Anda di halaman 1dari 3

PIDATO:

PERPADUAN TERAS KEMAJUAN NEGARA.

“Kita mungkin berbeza agama, berbeza Bahasa, berbeza warna kulit… tetapi kita satu bangsa
manusia.” –Kofi Annan-

Kalungan apresiasi buat saudara/I pengerusi, saf kehakiman penuh bervisi, penjaga
masa yang peka pada detik terpateri, seterusnya siding hadirin anak pertiwi.

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia saya titipkan buat semua.

PERPADUAN TERAS KEMAJUAN NEGARA

Demikianlah mauduk bicara saya pada hari ini.

Hadirn sekalian,

Perpaduan dapatlah kita definisikan sebagai kesatuan dalam kalangan rakyat Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama manakala teras bermaksud sesuatu yang
menjadi asas atau tunjang. Kemajuan negara pula dapatlah kita simpulkan sebagai
kemakmuran yang seimbang dari segi sosio ekonomi. Maka berdasarkan mauduk bicara saya
hari ini, saya ingin mengajak anda semua untuk mendalami isu ini dalam tiga sudut pandang
berbeza.

Pertama, Penerimaan asas perpaduan

Kedua, Keranamu Malaysia Rakyat Sehati sejiwa

Dan Ketiga, Ekonomi setara, kita maju bersama

Sidang saksi bervisi,

Sudut pandang pertama, penerimaan asas perpaduan. Salah satu nilai dalam gagasan 1
Malaysia ialah penerimaan iaitu satu nilai yang menuntut kita menerima perbezaan antara
budaya serta agama dan kepercayaan dalam kalangan rakyat Malayasia yang pelbagai juga.

Rumah terbuka bagi perayaan utama negara juga dihadiri oleh semua lapisan
masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Semua ini adalah hasil penerimaan kita
terhadap perbezaan budaya, bak kata pepatah yang lama dikelek, yang baharu didukung.
Perpaduan ini menjadi tunjuang kepada imej Malaysia di mata dunia. Kepercayaan dunia
terhadap negara kita adalah merupakan salah satu indicator kemajuan negara.

Sidang intelektual sekalian,

Sudut pandang kedua, saya bawa anda semua untuk menghayati frasa Keranamu
Malaysia, rakyat sehati sejiwa. Gagasan 1 Malaysia mengajak kita untuk menghayati makna
sebenar sebagai warganegara. Bagaimana kita seharusnya menjadi rakyat yang sayang akan
negara dan sentiasa inginkan yang terbaik buat Malaysia tercinta.

Ingat lagi bila kita rakyat Malaysia turut sama bangkit bersama bersatu mengecam
bila lahad datu, tanah tempat kita berpijak ini di ceroboh, dan bagaimana kita turut sama
menangis dengan tragedy MH370. Dan hadirin, ingatkah bagaimana kita bersorak gembira
tatkala Lee Chong Wei, Pemain Badminton nombor satu negara layak ke peringkat akhir
sukan olimpik pada 2008 dan 2012 dan bagai mana kita turut bersedih bila beliau gagal
meraih pingat emas. Kerana kita rakyat Malaysia. Cubit paha kiri, paha kanan terasa jua.
Keranamu Malaysia, rakyat sehati sejiwa. Apabila kita bersama dalam menghadapi pahit
getir cabaran globalisasi mendatang, pastinya kemajuan negara bertambah kukuh.

Sidang hadirin sekalian,

Sudut pandang ketiga untuk kita teliti bersama ialah Ekonomi setara, kita maju
bersama. Semangat 1 Malaysia menuntut kita untuk menjadi rakyat Malaysia yang berdaya
saing dan berminda kelas pertama. Sedari dulu lagi, apabila berbicara tentang isu perpaduan,
kita tidak akan lari dari isu ekonomi. Bila kita mereka kata Mereka kaya. Mereka penindas,
mereka pula miskin, mereka tertindas. Akhirnya wujud prasangka buruk menggugat
perpaduan kita. Menerusi gagasan 1 Malaysia, semua rakyat Malaysia akan terus berusaha
untuk memperbaiki ekonomi mereka.

Pelbagai usaha telah dilaksana kerajaan, bagi meningkatkan ekonomi rakyat


Malaysia. Program TUKAR misalnya telah banyak membantu peruncit-peruncit kecil dalam
mempertingkatkan kebolehsaingan kedai-kedai mereka. Apabila ekonomi setara, kita maju
bersama. Bak kata pepatah berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah.
Hadirin sekalian,

Kesimpulannya, perpaduan merupakan tunjang kemajuan negara.. Sebagai rakyat


yang cintakan negara ini, kita seharusnya menghayati apa itu perpaduan yang sebenar-
benarnya. Saya tinggalkan anda semua dengan satu persoalan… jika bukan kita… bukan
saya.. bukan anda.. anda dan anda… siapa lagi? Sekian.

Anda mungkin juga menyukai