Anda di halaman 1dari 2

MAKNA KEMERDEKAAN SEBENAR

Salam mesra pembuka kata,


Bagi memulakan pidato saya,
Salam sejahtera madah bermula,
Kepada hadirin pendengar bicara.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat pagi dan salamsejahtera


kepada semua.

Berdirinya saya di pentas ini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato yang


bertajuk “Makna Kemerdekaan Sebenar.”

Para pendengar yang budiman,

Sudah lebih setengah abad Malaysia mencapai kemerdekaan daripada cengkaman


penjajah. Laungan “Merdeka!” oleh Perdana Menteri pertama kita, Tunku Abdul
Rahman masih terngiang-ngiang di telinga anak pramerdeka yang pernah melalui
kehidupan terseksa pada zaman penjajahan. Persoalan yang sentiasa timbul dalam
benak fikiran kita ialah, “apakah makna kemerdekaan yang sebenar?”

Kemerdekaan dapat ditafsirkan sebagai keadaan yang bebas daripada semua


aspek. Pada era globalisasi ini, remaja dilihat sering terikut-ikut dengan
cara percakapan, cara berpakaian dan gaya hidup artis dari negara barat.Hakikatnya
budaya ini sememangnya tidak sesuai untuk negara timur terutamanya masyarakat 
Malaysia. Hal ini bermaksud kita masih belum mencapai kemerdekaan dari segi
mental.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Di samping itu, kemerdekaan bermaksud rakyat hidup bersatu dalam
keadaan yang harmoni. Perpaduan kaum merupakan faktor utama untuk
kemerdekaan dan juga pembangunan negara. Hal ini amat berkenan dengan tema
sambutan kemerdekaan kali ini, iaitu “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”.

Selain itu, kemerdekaan memberi makna bahawa kita tidak lagi dikongkong oleh


mana-mana pihak. Malaysia harus membuktikan kepada dunia yang
rakyatnya mempunyai minda kelas pertama. Dengan ini, tidak perlu lagi kita
bergantung kepada tenaga pakar luar untuk memajukan negara. Dalam hal
ini, kemerdekaan merujuk kepada kebolehan Malaysia berdikari tanpa bergantung
kepada tenaga luar.
Para hadirin yang dihormati,

Kemerdekaan juga bererti pembebasan mutlak daripada gejala negatif.Hal ini


bermakna rakyat perlu bekerja gigih ke arah pencapaian model insan yang
gemilang. Nilai murni harus dibenihkan ke dalam jiwa rakyat. Pemupukan nilai murni
patut dimulakan melalui institusi keluarga dan sekolah.Perjuangan perajurit pada
masa lampau perlu dikenang sehingga akhir zaman. Perjuangan ke arah
kemerdekaan bukannya senang, tetapi memerlukan tekad dan azam yang utuh.
Oleh hal ini, sebagai pelapis, kita harus memberikan
komitmen yang jitu ke arah mempertahankan negara dan mengekalkan
keharmonian.

Sebelum mengundur diri, saya ingin menyampaikan serangkap pantun.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai