Anda di halaman 1dari 4

SMK TUNKU BESAR 73000 TAMPIN NEGERI SEMBILAN

KERTAS CADANGAN PEMBELIAN PERALATAN MUZIK GAMELAN DAN


CAKLEMPONG

1.0 LATAR BELAKANG

1.1 SMK Tunku Besar merupakan institusi yang telah lama bertapak di Tampin dan
merupakan sekolah primer yang pertama di daerah ini. Sekolah ini dibuka pada tahun
1924. Oleh sebab itu, pelbagai kemudahan dan kelengkapan untuk pelajar sudah tidak
berfungsi dengan baik dan sempurna serta lengkap untuk sesi pembelajaran didakan
pengajaran termasuk aktiviti bakat dan kokurikulum.

1.2 Kegiatan luar bilik darjah, termasuk aktiviti muzik dapat memperkembangkan bakat
pelajar serta menggalakkan perkembangan sahsiah para pelajar bagi membentuk pelajar
yang cemerlang bukan saja dari segi akademik, malah menguasai ciri-ciri kepimpinanan
dan berketrampilan.

2.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan memohon Pengetua SMK Tunku Besar, individu-individu
terhormat,badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan untuk menimbang dan bersetuju :

Meluluskan pembelian set alat muzik tradiosional gamelan dan caklempong bagi
melaksanakan aktiviti kelab seni persembahan SMK Tunku Besar

3.0 OBJEKTIF

3.1 Dapat mewujudkan sebuah pasukan gamelan dan caklempong yang


mantap dari segi kemahiran bermain alat muzik dan persembahan.

3.2 Pelajar-pelajar dapat mempelajari pendidikan muzik di sekolah dengan


lebih menyeluruh.

3.3 Pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran bermain alat muzik


tradisional dengan lebih sistematik melalui alat yang mencukupi.

3.4 Pihak sekolah tidak perlu meminjam alat muzik dari sekolah lain atau
menjemput kelab seni dar sekolah lain untuk persembahan pada majlis besar tahunan
sekolah seperti Majlis Graduasi tahunan.

3.5 Dapat mencungkil bakat dan mencari pelapis-pelapis baru untuk meneruskan seni muzik
gamelan dan caklempong dan melancarkan lagi Majlis Graduasi SMK Tunku Besar,
Tampin setiap tahun.

4.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Sila rujuk lampiran

5.0 JUSTIFIKASI CADANGAN

5.1 Mencungkil bakat kesenian di kalangan pelajar SMK Tunku Besar khususnya dalam
bidang muzik.

5.2 Memberi satu aktiviti yang sihat kepada pelajar SMK Tunku Besar yang meminati
bidang muzik dan persembahan.

5.2 Melalui aktiviti kelab gamelan dan caklempong pastinya dapat mendisplinkan pelajar
disamping memberi motivasi kepada pelajar untuk meningkatkan pencapaian dalam
bidang akedamik.

5.3 Memberi keyakinan kendiri kepada pelajar melalui aktiviti-aktiviti seperti


membuat persembahan, menyertai kegiatan khidmat masyarakat dan
menyertai pertandingan yang dianjurkan.

5.4 Memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai PESTA MUZIK yang dianjurkan oleh
JPNNS setiap tahun, pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan, dan seterusnya
mengharumkan nama SMK Tunku Besar ke persada dunia.

6.0 PENUTUP

Dengan ini, adalah dimohon Pengetua SMK Tunku Besar dipohon menimbang dan bersetuju.
Meluluskan kewangan bagi melaksanakan perolehan kelengkapan alatan muzik gamelan dan
caklempong SMK Tunku Besar.
………………………………………………………………………………………………………
Disediakan Oleh : ……………………………………….
Halimatul Fatihah bt Ibrahim
Guru Kelab Caklempong
SMK Tunku Besar

PERMOHONAN INI DILULUSKAN/ TIDAK DILULUSKAN :

…………………………………….
Zul bin Senin
Pengetua Cemerlang,
SMK Tunku Besar

Tarikh : …………………………………….

BIL PERKARA UNIT JUMLAH


1 Sepasang baju kurung RM 80 x 18 org RM 1440.00

2 Kain songket RM75 x 10 RM 7 5 0 .00


Aksesori tambahan

3  Kain tudung RM 50 x 18 RM 900.00


 Rantai
 Tengkolok
4 Set alat solek RM 100 RM 100.00
Bonang dan
Tepak untuk
Greteh, Tingkah
5 dan Canang. RM18.000
Set lengkap caklempong Peralatan lain
termasuk
Gendang.

JUMLAH RM
LAMPIRAN (ANGGARAN PERBELANJAAN)

Anda mungkin juga menyukai