Anda di halaman 1dari 2

PIDATO[MAKNA KEMERDEKAAN SEBENAR]

NUR FATIHAH INSYIRAH{1M}

Salam mesra pembuka kata,


Bagi memulakan pidato saya,
Salam sejahtera madah bermula,
Kepada hadirin pendengar bicara.

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, kombinasi intelektual kehakiman bervisi, penjaga masa
yang setia dengan bibit-bibit minit,Yang Berusaha Puan Pengetua,Puan Mek Emas Binti
Abdullah, ,Yang dihormati Puan Zasliza Binti Abu Samar Guru Penolong Kanan Tadbir dan
Kokurikulum,Datin Noraini Binti Ibrahim,Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Puan Wan
Mazni Binti Wan Ali,Guru Penolong Kanan Kokurikulum ,,barisan ketua bidang,, guru-guru,
rakan-rakan seperjuangan dan
para hadirin yang dihormati sekalian. Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua.
Berdirinya saya di pentas yang serba indah ini adalah untuk menyampaikan sebuah pidato
yang bertajuk “Makna Kemerdekaan Sebenar.”

Para para pendengar yang budiman,

Sudah lebih setengah abad Malaysia mencapai kemerdekaan daripada cengkaman penjajah.
Laungan “Merdeka!” oleh Perdana Menteri pertama kita,Tunku Abdul Rahman masih
terngiang-ngiang di telinga anak pramerdeka yang pernah melalui kehidupan terseksa pada
zaman penjajahan. Persoalan yang sentiasa timbul dalam benak fikiran kita ialah, “apakah
makna kemerdekaan yang sebenar?”

Kemerdekaan dapat ditafsirkan sebagai keadaan yang bebas daripada semua aspek. Pada
era globalisasi ini, remaja dilihat sering terikut-ikut dengan cara percakapan, cara berpakaian
dan gaya hidup artis dari negara barat. Hakikatnya, budaya ini sememangnya tidak sesuai
untuk negara timur terutamanya masyarakat Malaysia. Hal ini bermaksud kita masih belum
mencapai kemerdekaan dari segi mental.

Sidang hadirin yang dimuliakan,

Di samping itu, kemerdekaan bermaksud rakyat hidup bersatu dalam keadaan yang harmoni.
Perpaduan kaum merupakan faktor utama untuk kemerdekaan dan juga pembangunan
negara. Hal ini amat berkenan dengan tema sambutan kemerdekaan kali ini, iaitu
“Perpaduan Teras Kejayaan”.

Selain itu, kemerdekaan memberi makna bahawa kita tidak lagi dikongkong oleh mana-mana
pihak. Malaysia harus membuktikan kepada dunia yang rakyatnya mempunyai minda kelas
pertama. Dengan ini, tidak perlu lagi kita bergantung kepada tenaga pakar luar untuk
memajukan negara. Dalam hal ini, kemerdekaan merujuk kepada kebolehan Malaysia
berdikari tanpa bergantung kepada tenaga luar.

Para hadirin yang dihormati,

Kemerdekaan juga bererti pembebasan mutlak daripada gejala negatif. Hal ini bermakna
rakyat perlu bekerja gigih ke arah pencapaian model insan yang gemilang. Nilai murni harus
dibenihkan ke dalam jiwa rakyat. Pemupukan nilai murni patut dimulakan melalui institusi
keluarga dan sekolah.
Perjuangan perajurit pada masa lampau perlu dikenang sehingga akhir zaman. Perjuangan ke
arah kemerdekaan bukannya senang, tetapi memerlukan tekad dan azam yang utuh.
Sehubungan dengan itu, perpaduan juga dapat meningkatkan imej negara, hasil daripada
kerjasama antara semua kaum tanpa timbul sebarang permasalahan. Sebagai contoh, pada
musim perayaan terutamanya, semua rakyat negara ini sudah pasti akan mengamalkan
kunjung-mengunjungi, bermaaf-maafan dan berbual mesra antara satu sama lain. Bertitik
tolak daripada ini, semangat perpaduan sedikit banyak dapat diwujudkan. Marilah kita
bersama-sama menjadikan negara Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara-negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Hong Kong.

Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
insya-Allah perkara ini akan dapat direalisasikan lebih awal daripada jangkaan kita. Usaha
Perdana Menteri kita dengan memperkenalkan konsep 1Malaysia sememangnya berbaloi
dalam mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Sudah terang lagikan
bersuluh, terdapat banyak kepentingan dalam memupuk perpaduan kaum sama ada kepada
masyarakat ataupun negara. Kita sememangnya tidak dapat menjangka apa-apa yang bakal
berlaku pada masa hadapan kerana semua itu terletak pada kekuasaan Allah s.w.t. Oleh itu,
kita perlulah sediakan payung sebelum hujan dalam mendepani masa depan yang
menjanjikan cabaran di luar jangkaan agar kita tidak ditimpa malang seperti peribahasa
Melayu, sudah terhantuk baru nak tengadah. Masyarakat sepatutnya mempraktikkan
elemen bertolak ansur dan memperteguh kefahaman antara satu sama lain supaya dapat
membina impian negara pada masa depan yang lebih gemilang. Intihanya, semua rakyat
perlulah mempertahankan semangat perpaduan di negara kita demi negara yang tercinta
dan dapat menyambut gamitan negara impian.
Sebelum mengundur diri, saya ingin menyampaikan serangkap pantun.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai