Anda di halaman 1dari 2

‫فرساتوان ايبو باف دان ضورو‬

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU


SEKOLAH AGAMA MENENGAH BESTARI
JALAN USJ 5/3A, 47610 SUBANG JAYA SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 03 – 56377681 FAX : 03 – 56327519

Rujukan kami : SAM Bestari 100-2/8/1


Tarikh : 17 MAC 2022

Kepada :

…………………………………………………….

……………………………………………………..

Y.B Dato/ Datin/ Tuan/ Puan

PERMOHONAN SUMBANGAN BAGI PROGRAM IHYA’ RAMADAN 2023M / 1444H

Semoga tuan dirahmati Allah.


2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Agama Menengah Bestari USJ 5 Subang Jaya
dengan kerjasama Perstuan Ibubapa dan Guru (PIBG) akan mengadakan Program Ihya’ Ramadan
1444H sepanjang bulan Ramadan Al Mubarak. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti
berikut;

1. Tadarus Al-Quran,
2. Qiamullail Perdana
3. Kuiz Sejarah Islam dan Sains
4. Solat Terawih
5. Khatam Al Quran
6. Ceramah Nuzul Quran
7. Iftar Jamaie
8. Akademi Huffaz
9. Pentas Daie
10. Tazkirah @ Kapsul Rohani
11. Penyampaian sumbangan murid asnaf
12. Tahlil Perdana (pautan google form akan disediakan untuk dimasukkan nama-nama arwah)

3. Sehubungan dengan itu, besar harapan kami sekiranya Ybhg. Dato/ Datin/ Tuan/ Puan dapat
memberikan sumbangan kewangan sama ada berbentuk wang tunai , Transfer online atau dalam
bentuk cek melalui PIBG SAM Bestari dan keperluan program bagi memeriahkan lagi bulan yang
penuh keberkatan ini. Sumbangan berbentuk cek adalah atas nama ”PIBG SAM BESTARI” atau
melalui akaun Bank Islam (12065010006247) dengan catatan ” INFAQ RAMADAN ”. Slip
sumbangan Ihya’ Ramadan boleh diserahkan kepada bendahari PIBG SAM Bestari Cikgu
Muhammad ZulZainul Ariffin bin Marzuki ( 01114946171).

4. Kerjasama pihak Y.B Dato/ Datin/ Tuan/ Puan terlebih dahulu diucapkan terima kasih.
Sekian.

Saya yang menurut perintah,

..............................................................
(DR. ARIK SANUSI BIN YEOP JOHARI)
Yang Dipertua PIBG
SAM Bestari, Subang Jaya

Anda mungkin juga menyukai