Anda di halaman 1dari 4

KISAH NABI ADAM DI SYURGA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Syukran Jazilan Ya Pengerusi acara


Hakim yang bijaksana , hadirin hadirat semua
Kisah Nabi Adam di syurga tajuk bicara
Haraplah mendengar isi ceritanya.

Kawan –kawan Nabi Adam adalah manusia pertama yang diciptkan oleh Allah SWT dari tanah. Malah , ia
juga adalah Nabi pertama yang diutuskannya.

Indahnya syurga bukan kepalang


Sungai mengalir sejuk dan tenang
Makanan terbayang terus terhidang
Nikmatnya Allah tiada terbilang.

Manusia adalah sebaik – baik kejadian. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Tin ayat 4:

Maksudnya: “sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik –baiknya (dan
berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

Namun dunia hari ini memperlihatkan kejadian pembuangan bayi dan pemerdagangan bayi semakin
menjadi –jadi dikalangan manusia sendiri.

Sahabat sekalian,

Perkhabaran Allah untuk mencipta khalifah di muka bumi menimbulkan kebimbangan para
malaikat. Lalu mereka bertanya:

“ mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah dibumi, orang yang akan membuat kerosakan padanya
dan menumpahkan darah, sedangkan kami sentiasa bertasbih dan menyucikan engkau.”

Lalu Allah berfirman,

Maksudnya: “sesungguhnya aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahui.”

Al –Baqarah: ayat 30
Adam dicipta ditiup rohnya
Perintah Allah sujud padanya
Malaikat mengikut membatah tiada
Iblis membangkang membagga dirinya
Lalu ia diusir dari syurga
Berjanji akan sesatkan manusia – sepohon kayu

Begitulah kawan –kawan, janganlah kita bersikap takabbur dengan kelebihan yang kita ada.

Dunia hari ini, memperlihatkan banyak pemimpin dunia yang mengalami kejatuhan dalam
hidup mereka kerana sikap takabbur mereka sendiri. Misalnya apa yang berlaku di Palestin dan
beberapa negara lagi.

Adam telah diberi pengetahuan oleh Allah nama –nama benda yang ada dimuka bumi.
Kemudian, Allah menguji pengetahuan yang ada pada Adam. Kebijaksanaan Adam dikagumi oleh
Malaikat.

“ maha suci engkau, sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang
engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya engkaulah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana”

Firman Allah:

Maksudnya: “bukankah aku telah katakana kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia
langit dan bumi, dan aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan.

Al-Baqarah : ayat 33

Dalam hidup ini, kita patut bersyukur dengan setiap nikmat yang dikurniakan oleh Allah
kepada kita.

Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya bersyukur dapat bernaung dibawah pemerintahan 1
Malaysia yang aman dan damai.

Wahai sahabat,

Di dalam syurga Adam sebatang kara


Sepi di jiwa tiada teman bicara
Nikmat di syurga memang tiada taranya
Namun Allah tahu segalanya – lagu hanya Tuhan yang tahu

Ketika sedang melayan jiwa yang lara, Adam tertidur. Lalu Allah menjadikan Hawa dari tulang
rusuk Adam di sebelah kiri. Ketika terjaga dilihat ada seseorang berada disisinya. Lalu Malaikat bertanya:

“ wahai Adam, apa dan siapakah makhluk disismu?”

Sesuai dengan pengetahuan yang dikurniakan Allah pada Adam, ia menjawab:


“seorang perempuan”

“ tanya Malaikat lagi, “siapa namanya?”

Jawab Adam “Hawa”

“untuk apa Allah ciptakan makhluk ini? “tanya Malaikat lagi.

“ untuk mendampingiku, membahagiakanku dan memenuhi keperluan hidupku sesuai kehendak Allah
SWT.” Jawab Adam.

Maka tinggallah Adam dan Hawa didalam Syurga, nikmati segala kehidupan dan kemewahan
di syurga dengan hati yang gembira. Firman Allah dalam surah al-a’raf ayat : 19

Maksudnya: “ dan wahai Adam tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari
makanannya sepuas –puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini,
(jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.

Allah juga berpesan yang iblis akan sentiasa menyesatkan mereka dan mengheret mereka
keluar dari syurga.

Setiap manusia dicipta berpasang-pasangan. Tujuannya, untuk saling bantu membantu dan
berkasih sayang.

Namun, pada masa kini kes penceraian mencatatkan peningkatan yang semakin
membimbangkan. Sedangkan Allah amat membenci kepada penceraian.

Kawan – kawan semua,

Tipu daya iblis berjaya memesongkan iman Adam dan Hawa.

Buahlah khuldi buah larangan


Perintah Allah jangan dimakan
Iblis memujuk cuba rasakan
Kesedapannya tiada tandingan –Syair

Mereka akhirnya diperintahkan untuk keluar dari syurga sebagai hukuman dari Allah.

Firman Allah Taala:

Maksudnya: bukankah aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu,
bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?”
Al-A’raf: ayat 23
Iblis dan syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Janganlah kita mudah terpedaya dengan
godaan dan hasutannya.

Pada masa kini, masalah sosial yang melibatkan gejala syirik dan murtad semakin berleluasa di
kalangan masyarakat islam. Berhati –hatilah kita agar tidak terjebak dengannya.

Kisah Adam di syurga tamatlah sudah


Jadikan teladan iktibar semua
Hukuman Allah itulah padah
Menyesal kemudian tiada gunanya

Terima kasih untuk semua


Mendengar cerita jemunya tiada
Mana yang baik ambil iktibarnya
Apa yang buruk elakkanlah ya.

Sekian , Wabillahi Taufik Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai