Anda di halaman 1dari 3

PERPADUAN ASAS KEMAJUAN

KALAU TIDAK KELAPA PUAN


TIDAK PUAN KELAPA BALI,
KALAU TIDAK KERANA PERPADUAN
TIDAK SAYA SAMPAI KE MARI.

Salam sejahtera pembukabicara, salam 1 Malaysia untuk hadirin semua,


terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang dihormati dif dif kehormat dan barisan
panel hakim yang arif lagi bijaksana. Berdirinya saya di pagi yang indah ini
adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk Perpaduan Asas
Kemajuan.Sebelum saya teruskan, eloklah saya mendefinasikan dahulu apakah
yang dikatakan sebagai PERPADUAN.
Hadirin yang dihormati,
Perpaduan merupakan satu proses yang menyatupadukan seluruh
masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk
satu identiti, nilai bersama, perasaan cinta dan bangga akan tanah air.
Perpaduan adalah sangat penting untuk membentuk sebuah negara yang teguh,
bersatu padu, stabil, adil, progresif.Tanpa perpaduan,negara kita bukan sahaja
tidak mencapai kemajuan malahan akan terdedah kepada ancaman rusuhan
kaum dan pencerobohan kuasa luar.
Sidang Hadirin dan Hadirat Sekalian,
Pepatah ada menyatakan BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT
MANUSIA KERANA MUAFAKAT. Maka adalah sangat penting untuk setiap
warganegara Malaysia bersatu padu untuk mencapai kemajuan.Sekiranya rakyat
tidak bersatu padu, maka objektif dalam wawasan 2020 tidak akan tercapai.
Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk menyatupadukan rakyat

untuk menjadi sebuah negara yang maju.Diantaranya ialah Integrasi Nasional,


,Dasar Pendidikan Kebangsaan dan juga Bahasa Kebangsaan. Bagi negara yang
mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia, sikap bersatu padu menjadi
sendi perpaduan negara.
Saudara dan Saudari sekalian,
Rukun Negara bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara yang bersatu
padu serta negara yang adil ,demokrasi, liberal dan progresif. Di bawah dasar
ekonomi pula, ketidakseimbangan politik dapat dibetulkan dan kestabilan politik
dapat dinikmati oleh seluruh rakyat .
Para Hadirin Sekalian,
Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk melahirkan sebuah negara
yang bersatupadu dan melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan dapat memberi sumbangan terhadap kemajuan
dan kemakmuran negara. Dengan menggunakan satu bahasa yang sama dapat
merapatkan perhubungan antara kaum, dan juga dapat menghasilkan kerjasama
yang lebih baik demi mencapai kemajuan dalam negara. Selain daripada itu,
kerajaan telah menjalankan program untuk menjalinkan semangat muhibbah dan
perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
Sidang Hadirin yang dihormati,
Dunia telah membuka mata melihat keutuhan perpaduan di Malaysia,
namun begitu ada juga pihak pihak yang irihati dengan kejayaan ini.Oleh itu,
kita haruslah berhati hati demi mempertahankan maruah negara yang tercinta.
Tuan tuan dan puan puan ,perpaduan rakyat dapat mewujudkan
kesejahteraan, keselamatan negara, kestabilan politk dan sosial ekonomi negara.

Dengan ini saya menegaskan bahawa, sepakat membawa berkat.


Bersatulah untuk membentuk perpaduan demi Malaysia tercinta.
Sebelum saya mengundur diri, sebelum bicara saya terhenti, dengarlah dulu
pantun ini,

MEMERANG BERMAIN DI ATAS PAPAN


BANGAU TUNDUK MELANGKAH PERGI
KIRANYA ADA SEBARANG KESILAPAN
SEPULUH JARI MOHON DIMAAFI

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai