Anda di halaman 1dari 74

Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

KARANGAN JENIS AUTOBIOGRAFI


MODEL KARANGAN

“ Aku Sebuah Komputer “.Tulis karangan kamu selengkapnya.

Aku ialah sebuah komputer.Keluargaku lebih dikenali sebagai Dell.Aku


bangga kerana dilahirkan di Malaysia.Tubuh badanku diperbuat daripada bahan-
bahan seperti aluminium,plastik,kaca,komponen besi dan tembaga.Di dalam
keluargaku ada dua jenis komputer,iaitu komputer riba dan komputer biasa.

Untuk lengkap menjadi sebuah komputer tidak semudah yang disangka.Aku


memerlukan kelengkapan seperti monitor,papan kekunci,tetikus,peranti disket,dan
pelbagai aksesori yang lain.Setelah siap menjadi satu set komputer barulah aku
dimasukkan ke dalam kotak untuk proses pembungkusan dan penghantaran.

Aku berasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan-rakanku yang


lain.Aku telah dihantar ke sebuah kedai komputer yang terletak di Ipoh,Perak.Di
sana aku dipamerkan bersama-sama rakan-rakan komputer jenama yang lain
seperti Samsung,Acer,Toshiba dan lain-lain.Para pengunjung bertali arus
mengunjungi kedai ini untuk melihat dengan lebih dekat teknologi yang ditawarkan
oleh setiap jenama komputer.

Pada suatu hari aku berjaya menarik perhatian seorang pengunjung.Dia


bersetuju membayar sejumlah RM 1999 untuk mendapatkan aku.Aku terus dibawa
menaiki kereta menuju ke sebuah sekolah yang terletak di pedalaman.Aku
diletakkan di dalam sebuah bilik.Hanya aku seorang yang tinggal di dalam bilik
itu.Setelah siap dipasang,aku dicuba terlebih dahulu oleh seorang guru lelaki.Dia
kelihatan berpuas hati terhadap prestasi yang aku miliki.

Rupa-rupanya,aku telah ditempatkan di sebuah sekolah orang asli.Aku


berasa kasihan kerana masih ramai murid orang asli yang masih buta
komputer.Namun,aku berasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh guru
di situ yang tidak jemu-jemu membimbing anak muridnya menggunakan
komputer.Aku juga sentiasa menjaga kesihatan diriku agar dapat memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada mereka.

Kini,aku sudah berkhidmat kepada warga sekolah tersebut selama tiga


tahun.Aku telah berjaya menarik minat murid orang asli untuk mempelajari
komputer.Sehingga kini, hampir separuh daripada murid orang asli telah mahir
tentang perkara asas menggunakan komputer.Aku berharap agar aku dapat
berkhidmat di sekolah ini dalam jangka masa yang lebih lama dan tidak mengalami
masalah teknikal.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 1


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

RANGKA KARANGAN

Tulis sebuah karangan autobiografi yang bertajuk “ Aku Sebuah Menara


Telekomunikasi”

Pendahuluan :

- Namaku – Menara Alor Star – ketinggian 179.5 meter – direka bentuk –


arkitek Hafiznadra Agensi.

Isi penting :

1. Berbentuk tirus – tinggi – bahan binaan – konkrit – menara –


menggabungkan unsur estetika moden – mengekalkan bentuk tradisional
yang menarik.
2. Tujuan pembinaan menara – menara komunikasi – mempertingkatkan
khidmat telekomunikas dan sistem pemancar radio.
3. Balai cerap – melihat anak bulan – Ramadhan dan Syawal – penentuan
puasa dan hari raya.
4. Dikunjungi pelawat – dalam dan luar negara – tarikan – pelantar
pemandangan,restoran berputar,kedai cenderamata.

Penutup :

- Berbakti kepada rakyat – kebanggaan warga Negara Malaysia

CONTOH SOALAN AUTOBIOGRAFI

1. Tulis sebuah karangan bertajuk “ Aku Sebuah Perpustakaan”

2. Andaikan kamu sebagai sebatang sungai.Tulis riwayat hidup kamu


selengkapnya

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 2


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

ISI TEMPAT KOSONG

“ Aku Sebuah Motosikal “ Tulis karangan kamu selengkapnya.

Aku ialah sebuah motosikal.Aku diberi nama __________________.Aku


dibuat daripada gabungan ______________________________________________
dan lain-lain lagi.Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Tokyo Jepun.

Setelah anggota badanku siap dipasang,aku di masukkan ke dalam


____________________________________________________.Banyak lagi rakan
sepertiku yang berada di dalam treler itu.Kami dihantar ke ____________________
untuk di _____________________________ ke Malaysia.Apabila aku sampai di
pelabuhan Klang,sebuah treler lain telah menanti ketibaan ku dan rakan-rakan yang
lain.Aku dan kawan-kawan telah dibawa pula ______________________________.

Aku dipamerkan kepada orang ramai.Tauke kedai itu meletakkan tanda harga
pada badanku.Hargaku ___________________________________________.Aku
begitu bangga kerana ramai orang memuji-muji akan kecantikkanku.Mereka
__________________________________________________________ badanku.

Akhirnya,____________________________________________________________
______.Pemuda itu menunggangku dengan penuh bergaya.Tugasku setiap hari
ialah membawa pemuda itu _________________________________________
Apabila pulang dari kerja pemuda itu memandikan aku dan mengelap tubuh
badanku.Dia ________________________________________________________.

Pada suatu hari, aku dibawa berjalan-jalan.Tiba-tiba ___________________

________________________________________________________.Aku terbaring
diatas jalan raya.Aku mengaduh kesakitan.Badanku ada yang pecah dan
___________________________________.Aku telah ________________________

Aku ____________________________________.Aku tidak dapat bertugas


seperti biasa lagi.Mekanik di bengkel itu ___________________________________

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 3


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

tubuh badanku.Dia hanya mengambil _____________________________________


yang boleh digunakan saja.Kini,aku ______________________________________

MENYUSUN PERENGGAN MENJADI KARANGAN YANG BETUL

Andai kamu sepasang kasut sukan.Ceritakan kisah hidup kamu.

Pada suatu petang,seorang gadis begitu asyik membelekku.Mungkin dia


berkenan akan bentuk dan kualiti yang aku miliki.Sangkaanku tepat.Dia telah
membeliku dengan harga RM89.90.Aku sangat gembira kerana mendapat tuan yang
baharu.

Aku dan rakan-rakanku kini ditempatkan di sebuah kedai menjual peralatan


sukan di sebuah pusat membeli-belah.di sekitar ibu kota.Di sini,aku dipamerkan di
dalam rak kaca dan diletakkan tanda harga.Aku dapat mengenali rakan-rakanku
yang berjenama lain seperti Line 7,Adidas,Puma,Yonex dan sebagainya.

Pada setiap petang atau cuti hujung minggu,pemuda itu menggunakan aku
untuk berjoging disekeliling taman rekreasi.Aku berasa teruja kerana dapat
berkhidmat kepada tuan baharuku disamping membantu mengekalkan kecergasan
dan kesihatannya.Selepas digunakan,badanku sentiasa dibersihkandan disimpan di
tempat yang selamat.

Aku ialah sepasang kasut sukan yang berjenama Power.Aku sering


digunakan untuk berjoging dan bermain badminton.Aku merupakan kasut yang
tahan lasak dan dapat digunakan sama ada di dalam atau di luar gelanggang.

Aku bersyukur kerana mendapat tuan yang cermat dan berhemah.Sehingga


kini,sudah hamper tiga tahun aku berkhidmat dengan tuanku.Meskipun tapakku
semakin haus dan warna kulitku yang semakin pudar,namun dia masih setia
menggunakan khidmatku.Aku bertuah mendapat tuan yang sebaiknya.

Badanku diperbuat daripada kain kanvas yang berlapikkan span dan


berlantaikan getah.Untuk lebih berdaya tahan,badanku telah digam dan dijahit kukuh
supaya tahan lama.Setelah siap diproses,aku dimasukkan kedalam kotak.Aku akan
dibawa bersama-sama rakan-rakanku yang lain meninggalkan tempat kelahiranku di
Rompin, Pahang.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 4


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

KARANGAN JENIS GAMBARAN/KEPERIHALAN

MODEL KARANGAN

Baru-baru ini kamu berpeluang pergi ke pameran buku.gambarkan


suasana di tempat pameran buku itu diadakan.Tulis karangan itu
selengkapnya.

Pada hari minggu yang lalu,bertempat di Dewan Besar Rompin telah diadakan
suatu pameran buku secara besar-besaran.Pameran buku ini berlangsung selama
seminggu.Hafiz,rakan sekelas saya telah mengajak saya berkunjung ke pameran
tersebut.Kami pergi ke pameran tersebut dengan menaiki bas.

Menjelang tengah hari,kami pun tiba di ruang pameran.Saya dapati banyak


penerbit buku membuka gerai masing-masing.Ruang pameran penuh sesak dengan
orang ramai.Masing-masing sibuk membelek-belek dan memilih buku yang
dipamerkan. Ramai ibu bapa membawa anak-anak mereka datang ke pameran
tersebut.

Pameran buku ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran.Pameran


ini telah disertai oleh 25 buah syarikat penerbit buku dari seluruh Malaysia.Tujuan
pameran ini diadakan adalah untuk memupuk tabiat membaca dalam kalangan
rakyat negara ini.Di samping itu, pameran ini juga memudahkan orang ramai
memilih bahan bacaan yang digemari oleh mereka.

Buku-buku yang dijual di pameran ini murah-murah belaka.Pihak penerbit


telah memberkan diskaun antara 50% hingga 70% bergantung kepada jenis,kualiti
dan tahun buku tersebut diterbitkan.Antara buku yang dijual ialah buku rujukan,buku
cerita,komik,majalah dan buku ilmiah.

Selain pameran buku,kuiz dan pertandingan menguji minda turut


diadakan.Para pemenang yang menyertai kuiz tersebut mendapat buku dan wang
tunai sebagai hadiah.Selain buku-buku terbitan tempatan,buku-buku terbitan dari

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 5


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

luar negeri juga turut dipamerkan.Antaranya dari Indonesia.Timur Tengah,Negara-


negara Eropah,China,Singapura dan Jepun.

