Anda di halaman 1dari 6

SJK(T)MAHAJOTHI.

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN BERCERITA
BAHASA MELAYU
MURID PRASEKOLAH
SJK(T)MAHAJOTHI
2023

TARIKH :23 JULAI 2023


HARI : AHAD
MASA : 8.30AM – 12.00 PM.
TEMPAT :
PRASEKOLAH SJK(T) MAHAJOTHI.

ANJURAN :Unit Kurikulum


Prasekolah
SJK(T)Mahajothi
Pengenalan

Dalam pendidikan prasekolah, bahasa dan komunikasi merupakan


teras kepada pembelajaran murid. Dengan penguasaan kemahiran asas
bahasa, murid boleh memahami konsep, menerima maklumat, berfikir,
menyelesaikan masalah serta berinteraksi dan berkomunikasi dengan
orang lain.

Kebolehan berbahasa dan berkomunikasi dengan baik dan


berkesan akan meningkatkan keyakinan murid untuk melibatkan diri
secara aktif dalam pembelajaran. Penguasaan kemahiran ini boleh
dicapai melalui pengalaman pembelajaran yang bermakna dan
mengembirakan seperti aktiviti bercerita. Kesepaduan aktiviti berteraskan
kepada pendekatan belajar melalui bermain, bersepadu dan bertema
akan menjadikan matlamat Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dapat
dicapai. Aktiviti bercerita ini merupakan asas amalan yang bersesuaian
dengan perkembangan murid (ABP).

1. Objektif

1.1 Membentuk kemahiran berkomunikasi di kalangan murid sekolah.


1.2 Mengasah, memupuk dan memperkembangkan bakat dan potensi.
1.3 Melahirkan insan yang berketrampilan dan berkeyakinan.
1.4 Mengetahui dan menyemai nilai-nilai murni daripada cerita.
1.5 Membina minda yang sihat dan cerdas.

2. Penyertaan

Pertandingan ini terbuka kepada murid prasekolah di SJKT Mahajothi.

3. Tema Pertandingan

“Pendidikan Awal Kanak-Kanak Menjana Generasi Gemilang”

Konsep Tema :

“Berteraskan konsep pembinaan modal insan”


2
4. Syarat Pertandingan

4.1 Penyertaan

4.1.1 Pertandingan terbuka kepada semua murid prasekolah


Mahaceria dan Mahamathi.

4.2 Pemilihan Cerita

4.2.1 Mempunyai unsur pengajaran.


4.2.2 Mesej cerita hendaklah sesuai dengan tahap murid
4.2.3 Cerita tidak menyentuh isu-isu sensitif mengenai agama, ras
atau keturunan mana-mana kaum di negara ini.

4.3 Masa

4.3.1 Masa persembahan bagi setiap peserta tidak melebihi 5 minit.


4.3.2 Masa pergerakan masuk dan keluar tidak diambil kira dalam
masa persembahan.

4.4 Tatacara Persembahan

4.4.1 Markah penyampaian akan lebih berfokus kepada kelancaran


berbahasa.
4.4.2 Penggunaan kostum dibenarkan tetapi dilarang menggunakan
props dan muzik.

4.5 Pakaian

Bersesuaian dengan tajuk yang dipilih.

3
4.6 Pemarkahan

4.6.1 Bahasa
a. Gaya bahasa - 20 markah
b. Sebutan jelas – tatabahasa betul - 20 markah
c. Pengajaran cerita - 10 markah
4.6.2 Penyampaian
a. Petah/Kelancaran - 15 markah
b. Variasi dan kreativiti - 10 markah
c. Intonasi suara - 10 markah
d. Penghayatan ( mimik muka, bahasa ) - 10 markah
e. Kostum - 5 markah

4.7 Hal-hal lain

4.7.1 Keputusan hakim adalah muktamad dan markah tidak akan


diumumkan.
4.7.2 Para hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Induk.

5.0 BUTIRAN PROGRAM

Program sukaneka akan diadakan seperti berikut:

I. Hari : Ahad
II. Tarikh : 23hb. Julai 2023
III. Tempat : Prasekolah SJK(T) Mahajothi

6.0 KOS PERBELANJAAN


Kos perbelanjaan pertandingan bercerita Bahasa Melayu akan diperolehi daripada
PCG kokurikulum murid prasekolah.

4
7.0 JAWATAN KUASA INDUIK

Penasihat : Pn.S.Veknaswari (GB)


Pengerusi : Pn.S.Gunavathi ( (PK1)
Timbalan pengerusi(I) : Pn.M.Selwe (PKHEM)
Timbalan pengerusi(II) : En. B.Arjunan (PKKK
Setiausaha Prasekolah : Pn.A.M.Thavamani
Guru Penasihat : Pn.N.Caucilia
Pembantu Pengurus Murid : En.Mohd Izwan
: Cik.Nurul Fatihah

AHLI JAWATAN KUASA

PERALATAN PA SISTEM
Guru & PPM PRA En. Mohd Izwan

HADIAH & PERMAINAN & FOTOGRAFI PENGERUSI MAJLIS


Guru & PPM PRA Cik.Nurul Fatihah (PPM )

MAKANAN DAN MINUMAN DOKUMENTASI


semua Guru, PPM PRA Pn.N.Caucilia

DISIPLIN PESERTA BUKU PROGRAM


Guru, PPM PRA, waris Cik Nurul Fatihah

8.0 TENTATIF PROGRAM

Jadual aktiviti

8.30pg - Ketibaan Murid dan waris

- Minum pagi murid

- Murid, waris dan guru berkumpul di bilik mesyuarat

- Bacaan Doa

- Ucapan Aluan

- Ucapan Guru Besar

- pertandingan bermula

- Penyampaian hadiah

- Makan dan minuman

11.45pg - Bersurai

5
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL. PERKARA RM
1. Hadiah RM120.00
3. Cenderahati RM30.00
JUMLAH RM150.00

10.0 PENUTUP
Adalah sangat diharapkan, melalui program yang dirancang ini akan
memberi kesan positif dan mendatangkan faedah dalam memupuk dan melahirkan
insan yang kental jiwanya, bersih, bersemangat, jati diri dan rasa
bertanggungjawab. Program ini juga diharapkan dapat mengeratkan perpaduan
dan silaturrahim yang akan membentuk peribadi individu yang seimbang di
kalangan murid prasekolah.
Dengan berakhirnya program ini nanti, pengalaman serta segala bentuk
proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau
kumpulan, seterusnya akan dapat merancang dan mengelola program seumpama
dengan lebih baik.

Pn.N.Caucilia

Guru Prasekolah Mahamathi


Disediakan oleh :
SJK(T) Mahajothi, Sungai Petani,

Kedah.

En. S.Gunavathi

Penolong kanan kurikulum,


Disemak oleh :
SJK(T) Mahajothi, Sungai Petani,

Kedah.

Pn.S.Veknaswari

Guru Besar,
Diluluskan oleh :
SJK(T) Mahajothi, Sungai Petani,

Kedah.

Anda mungkin juga menyukai