Anda di halaman 1dari 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan Tel :07-943 1341


KM5, Jalan Genuang Fax :07-943 7376
85000 Segamat, E-mail :jeb7034@moe.edu.my
Johor Darul Takzim Kod Sekolah :JEB 7034

No Rujukan: SMKPT.600-3/4/18( )
Tarikh : 16 Ogos 2023
SMK Paduka Tuan,
KM 5, Jalan Genuang,
85000 , Segamat ,
Johor.

Melalui dan salinan :

Pengarah,
Pusat Perumahan Pelajar ,
Universiti Kebangsaan Malaysia,,
43600 , Bangi,
Selangor.

Tuan,

Memohon Penginapan Bagi Murid Pancaragam Sempena Perarakan Hari Kemerdekaan 2023

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas :

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pancaragam SMK Paduka Tuan akan menyertai raptai perarakan
dan perarakan Hari Kemerdekaan 2023 di Putrajaya adalah seperti di bawah:

Tarikh :25 Ogos 2023 hingga 31 Ogos 2023


Hari : Jumaat hingga Khamis ( 7 hari )
Jumlah murid : 41 orang (27 Lelaki , 14 Perempuan)
Jumlah Guru Pengiring /Jurulatih : 6 orang ( 3 Lelaki , 3 Perempuan )

3. Untuk makluman pihak Tuan, pihak penganjur tidak menyediakan penginapan dan memerlukan
kami mencari penginapan sendiri kepada murid-murid dan guru pengiring selama 7 hari .Sehubungan itu,
kami ingin memohon penginapan di Kolej Kediaman tuan sebagai tempat menginap.

4. Sehubungan dengan itu, kami meminta jasa baik pihak tuan sudi memberi peluang tempat
penginapan bagi bagi melancarkan program yang akan kami sertai seperti tarikh di atas.Tambahan , dengan
peluang ini dapatlah murid-murid merasai suasana berada dalam persekitran pengajian tinggi dan
memotivasikan mereka untuk belajar di peringkat tertinggi kelak.
5. Sebarang maklum balas pihak tuan boleh menghubungi Cikgu Koh Yong Hong (016-6287398) dan
Cikgu Mohd Najib Bin Halil (013-4660178).

6. Kami berharap sangat pihak tuan dapat meluluskan permohonan tempat penginapan bagi 41 orang
murid dan 6 orang guru pengiring ini . Kerjasama dan keprihatianan Tuan didahului dengan ucapan jutaan
terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

………………………………….....
( MOHD NAJIB BIN HALIL )
Guru Penasihat Pancaragam,
SMK Paduka Tuan.

Anda mungkin juga menyukai