Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

Assalammualaikum, salamsejahtera, salam 1 Malaysia, Salam Melaka


bandaraya teknologi hijau fasa ke2.

Indah berbalam siawan petang


Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Salam sejahtera pemula bicara,
Selamat dating untuk semua

( Solutasi )

Alhamdulillah, pujian dan syukur selayaknya buat Allah swt yang Maha
Sempurna, pencipta teragung yang telah mengurniakan taufik dan hidayahnya
lantaran dapat kita berkumpul pada malam ini sempena majlis penyerahan
bendera untuk Kontinjen Balapan & Padang Pendidikan Khas Negeri Melaka.

Bagi pihak majlis, saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan


sangat-sangat mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke
majlis ini.

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kiasi barat,
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat

Seterusnya, majlis menjemput saudara Ustaz Wafiy bin Abdul Wahid


untuk memimpin bacaan doa, majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada saudara Ustaz Wafiy


bin Abdul Wahid atas bacaan doa itu tadi

Hadirin hadirat,

Besar langit di tepi busut,


Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput En.Mohd Hadi bin...............
selaku pengurus pasukan tampil untuk memberikan ucapan aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En.Mohd Hadi bin............... atas


ucapan itu tadi.

Hadirinhadirat,

Cempaka sari warisan sejati,


Jadi kebanggaan seisi Negara,
Ucap tama tuan memang dinanti,
Silalah tampil jangan lengah lagi.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan En. . Ketua


sektor, Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas untuk memberikan
sepatah dua kata. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ________________________ atas ucapan itu


tadi.

Hadirin hadirat,

Seterusnya ialah upacara nyanyian lagu Lagu Negeri Melaka dan lagu
Atlet Melaka. Di minta hadirin semua berdiri untuk sama-sama
menyanyikan lagu.

Demikian tadi alunan lagu semangat

Hadirin sekalian,
Meneruskan acara ialah bacaan lafaz ikrar yang akan disampaikan oleh
Ketua pasukan iaitu Saudara Mohammad Syukri bi Rosli. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohammad Syukri bin Rosli


atas bacaan lafaz ikrar tadi.

Hadirin hadirat,

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian bendera kepada ketua


pasukan.Untuk itu, majlis menjemput ketua sektor
Pendidikan Swasta dan Pendidkan Khas untuk menyerahkan bendera
kepada Ketua Pasukan Saudara Mohammad Syukri bin Rosli.
Terima kasih diucapkan kepada .. atas kesudian
menyerahkan bendera itu tadi .

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian pakaian rasmi atlit Pendidikan


Khas Negeri Melaka. Untuk itu, majlis menjemput Ketua Sektor
Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas ...................................
untuk menyampaikan pakaian rasmi kepada Ketua Kontinjen Balapan
dan Padang Pendidikan Khas 2014 En. Yahya bin Md.Tap.
Seterusnya dijemput Ketua Unit Pendidikan Swasta dan Pendidikan
Khas En. Aziz bin Lani untuk menyampaikan cenderahati kepada Guru
Besar SKPK En Abdul Rahman bin Mohd Said dan seterusnya kepada
Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan
Khas ...................................

Terima kasih diucapkan kepada En. Aziz bin Lani atas kesudian
menyampaikan cenderahati itu tadi

Alhamdulillah, dengan berakhirnya penyampaian cenderahati sebentar itu


tadi maka sempurnalah sudah majlis penyerahan bendera bagi Kontinjen
Pendidkan Khas Negeri Melaka.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir
kerana sudi memeriahkan majlis kita pada malam ini

Bunga dedap di atas para,


nak dusun pasang pelita;
kalau tersilap tutur bicara,
jemari disusun maaf dipinta.

kalau tuan pikat cemara,


buatlah bara bakar selasih;
sudilah tuan jamu selera,
hidangan mesra pengikat kasih.

dengan ini majlis mempersilakan dif-dif jemputan untuk menikmati


hidangan di bilik jamuan .
sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai