Anda di halaman 1dari 5

TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KPM

KISAH NABI ADAM DI DUNIA

ISI CATATAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Yang dihormati tuan pengerusi majlis, barisan hakim yang bijaksana, guru-guru
dan kawan-kawan sekalian.

Dicipta manusia dari tanah liat


Tanahnya kering lumpurnya hitam
Itulah asal nabi adam
Mari dengarkan buat pedoman

Ayuh kawan-kawan dengarkan cerita saya pada hari ini yang bertajuk KISAH
NABI ADAM DI DUNIA

Kawan-kawan

Nabi Adam a.s, adalah manusia dan Nabi pertama yang diciptakan oleh Allah.
beliau ditempatkan disyurga bersama pasangannya Hawa. Malangnya nabi
Adam dan Hawa termakan dengan pujuk rayu Iblis. Mereka telah memakan
sejenis buah dari pepohon yang dilarang Allah SWT.

Hasutan Iblis, datang menggoda


Adam dan Hawa kini terpedaya
Ingkar perintah, suruhan yang esa
Penuh penyesalan mereka berdoa

       


    

Maksudnya:
“ya tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika engkau tidak
mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami
termasuk orang-orang yang rugi.”
(surah Al-A’raf ayat 23)

ya kawan-kawan,
maha pengasih Allah S.W.T telah mengampunkan dosa nabi Adam dan Hawa.
Sedangkan Allah mengampunkan dosa hambanya apatah lagi kita. tindakan
kerajaan Malaysia memansuhkan Akta ISA demi keselamatan dan perpaduan
sejagat adalah tindakan yang wajar diberi pujian.
Kawan-kawan

Atas kesalahan mereka Nabi Adam dan Hawa kemudiannya diturunkan ke


dunia. Jadilah Nabi Adam khalifah pertama di bumi memikul amanah dengan
penuh tanggungjawab dan ketaatan kepada Allah SWT.

Tapi malangnya,

terpisah adam, dari hawa tercinta


di jabal rahmah kembali berjumpa
dikurniakan mereka kembar nan dua
berkembang biak atas dunia

Ya kawan-kawan
Setelah nabi adam dipertemukan semula dengan Hawa, baginda telah
dikurniakan dengan sepasang anak kembar.

Firman Ar-rahman

        


  

Maksundya:
Dan ingatlah ketika tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari
sulbi mereka, dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka.

)surah al-A’raf ayat 172(

Anak adalah amanah Allah. justeru itu, peliharalah mereka dengan sebaik
mungkin, janganlah jadi seperti sebahagian ibu bapa hari ini yang sanggup
mendera anak mereka seperti kejadian dera yang menimpa adik Nur Aina
Nabiha Abdullah yang maut didera ala komando oleh bapanya sendiri.
Astarghfirullah…
Ya ayyuhal asdiqa,

Kehidupan nabi Adam didunia penuh cabaran. Namun baginda


menempuhinya dengan kimanan. Baginda….

Membanting tulang setiap hari,


Menanam gandum dan juga bertani
Hasilkan pakaian dari bulu biri-biri
Sistem bertamadun terbentuk kini Syair/ lagu

Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 26:

      


 

Maksudnya:
Wahai anak adam! Sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu
bahan-bahan untuk pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan.

Ya kawan-kawan
Begitulah kehidupan nabi Adam di muka bumi ini. Baginda telah beradaptasi
dengan keadaan kehidupan yang baru dan mencipta ketamadunan. Baginda
bertani untuk mendapatkan bekalan makanan. Baginda juga menternak biri-
biri untuk membuat pakaian. Sesungguhnya Allah jualah maha pemberi rezeki.
Ingat sahaja Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang mempunyai asset berjuta
ringgit asalnya hanya menolong ibunya menjual roti.
Kawan-kawan
Setelah anak-anak nabi adam meningkat dewasa,

Habil dijodohkan dengan Iqlima Sajak / lagu


Seorang yang cantik juga rupawan
Qabil dijodohkan dengan labuda
Orangnya hodoh jelik rupanya

akhirnya
Kerana dengki dan iri hati
Habil dibunuh saudara sendiri

Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 30:

     

Maksudnya:
Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya sehingga tergamak membunuh
saudaranya, lalu ia membunuhnya.

Kawan-kawan
Jauhi sikap dendam dan iri hati kerana ia adalah sifat mazmumah. Dewasa ini,
kes pembunuhan akibat iri hati sering terpampang di dada-dada akhbar.

Rentetan pembunuhan pertama didunia, Allah telah mengajar manusia cara


menguruskan jenazah. Satu lagi ketamadunan manusia tercipta dan bermula
pada zaman nabi Adam.

Kawan-kawan
Lagu
Nabi adam semakin tua
Zuriatnya pula semakin ramai tak terkira
Fitrah manusia ada penghujungnya
Wafatlah Adam bertemu yang esa

Wafatnya nabi Adam pada usia 1000 tahun jatuh pada hari sayyidul Ayyam
Yaumul juma’h. sebelum wafat, baginda telah mewasiatkan Nabi Syees
sebagai ganti baginda

Firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 185:

    

Maksudnya: tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati

Ya kawan-kawan
Ajal maut ditangan tuhan. Kebakaran Maahad Tahfiz Ittifaqiah yang
mengorbankan nyawa merupakan takdir yang esa.

Demikianlah kisah Nabi Adam di dunia.

Maka begitulah akhirnya cerita saya. Setiap yang hidup pasti akan mati. Maka
marilah kita sentiasa berbuat kebaikan dan meninggalkan segala bentuk
kejahatan.

Sekian wabillah hitaufik wal hidayah…….

Anda mungkin juga menyukai