Anda di halaman 1dari 3

MAKTAB RENDAH SAINS MARA ARAU

KERTAS CADANGAN PEMBELIAN PERALATAN MUZIK GAMELAN DAN


CAKLEMPONG

1.0 LATAR BELAKANG

1.1 MRSM Arau merupakan institusi yang baru dibuka pada tahun 2017. Oleh
sebab itu, pelbagai kemudahan dan kelengkapan untuk pelajar masih lagi
tidak sempurna dan lengkap untuk sesi pembelajaran dan pengajaran
termasuk aktiviti bakat dan kokurikulum.

1.2 Kegiatan luar bilik darjah, termasuk aktiviti muzik dapat


memperkembangkan bakat pelajar serta menggalakkan perkembangan
sahsiah para pelajar bagi membentuk pelajar yang cemerlang bukan saja
dari segi akademik, malah menguasai ciri-ciri kepimpinanan dan
berketrampilan.

2.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan memohon Pengetua MRSM Arau untuk


menimbang dan bersetuju :

Meluluskan pembelian set alat muzik tradiosional gamelan dan


caklempong bagi melaksanakan aktiviti kelab seni persembahan MRSM
Arau.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Dapat mewujudkan sebuah pasukan gamelan dan caklempong yang


mantap dari segi kemahiran bermain alat muzik dan persembahan.

3.2 Pelajar-pelajar dapat mempelajari pendidikan muzik di sekolah dengan


lebih menyeluruh.

3.3 Pelajar-pelajar dapat menguasai kemahiran bermain alat muzik


tradisional dengan lebih sistematik melalui alat yang mencukupi.

3.4 Pihak sekolah tidak perlu meminjam alat muzik dari sekolah lain atau
menjemput kelab seni dar sekolah lain untuk persembahan pada majlis
besar tahunan maktab seperti Majlis Graduasi tahunan.

3.5 Dapat mencungkil bakat dan mencari pelapis-pelapis baru untuk


meneruskan seni muzik gamelan dan caklempong dan melancarkan lagi
Majlis Graduasi MRSM Arau setiap tahun.

4.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Sila rujuk lampiran

5.0 JUSTIFIKASI CADANGAN

5.1 Mencungkil bakat kesenian di kalangan pelajar MRSM Arau khususnya


dalam bidang muzik.

5.2 Memberi satu aktiviti yang sihat kepada pelajar MRSM Arau yang meminati
bidang muzik dan persembahan.

5.2 Melalui aktiviti kelab gamelan dan caklempong pastinya dapat


Mendisplinkan pelajar disamping memberi motivasi kepada pelajar untuk
meningkatkan pencapaian dalam bidang akedamik.

5.3 Memberi keyakinan kendiri kepada pelajar melalui aktiviti-aktiviti seperti


membuat persembahan, menyertai kegiatan khidmat masyarakat dan
menyertai pertandingan yang dianjurkan.

5.4 Memberi peluang kepada pelajar untuk menyertai Festival MARA yang
dianjurkan oleh BPM setiap tahun, pertandingan peringkat negeri dan
kebangsaan, dan seterusnya mengharumkan nama MRSM Arau ke
persada dunia.
6.0 PENUTUP

Dengan ini, adalah dimohon Pengetua MRSM Arau dipohon menimbang dan
bersetuju.

Meluluskan kewangan bagi melaksanakan perolehan kelengkapan alatan


muzik gamelan dan caklempong MRSM Arau.
………………………………………………………………………………………………………

Disediakan Oleh : ……………………………………….


Noor Hatifa binti Maso’d
Guru Kelab Seni Persembahan
MRSM Arau

Disokong : ……………………………………….
Norul Huda binti Mohamad Hassan
Timbalan Pengetua (Kokurikulum)
MRSM Arau

PERMOHONAN INI DILULUSKAN/ TIDAK DILULUSKAN :

…………………………………….
Abdul Rahim bin Abdul Wahab
Pengetua
MRSM Arau

Tarikh : …………………………………….

Anda mungkin juga menyukai