Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN WELLESLEY

JALAN SULTAN AHMAD SHAH


10050 GEORGETOWN
PULAU PINANG
Tel: 04-226 5843 Faks: 04-229 0062 e-mail: pbb1037@jpnpp.edu.my

Ruj Kami : SKW 600-3/5/32/01


Tarikh : 6 Mac 2024

Pengarah
Jabatan Khidmat Kemasyarakatan,
Majlis Bandaraya Pulau Pinang,
Stadium Bandaraya, Lorong Kulit,
10450 Georgetown, Pulau Pinang.

MEMOHON PENGGUNAAN STADIUM BANDARAYA PULAU PINANG BAGI KEJOHANAN SUKAN


TAHUNAN SK WELLESLEY 2024

Tuan,
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan program Kejohanan Sukan Tahunan SK
Wellesley 2023 dan butirannya adalah seperti diketetapan yang berikut:

Aktiviti / Program : Kejohanan Sukan Tahunan SK Wellesley 2024

Tarikh & Masa : 10 Ogos 2024 (Sabtu)

Masa : 7.00 pagi – 1.00 tengah hari

Tempat : Stadium Bandaraya Pulau Pinang

2. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat membenarkan pihak sekolah
menjalankan program Kejohanan Sukan Tahunan ini di Stadium Bandaraya ini dengan jayanya.

3. Keprihatinan dan jasa baik pihak tuan membantu menjayakan program Merentas Desa SK.
Wellesley 2023, didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PULAU PINANG PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA”

`Saya yang menjalankan amanah,

...............................................................
(MASHITOH BINTI PAKIR MOHAMED)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Wellesley

s.k. Unit Kokurikulum SKW 2024

Anda mungkin juga menyukai