Anda di halaman 1dari 1

AL-AMIN TROPICANA SCHOOL SECONDARY

NO 1 & 3, JALAN NAUTIKA B U20/B,


PUSAT KOMERSIL TSB,
40160 SUNGAI BULOH,
SELANGOR DARUL EHSAN
Phone: +603-6150 7058 Fax: +603-6151 7058
www.al-amin.edu.my

Ruj. Kami : AATSS/SB/COCU/2022/PROG (4)-3


Tarikh : 16 Januari 2023

En. Muhammad Khalil Izwan bin Abdul Jalil


Jalan Sepah Putri 5/20B, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor

Tuan,
JEMPUTAN SEBAGAI TETAMU TERHORMAT HARI SUKAN AATS SECONDARY SESI 2022/2023

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Saya, Najla Adibah binti Abdul Wahab, selaku Setiausaha Program Hari Sukan Tahunan
Al-Amin Tropicana School Secondary Sungai Buloh, ingin menjemput tuan sebagai tetamu
terhormat bagi Program Hari Sukan AATSS Sungai Buloh 2022 yang bakal berlangsung.

3. Buat pengetahuan tuan, program ini bakal disertai oleh semua pelajar berserta ibu bapa/ahli
keluarga mereka dan para guru AATSS Sg Buloh. Butiran lanjut program adalah seperti yang berikut:

Tarikh : 11 Februari 2023


Hari : Sabtu
Masa : 8:00 am – 12:00 pm
Tempat : Stadium Saidina Hamzah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati ingin menjemput tuan untuk
menyemarakkan hari sukan buat julung-julung kalinya diadakan oleh pihak AATSS Sg Buloh. Pihak
kami amatlah mengharapkan pertimbangan yang baik dari pihak tuan.

5. Dilampirkan bersama surat ini adalah atur cara program untuk rujukan tuan. Sebarang
pertanyaan atau maklum balas bolehlah diajukan kepada Pengarah Program, Muhamad Fitri bin
Arshad di talian 014-8474876 atau melalui emel fitri@al-amin.edu.com. Kerjasama dan perhatian
dari pihak tuan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

(NAJLA ADIBAH BINTI ABDUL WAHAB)


Setiausaha Program
Hari Sukan AATS Secondary Sg. Buloh

s.k. Pengetua

Anda mungkin juga menyukai