Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA PROGRAM JOM HIDUP SIHAT

ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


2018

1.0 PENGENALAN

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak
sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan yang disasarkan iaitu murid dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat
sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang
prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.

Murid merupakan kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada
masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu
dipupuk sejak di bangku sekolah lagi.

1..1 KEMPEN JOM HIDUP SIHAT

Jom Hidup Sihat boleh menjamin insan dan masyarakat hidup lebih sejahtera. Amalan Jom Hidup Sihat menjurus
kepada pemakanan yang seimbang, senaman yang konsisten dan mengelakkan stress.

1.2 TUJUAN PROGRAM

Program Kesihatan dilaksanakan bagi melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif melalui amalan Jom Hidup
Sihat. Di samping itu ia bertujuan memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspek kesihatan kepada para
pelajar serta masyarakat di sekitar. Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek ini amatlah wajar ditekankan kepada
golongan sasaran ini memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan mengenai kepentingan penjagaan
kesihatan dari seawal usia di bangku sekolah .

1.3 RASIONAL PROGRAM

Program Jom Hidup Sihat ini merupakan satu program kesihatan untuk semua warga sekolah demi melahirkan
dan memupuk rasa tanggungjawab murid, guru dan seterusnya ibu bapa pelajar mengenai kepentingan
penjagaan kesihatan.

2.0 MATLAMAT PROGRAM


Memastikan murid sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi fizikal. mental, rohani dan
jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di sekolah.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman
dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap kesihatan.
3.2 Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan menerapkannya kepada para murid dan
guru.
3.3 Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan murid.
4.0 AJK INDUK PROGRAM JOM HIDUP SIHAT

PENASIHAT
Encik Idris bin Kassim
Guru Besar SK Felda Ulu Tebrau

PENGERUSI
Puan Hajah Khamisah binti Ayun
GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

NAIB PENGERUSI
Encik Jailani bin Kassan
GURU PENOLONG KANAN HEM

Puan Faridah binti Abdullah


GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Puan Rabi’ah binti Ibrahim


GURU PENOLONG KANAN SESI PETANG

PENYELARAS PROGRAM
Encik Yusuf bin Md Nor
KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

SETIAUSAHA PROGRAM
Puan Siti Norniza binti Zainul Idris
SETIAUSAHA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

JAWATANKUASA KERJA
BIL JAWATANKUASA KERJA NAMA GURU
1 JK BUKU PROGRAM Puan Fadzilah binti Abdul Manan
Puan Nihayah binti Shahadan
2 JK JEMPUTAN/ CERAMAH Puan Siti Norniza binti Zainul Idris
Encik Yusuf bin Md Nor
3 JK PERALATAN DAN SIARAYA Encik Fazli bin Jaafar (K)
Encik Mohammad Bukhari bin Mohammad
Encik Muhammad Suheil bin Mohd Rubani
4. JK PENGACARAAN Puan Saniah binti Ahmad (Sesi pagi)
Encik Amirul Shafiq bin Nor Azman
5 JK PERSIAPAN TEMPAT Encik Nahar bin Dzulkifi (K)
Ustaz Nasharuddin bin Mohd Said
Encik Ridzuan bin Ahmad
Encik Fahrul Fadzidy bin Bahtiar
6 JK PENGGAMBARAN Puan Siti Irina binti Ismail (sesi pagi)
Puan Siti Norniza binti Zainul Idris (sesi petang)
7 JK PERTANDINGAN BUKU SKRAP Puan Zarina binti Jamari (K)
KESIHATAN TAHAP 2 Encik Mohammad Fahmy bin Rahim
Puan Nurul Huda binti Abu Hassan

JK PERTANDINGAN PINGGAN SIHAT TAHAP Puan Nurul Nabilah binti Azhar


1 Puan Mornida binti Abd Moin
Encik Zakiran bin Ali
8 JK KUIZ TAHAP 1&2 Puan Puziah binti Sabirin (sesi pagi) (K)
Cik Latha Raj a/p Rajandren
Puan Siti Hajar binti Kamsani
Puan Faizah binti Fadzil (sesi petang)
Puan Mahani binti Mohd
Ustaz Ahmad Ferdaus bin Abdul Kadir
9 JK PERTANDINGAN POSTER KESIHATAN Puan Rosmaya binti Kamsin (K)
TAHAP 1&2 Puan Kanmani a/p Gopal
Puan Eliya Azura binti Ibrahim
Puan Ruzita binti Sapar (Sesi petang)
Puan Siti Sarina binti Md Saril
Puan Noor Marni binti Ab Rahman
10 JK KAWALAN MURID Encik Jumali bin Jamion (K)
Encik Abd Halim bin Abdullah
Encik Wan Suhaimi bin Wan Othman
Puan Siti Wan Aisyah binti Wan Sulaiman
Cik Nur Shuhada binti Sahak
11 JK HADIAH Encik Putra Amirulmukminin bin Sulizi (K)
Cik Siti Afieqah binti Sarip
Puan Rosnah binti Jemali
12 JK MAJLIS PENUTUP Semua guru PJK
13 JK DOKUMENTASI Puan Siti Norniza binti Zainul Idris

