Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

1. Nama Guru

2. Judul 3 KERTAS, 3 KRAYON, 3 PENSEL 3. Bidang: MOTIVASI


WARNA
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Buku 3 kertas, 3 krayon, 3 pensel warna  oleh Adlil Rajiah & Najmi Haniffah merupakan sebuah
buku panduan keibubapaan yang digarap secara santai dan bersahaja oleh penulis. Namun,
sangat memberi impak kepada pembaca, terutama yang baru bergelar ibu dan bapa.
 
Puan Adlil Rajiah menulis berdasarkan bacaan dan pengalamannya membesarkan anak sendiri.
Perkongsian beliau pun sudah cukup mantap. Namun pada akhir setiap bab, perkongsian beliau
masih lagi disokong oleh teori dalam bidang pendidikan kanak-kanak.
 
Contohnya dalam topik “Bantu anak memahami dan mengawal perasaan”. Kita bukan hanya
membaca teori “bagaimana untuk mendengar masalah anak dengan sepenuh perhatian, malah
kita dihidangkan dengan dialog bagaimana untuk memberi respon kepada luahan anak. Perkara
sebegini kadang kala kita tidak sedar ia salah, sehingga kita menjumpai contoh yang hampir
dengan amalan seharian kita. Dan bentuk dialog sebegini amat mudah dihadam oleh semua
orang.
 
Paling menarik, penulis juga menghidangkan pelbagai contoh aktiviti kreatif yang bergambar,
berwarna-warni dan menarik, yang boleh dipraktikkan oleh pembaca bersama anak-anak seperti 
belajar nombor dan matematik mudah, memory game, idea untuk homeschooling, cara rangsang
deria,DIY game book dan banyak lagi. Secara tidak langsung, aktiviti sebegini cenderung untuk
membantu anak-anak melupakan gajet.
 
Selain itu, buku ini juga menyajikan pelbagai resepi menarik untuk juadah si kecil. Secara
keseluruhan buku ini amat disarankan untuk dijadikan salah satu panduan kepada ibubapa, bakal
ibu bapa, guru-guru dan mereka yang bekerja di bidang yang melibatkan kanak-kanak.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

1. Pelbagai teknik untuk menangani masalah dengan anak-anak didedahkan berdasarkan


pengalaman penulis membesarkan anak.
2. Walau pun buku ini merupakan sebuah buku keibubapaan, namun sesuai digunapakai
oleh seorang guru.
9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

1. Beberapa aktiviti kreatif yang menarik boleh digunakan di dalam P&P untuk
mengurangkan tekanan murid-murid.
2. Beberapa contoh yang diberikan untuk menangani masalah anak-anak penulis boleh
diadaptasikan ke dalam kelas semasa P&P.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai