Anda di halaman 1dari 5

TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH KPM

KISAH NABI ADAM DI SYURGA

ISI CATATAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Terima kasih, Pada pengacara


Guru-guru dan rakan semua
Barisan hakim yang bijaksana
Mari dengarkan cerita saya

Kisah nabi Adam, di syurga


Ambil pengajaran, bersama
Mudah-mudahan diberkati Allah

Dari tanah ia tercipta


Iradat Allah penguasa semesta Syair
Itulah adam manusia pertama
Ciptaan Allah sungguh istimewa Dari tanah dicipta
manusia
Ya kawan-kawan.
Nabi adam adalah manusia pertama yang Allah ciptakan. Baginda adalah Tanahnya kering
makhluk yang sempurna yang Allah ciptakan dari tanah. Allah ada menyebut lumpurnya hitam
cerita tantang penciptaan nabi Adam dalam firmannya yang berbunyi:
        Ditiupkan roh
kedalam tubuhnya
Maksudnya:
Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia (Adam) daripada tanah Itulah asal lahirnya
liat kering , yang berasal dari lumpur hitam yang diberi bentuk. adam
(surah Al-hijr ayat 26) (pantun)

Kawan-kawan
Sesungguhnya Allah maha berkuasa untuk melakukan sesuatu yang tidak
terlintas difikiran manusia. Lihat sahaja alam sekeliling kita pelbagai keajaiban
bukti kehebatan dan kekuasaan Allah sebagai pencipta. Masya-Allah
Kawan-kawan

Setelah nabi Adam sipa dicipta, Allah telah memerintahkan malaikat dan iblis
untuk sujud hirmat kepada nabi Adam.

Sujud semuanya hormatkan adam


Kecuali iblis sombong menentang (pantun)
Dilaknat Allah Iblis berdendam
Pastikan keturunan adam hidup tak senang

Kawan-kawan
Sifat sombong ibarat api yang memakan kayu kering. Maka jauhilah ia. Lihat
saja kesombongan negara kuasa besar yang suka menindas negara yang lemah
hingga mencetuskan peperangan yang memakan korban. Semuanya ini adalah
dari hasutan iblis dan syaitan durjana.

Firman Allah dalam surah luqman ayat 18:

       

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi
membangga diri.

Hadirin sekalian,
Hidupnya adam seorang diri disyurga. Maka timbul rasa sunyi di hati. Maka
Allah telah menciptakan Hawa dari rusuk kiri baginda sebagai peneman
baginya.

gembira Adam bukan kepalang


hadirnya hawa hilanglah walang
nikmatnya Allah tiada terbilang Syair/ lagu
maha pengasih juga penyayang

firman Allah dalam surah al-fatihah ayat 3:


  
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Ya kawan-kawan
Segala puji bagi Allah yang maha pemurah dan maha penyayang. Lihat saja
sekeliling kita. nikmat keamanan dan kemajuan negara yang kita kecapi hari ini
adalah kurniaan Allah rabbul izzati.

Kawan-kawan

Iblis tidak berpuas hati, kerana adam bahagia di syurga. Maka iblis telah
memperdaya nabi Adam dan Hawa untuk mendekati pohon larangan disyurga. Lagu pondok kecil

Buah larangan dimakan mereka


Akibat hasutan iblis yang durjana
Adam dan hawa tercampak kedunia
Gembiranya iblis tertawa-tawa

Ha..ha..ha… padan muka kamu… nah rasakan..

Sedihnya nabi Adam dan Hawa kerana mereka telah ditipu oleh iblis. Mereka
segera memohon ampun dari Allah.

Kawan-kawan
Doa adalah senjata orang mukmin. Oleh itu, Kita hendaklah selalu memohon
doa petunjuk dari Allah agar tidak ditipu oleh syaitan dan iblis durjana. Seperti
yang sering dilakukan oleh Majlis fatwa kebangsaan dalam menetapkan
sesuatu hukum agama agar tidak terkeluar dari landasan Islam.

   


Maksudnya:. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.

Surah Al-Fatihah ayat 6

Kawan-kawan
Setelah nabi Adam dan hawa diturunkan kedunia, maka bermulalah tamadun
manusia di dunia. Demikianlah kisah nabi Adam di syurga. Ambillah iktibar
bersama.

Begitulah kisah seorang nabi


Ditipu iblis terbuang kebumi Lagu
Ambillah iktibar pedoman diri
Moga mendapat rahmat illahi

sekian

Anda mungkin juga menyukai