Anda di halaman 1dari 4

TEKS BICARA BUKU

SI LELAKI ROTI HALIA

ISI CATATAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Pendahuluan

Izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya………………………………… dan saya Lagu


berumur…………………… saya belajar di sekolah kebangsaan Taman Tawau. Hobi
saya ialah membaca buku dan……………………. Manakala cita-cita saya pula ingin
menjadi seorang………………….

Dalam video ini, saya berasa amat teruja untuk mengongsikan mengenai
sebuah buku yang telah saya baca, iaiutu buku yang berjudul, si lelaki roti halia.
Di dalam buku ini, terdapat banyak isi menarik. Jadi ayuh kita dengarkan.

Isi 1
Buku ini adalah hasil tulisan semula oleh penulis yang berbangsa india yang
bernama S Subramaniam. Cerita

Ia diterbitkan pada 2021 oleh Aneka Publication sendirian berhad.

Buku menarik ini mengandungi 17 halaman bercetak dilengkapi dengan


gambar ilustrasi yang berwarna-warni untuk di sesuaikan bagi pembaca cilik Dalil 1
seperti saya.

Buku mini ini menceritakan tentang perjalanan hidup sebentuk roti halia yang
berbentuk seperti seorang lelaki yang nakal dan melarikan diri kerana tidak
mahu dijadikan makanan bagi sepasang suami isteri.

Tema utama yang terdapat dalam siri kisah klasik ini, yang menarik perhatian Syair / Nazam
saya ialah kebijaksanaan dan kekreatifan si musang yang berusaha untuk
memakan lelaki roti halia tersebut. Menariknya dengan kebijaksanaan dan
kelicikan si musang tersebut dia berjaya memperdaya lelaki roti halia untuk
duduk di belakangnya dan menyeberangi sungai. Sesampainya di seberang
musang tersebut melambung lelaki roti halia dan memakannya.

Selain itu apa yang menariknya buku ini, ia juga turut di sertai dengan suku
kata berwarna bagi membantu murid tahun 1 seperti saya belajar membaca
dan juga glosari untuk menambah kosa kata bahasa melayu saya.

Isu semasa 1
TEKS BICARA BUKU

SAYAP ADINILA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Izinkan saya memperkenalkan diri. Nama
saya………………………………… dan saya berumur……………………
saya belajar di sekolah kebangsaan Taman Tawau. Hobi
saya ialah membaca buku dan……………………. Manakala cita-
cita saya pula ingin menjadi seorang………………….
Dalam video ini, saya berasa amat teruja untuk berkongsi
mengenai sebuah buku yang telah saya baca, iaiutu buku
yang berjudul, SAYAP ADINILA.
Di dalam buku ini, terdapat banyak isi dan plot menarik.
Jadi ayuh kita dengarkan.
Buku ini adalah hasil tulisan semula oleh penulis cereka
fiksyen sains tempatan yang bernama Firdaus Ariff.
Buku ini diterbitkan pada 2008 oleh PTS Fortuna.
Buku menarik ini mengandungi 265 halaman bercetak dan
mengandungi 25 bab dan satu bab tambahan lapiran
penerangan watak novel dan latar budaya dan tempat yang
menjadi imaginasi kisah ini.
Novel ini dijual dengan harga 19.00 ringgit di semenanjung
Malaysia dan 22.00 ringgit bagi wilayah sabah dan Sarawak.
Novel fiksyen ini membawa pembacanya ke sebuah dunia
alternative sekitar kurun ke-15 yang bertempat di Empayar
Nilam. Kisah bermula dengan serangan kerajaan Angkor
keatas kerajaan qahada , salah satu wilayah di empayar
nilam. Setelah menawan gabenor wilayah itu, empayar
nilam dipaksa memenuhi permintaan kerajaan Angkor iaitu
menyerahkan ciptaan si genius Adinila yang disembunyikan
selepas lagenda pertempuran von noir seabad yang lalu.
Perjalanan novel kemudian tertumpu pada usaha Harimau
nilam mengesan jejak ciptaan Adinila yang akhirnya
ditemui di kota lama.
menariknya novel ini, penggunaan teknologi Kristal dalam
dunia sains fiksyen ini deterangkan dengan begitu
terperinci, hingga saya yang masik kanak-kanak ini dapat
menggambarkan penggunaannya dengan baik.
Babak-babak pertempuran yang menghiasi perjalanan
novel ini juga di ceritakan dengan baik seperti dalam komik
pertarungan.
Bahagian cerita sewaktu mereka mencari dan menemui
sepasang sayap ciptaan adinila adalah antara yang menarik
minat saya untuk menekuni novel ini hingga ke akhir,
walaupun tanpa illustrasi lakaran kapal udara yang menjadi
inspirasi penulisnya.
Lebih peting lagi, fiksyen sains di dalam novel ini tidaklah
terlalu kebaratan di mana novel ini masih menekankan
elemen kemelayuan nusantara kita.
sebagai pembaca, saya berpendapat novel fiksyen sains ini
adalah salah satu fiksyen sains Malaysia yang harus dimiliki.
Malah saya tidak sabar ingin mencari dan membaca
sambungan siri ini.
Apapun, sedikit kesilapan ejaan di dalamnya sedikit
menganggu bacaan saya yang baru tahun 5 ini. Saya rasa
mahu mengaris perkataan-perkataan tersebut. Nasib baik
buku perpustakaan.
Pada pendapat saya. Jika penulis selitkan sekeping peta
dan illustrasi kapal juga senjata pasti dapat membantu saya
lebih menghayati empayar Kristal ini dengan lebih
berkesan.

Akhir sekali ingin saya katakana bahawa novel ini sangat


bagus dari segi jalan ceritanya dan bahasa yang digunakan
mudah difahami.

Anda mungkin juga menyukai