggol
Perak Darul Ridzuan.
Kod Sekolah : ARA 3001 No.Tel : 05-8904997
No.Fax : 05-8905490
Laman Web : www.smkakerian.com
Email : ara3001@moe.edu.my

Ruj.Kami : smka.krn.600-3/1/11( )
Tarikh : 8hb September 2023 M
Kepada: 22 Safar 1445 H

_____________________________________________

_____________________________________________

YBhg. Tan Sri/ Dato’/ Datuk/ Tuan/ Puan,

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MAJLIS KHATAM HAFAZAN AL-QURAN 30 JUZU’

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan julung kalinya telah merancang menjayakan
Majlis Khatam kali pertama pada tahun ini bagi meraikan 134 orang pelajar Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)
KERIS yang telah berjaya menamatkan pengajian akademik di Tingkatan 5 dan hafazan 30 juzu’ Al-Quran.

3. Keprihatinan, kerjasama dan sokongan pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’/ Datuk/ Tuan/ Puan ini diyakini
mampu meningkatkan motivasi dan semangat kepada warga sekolah untuk berkhidmat lebih gigih dan
memberi pencapaian terbaik ke arah merealisasikan hasrat KPM terhadap sekolah kami iaitu untuk
melahirkan Teknokrat Tahfiz.

4. Di kesempatan ini pihak kami amat berbesar hati sekiranya YBhg. Tan Sri/ Dato’/ Datuk/ Tuan/ Puan
sudi menghulurkan sumbangan bagi menampung perbelanjaan program yang berjumlah RM12,500.00.
Perincian kewangan program dilampirkan pada Lampiran C kertas kerja majlis untuk rujukan pihak Tuan.
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun PIBG sekolah sebagaimana butiran berikut :

Nama Akaun : PIBG SEK MEN KEB AGAMA KERIAN


Bank : BANK RAKYAT
No. Akaun : 11-0184256-0

5. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih di atas keperihatinan yang diberi oleh YBhg. Tan Sri/
Dato’/ Datuk/ Tuan/ Puan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Athirah Hanisah Binti Abu Kassim,
setiausaha program di talian 013-2909796. Semoga usaha murni dan kegigihan pihak YBhg. Tan Sri/ Dato’/
Datuk/ Tuan/ Puan akan diberkati In Shaa Allah.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………………
(ABDUL HALIM BIN MOHD NA’AM)
Pengetua
SMK Agama Kerian
Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)

Anda mungkin juga menyukai