Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

PROGRAM INTERVENSI SEJARAH


TINGKATAN 4 2023
SAM BESTARI, SUBANG JAYA.

1.0 Pengenalan :

Panitia Sejarah SAM Bestari bercadang untuk mengadakan Program Intervensi Sejarah untuk pelajar-
pelajar tingkatan 4 bagi memberikan pendedahan awal matapelajaran Sejarah menengah atas.

2.0 Rasional:

Bengkel ini diadakan agar murid dapat mempelajari cara belajar serta teknik menjawab soalan subjek
Sejarah dalam SPM dengan baik.

3.0 Matlamat :

Adalah menjadi impian serta harapan pihak sekolah untuk melahirkan kuantiti dan kualiti pelajar yang
cemerlang dalam peperiksaan SPM dan seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah khususnya
dalam subjek Sejarah.

4.0 Objektif :

Pada akhir program diharapkan dapat :

4.1 Mengetahui cara atau teknik yang betul untuk menjawab soalan Sejarah

4.2 Meningkatkan prestasi subjek Sejarah SPM

4.3 Membangkitkan minat murid terhadap subjek Sejarah

4.4 Meningkatkan kemahiran berfikir membuat keputusan dan menyelesaikan masalah secara
analisis, kreatif dan kritis

5.0 Sasaran :

5.1 Semua pelajar Tingkatan 4 SAMBEST yang bakal menduduki peperiksaan SPM seramai 110
orang

6.0 Maklumat pelaksanaan :

Tarikh 8 MEI 2023


Hari ISNIN
Masa 8.00 – 10.00 mlm
Tempat Bilik Seminar
7.0 Jawatankuasa program

Penasihat : Haji Mohd Zainul Arifien b Mohd Jaid (Pengetua)

Pengerusi : Pn Siti Noor Asyikin bt Ansor

Timbalan pengerusi : Ratna Dewi bt Pa’ad (Guru Kanan Kemanusiaan)

Ahli jawatankauasa Tugasan


Pn. Norashikin bt Abd Ghaffar - jemputan penceramah
-makanan dan minuman
En. Ahmad Zulaini b. Makinud-din -peyediaan bahan edaran
- dokumentasi
-menguruskan PA system
En. Muhammad Zulzainul Ariffin b -menyediakan kertas kerja
Marzuki -menyediakan kemudahan LCD
- pendaftaran

8.0 Sumber Kewangan

PIBG : RM 950.00

JUMLAH : RM 950.00

9.0 Anggaran Perbelanjaan

a. Saguhati penceramah :RM 400.00

b. Bahan edaran : RM 5.00 x 110 pljr = RM550.00

JUMLAH : RM 950.00

10.0 Penutup :

Pendedahan berkaitan teknik menjawab yang betul dan tepat pastinya dapat membantu murid
menjawab soalan mengikut format dan lebih sistematik. Ketepatan dalam menjawab soalan akan dapat
membantu murid mendapat markah yang terbaik dan akan memperoleh keputusan cemerlang dalam
subjek Sejarah sekaligus meningkatkan kualiti peperiksaan SPM.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

................................................... ...................................................
(MUHAMMAD ZULZAINUL ARIFFIN B MARZUKI)
Ketua Panitia Sejarah

Anda mungkin juga menyukai