Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO NANING, ALOR

GAJAH, MELAKA
(PRASEKOLAH)

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN MEWARNA
PRASEKOLAH


PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2011

INTERSHIP
2014






SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG EMPAT,
78000 ALOR GAJAH,
MELAKA.


KERTAS KERJA

Pertandingan Mewarna Prasekolah
Tema : Ceria Merdeka

Oleh :

Siti Aesyah binti Mat Jusoh

Program Internship Individu 2014,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Perempuan Melayu,






1.0 PENGENALAN
Aktiviti mewarna merupakan satu aktiviti yang diminati dan digemari kanak-kanak
terutamanya kanak-kanak prasekolah. Aktiviti mewarna juga merupakan salah satu
aktiviti boleh diaplikasikan kepada kanak-kanak bagi mengukuhkan kemahiran motor
halus kanak-kanak berkembang dengan lebih baik. Kemahiran motor halus yang baik
akan membantu murid untuk menguasai kemahiran menulis dengan lebih berkesan.
Secara psikologinya, melalui aktiviti mewarna juga guru berpeluang untuk mengesan
keadaan kanak-kanak yang tidak ditonjolkan mereka ketika bersama guru dan rakan-
rakan. Guru boleh menilai dan mengetahui emosi atau perasaan yang cuba diluahkan
kanak-kanak melalui warna yang mereka gunakan.
Pertandingan mewarna yang bakal diadakan ini bertujuan untuk mencungkil
bakat kanak-kanak dalam bidang seni lukis. Pertandingan ini juga diadakan bagi
memupuk dan mengembangkan bakat kanak-kanak ke peringkat yang lebih tinggi.
Pertandingan ini turut memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meningkatkan
kemahiran motor halus mereka menjadi lebih baik. Pertandingan ini akan diadakan
secara mini dan tertutup peringkat Prasekolah SK Simpang Empat.
Selain itu, pertandingan ini juga akan dapat memberi kepelbagaian dan
keseronokan aktiviti pengajaran dan pembelajaran prasekolah. Guru berharap aktiviti ini
akan dapat mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.




2.0 MATLAMAT
Pertandingan diadakan bermatlamat untuk memupuk dan mengembangkan bakat seni
lukis kanak-kanak ke peringkat yang lebih tinggi di samping memupuk semangat
patriotik dalam diri kanak-kanak.

3.0 OBJEKTIF
1. Memupuk minat kanak-kanak dalam bidang seni lukis.
2. Memupuk semangat patriotik dalam diri kanak-kanak dan cintakan tanah air.
3. Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru.
4. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran prasekolah yang kondusif.












4.0 MASA
10.00 am 11.30 am
5.0 TARIKH
18 Julai 2014 (Rabu)
6.0 TEMPAT
Kelas Prasekolah SK Simpang Empat
7.0 SASARAN
Murid Kelas Prasekolah Gemilang dan Prasekolah Cemerlang


8.0 PROGRAM DAN AKTIVITI
Pertandingan mewarna ini akan diadakan secara mini dan tertutup peringkat
Prasekolah SK Simpang Empat. Pertandingan akan dilaksanakan seperti ketetapan
berikut:
Bil. Kategori Kelas
1 Kategori A Prasekolah Cemerlang
2 Kategori B Prasekolah Gemilang


9.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN MEWARNA


















9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PERTANDINGAN MEWARNA

PENGERUSI : Cik Siti Aesyah binti Mat Jusoh
NAIB PENGERUSI : Cik Amirah Najwa binti Ismail
AJK HAKIM DAN PENILAI : Pn. Hanisah binti Hamid
: Pn. Nurulhuda binti Md Tahir
PENAUNG
Pn. Pouziah binti Ghani

TIMBALAN PENAUNG 1
Pn. Chek Saripah binti Chek Malek

TIMBALAN PENAUNG 2
Pn. Hashima binti Hasim


TIMBALAN PENAUNG 3
En. Mohd Isa bin Barum


PENASIHAT 1
Pn. Hanisah binti Hamid

PEMBANTU
Pn. Adlin Harnina binti Abdul
Sattar

PEMBANTU
Pn. Nor Hayati binti Mohd
Noor
PENASIHAT 1
Pn. Nurulhuda binti Md Tahir




AJK DOKUMENTASI : Cik Amirah Najwa binti Ismail
AJK HADIAH : Pn. Adlin Harnina binti Abdul Sattar
AJK TEMPAT : Pn Nor Hayati binti Mohd Noor

11.0 JADUAL PELAKSANAAN AKTIVITI PEWARNA
Bil. Masa Aktiviti Catatan
1. 10.00 a.m. - Penerangan tentang aktiviti pertandingan
kepada peserta


2. 10.15 a.m. - Aktiviti mewarna bermula


3. 11.15 a.m. - Aktiviti mewarna berakhir


4. 11.15 a.m
11.30 a.m
- Jawatankuasa Hakim membuat penilaian
- Murid bersedia untuk pulang


5. 11.30 a.m - Acara penutup dan penyampaian hadiah. Hadiah akan
diberikan pada
perhimpunan pagi
minggu berikutnya








12.0 ANGGARAN BELANJAWAN
a) Hadiah Pemenang dan Peserta
BIL ITEM HARGA
SEUNIT(RM)
UNIT
DIPERLUKAN
JUMLAH
HARGA(RM)
1 Hadiah Pertama

10.00 2 20.00
2 Hadiah Kedua

8.00 2 16.00
3 Hadiah ketiga

5.00 2 10.00
JUMLAH 46.00

b) Sumber Kewangan:
Sumbangan Prasekolah SK Simpang Empat

14.0 PENUTUP
Diharap aktiviti ini dapat memberikan kesan yang positif dalam bidang pembelajaran
dan pengajaran pendidikan awal kanak-kanak (Prasekolah)


Disediakan oleh,

.
(SITI AESYAH BINTI MAT JUSOH)
Pengerusi Pertandingan Mewarna Prasekolah,
PISMP Prasekolah, Januari 2011,
IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

Disemak oleh,


(PN. HANISAH BINTI HAMID)
Guru Prasekolah
SK Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka.

Disahkan oleh,

.
(PN. POUZIAH BINTI GHANI)
Guru Besar,
SK Simpang Empat, Alor Gajah, Melaka.

Anda mungkin juga menyukai