5.0 Cadangan Program

Kempen Jom Hidup Sihat SK Felda Ulu Tebrau dicadangkan berlangsung salama 5 hari bermula pada 8 April 2018 – 15
April 2018. Antara aktviti yang dicadangkan ialah:

AKTIVITI TARIKH/HARI CATATAN


Majlis Perasmian Minggu Hidup Sihat 8 April 2018 / Ahad Gimik Pelancaran Minggu Hidup
Sihat.
Ceramah Gaya Makan Seimbang dan 10 April 2018 / Selasa Penceramah jemputan Dr. Mohd Azlee
Sihat bin Ahmad, Master in Public Health.
Kuiz Kesihatan Tahap 1&2 11 April 2018/ Rabu Anjuran Jawatankuasa Kerja
Pertandingan Poster Kesihatan 12 April 2018 / Khamis Anjuran Jawatankuasa Kerja
Pertandingan Buku Skrap Makanan 8 – 15 April 2018 / Ahad Anjuran Jawatankuasa Kerja
Seimbang – Murid Tahap 2

Pertandingan Pinggan Sihat – Murid


Tahap 1 12 April 2018

Majlis Penutup dan Penyampaian 15 April 2018 / Ahad Anjuran Jawatankuasa Kerja
Hadiah

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA JUMLAH JUMLAH KESELURUHAN


Bayaran Penceramah RM 200.00 RM 200.00
Banner RM 85.00 RM 85.00

Hadiah (Mengikut Aliran):

Kuiz Tahap 1&2 RM 5 x 18 RM 90.00


Pertandingan Poster RM 5 x 18 RM 90.00
Pertandingan Buku Skrap RM 5 x 18 RM 90.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 555.00

7.0 SUMBER KEWANGAN


Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

8.0 PENUTUP
Adalah amat diharapkan agar program ini mendapat kelulusan daripada pihak pentadbir memandangkan isu kesihatan di
kalangan murid merupakan isu kritikal yang diberi perhatian yang serius oleh pihak sekolah.

Disediakan oleh Disemak oleh

………………………………………………………….. ……………………………………………………………
(SITI NORNIZA ZAINUL IDRIS) (YUSUF BIN MD NOR)
Setiausaha Panitia Ketua Panitia
Panitia Pendidikan Jasmani dan Panitia Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan Kesihatan

Disahkan oleh:
……………………………………………………………..
(IDRIS BIN KASSIM)
GURU BESAR
SK FELDA ULU TEBRAU

KERTAS KERJA
PROGRAM
JOM HIDUP SIHAT

ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


2018

LAMPIRAN 1: TENTATIF PROGRAM:

TENTATIF PROGRAM MAJLIS PERASMIAN SESI PAGI

7.20 pagi : penerangan program minggu jom hidup sihat


Encik yusuf bin md nor
7.30 pagi : ucapan perasmian oleh encik idris bin kassim
Guru besar sk felda ulu tebrau
7.35 pagi : gimik pelancaran minggu jom hidup sihat

TENTATIF PROGRAM MAJLIS PERASMIAN SESI PETANG

1.20 T/HARI : penerangan program minggu jom hidup sihat


PUAN SITI NORNIZA BINTI ZAINUL IDRIS
1.30 T/HARI : ucapan perasmian oleh PUAN RABI’AH BINTI IBRAHIM
GURU PENOLONG KANAN SESI PETANG
1.35 T/HARI : gimik pelancaran minggu jom hidup sihat

TENTATIF PROGRAM CERAMAH MAKANAN SEIMBANG – 10 APRIL


2018

10.30 PAGI : MURID TAHUN 4 DAN 5 BERKUMPUL DI BILIK J-QAF

11.00 PAGI : CERAMAH MAKANAN SEIMBANG

DR. Mohd Azlee bin Ahmad, Master in Public Health.

12.30 T/HARI : PENYAMPAIAN CENDERAHATI

12.45 T/HARI : JAMUAN TENGAH HARI

Anda mungkin juga menyukai