Saya dan Hafiz turut membeli beberapa buah buku rujukan UPSR dan buku
cerita.Saya dan Hafiz menghabiskan masa hampir tiga jam di pameran itu.Ketika
kami ingin meninggalkan tempat itu,orang ramai masih berpusu-pusu mengunjungi
pameran tersebut.

RANGKA KARANGAN

Gambarkan keadaan di kantin sekolah pada waktu rehat.

Pendahuluan :

- Kantin yang sunyi sepi bertukar menjadi hingar-bingar.

Isi penting :

1. Apabila loceng rehat berbunyi,murid bergegas ke kantin


2. Murid beratur apabila ada pengawas yang bertugas.
3. Selepas membeli,murid duduk makan di kerusi panjang.
4. Sampah dibuang di dalam tong sampah.

Penutup :

- Loceng berbunyi,murid masuk ke kelas semula.

Contoh soalan Gambaran/Keperihalan

1. Gambarkan keadaan di padang sekolah kamu apabila diadakan sesuatu


perlawanan bola sepak.

2. Kamu dan keluarga kamu telah berkesempatan melancong ke sebuah


tempat yang menarik.Gambarkan tempat-tempat menarik yang telah
kamu dan keluarga kamu kunjungi.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 6


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

ISI TEMPAT KOSONG

Kamu telah terlibat dalam kejadian kemalangan jalan raya.Gambarkan


keadaan detik-detik cemas ketika kejadian itu berlaku.Tulis karangan itu
selengkapnya.

Pada hari minggu,aku telah menaiki bas ke Bandar untuk membeli buku
rujukan.Semasa dalam perjalanan hujan __________________________________.
Entah kenapa,tiba-tiba _________________________________________________

Keadaan jalan raya sangat licin akibat hujan lebat.Pemandu bas memandu
________________________________________.Tiba-tiba sebuah kereta
memotong laju di hadapan bas lalu terbabas.Pemandu bas cuba mengelak daripada
_________________________________________.

Semua penumpang di ____________________________________________


Aku tergamam seketika.Aku hanya mampu ________________________________
Sekelip mata pandanganku menjadi gelap gelita setelah kedengaran dentuman yang
kuat.

Aku ___________________________________________,pandanganku
kabur.Aku hanya mendengar ____________________________________________
dan jeritan suara meminta tolong.Setelah aku sedar sepenuhnya,aku sudahpun
berada dibahu jalan.___________________________________________________
sedang bertungkus lumus untuk menyelamatkan mangsa kemalangan yang lain.

____________________________________________ tetapi kakiku kebas.


Kepalaku juga berasa pening.Aku _______________________________ kerana
mengalami kecederaan ringan pada kaki dan tangan.__________________ yang
cedera parah telah dihantar _______________________.Ada juga penumpang yang
diberikan bantuan rawatan di situ juga.

Aku berasa sedih _____________________________________________


itu.Seramai tiga orang terkorban dalam kemalangan itu.Walaupun ______________

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 7


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

itu sudah ______________________________,namun aku masih terbayangkannya


setiap kali aku berada di jalan raya.

MENYUSUN PERENGGAN MENJADI KRANGAN YANG BETUL

Gambarkan sebuah karangan yang menceritakan tentang sambutan hari


kanak-kanak di sekolah kamu

Acara terakhir ialah jamuan ringan untuk semua murid di sekolah ini.
Difahamkan guru-guru di sekolah ini telah sudi menaja jamuan pada tahun ini.Kami
sungguh terharu dengan sikap pemurah guru-guru di sini.Semua murid-murid berasa
gembira pada hari tersebut.

Kami kemudian diarah bergerak ke dewan sekolah mengikut kelas masing-


masing.Kami duduk di tempat yang telah disediakan.Guru-guru kelas turut
membantu menyusun atur murid-murid di tempat masing-masing.

Pada hari Sabtu yang lepas,sekolah saya telah meraikan hari kanak-kanak di
peringkat sekolah.Sambutan pada tahun ini sungguh meriah.Seawal pukul 7.30 pagi
lagi,murid-murid sudah mula berkumpul di sekolah.

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu,pengumuman untuk tokoh kanak-


kanak bagi sesi 2007.Murid yang paling bertuah ialah Mohammad Hafizuddin bin
Selamat dari kelas 6 Jujur.Pemilihan Mohammad Hafizuddin memang bertepatan
kerana dia bukan sahaja disenangi oleh guru-guru,malah rakan-rakannya juga
sangat menyenanginya.Guru Besar telah menyampaikan sijil dan trofi kepada tokoh
kanak-kanak tersebut.

Upacara dimulakan dengan bacaan doa daripada Ustaz Mazlan untuk


memohon restu.Selepas bacaan doa,guru besar telah memberi ucapan dan
merasmikan majlis tersebut.Dalam ucapannya,beliau menasihati agar murid-murid
belajar dengan bersungguh-sungguh supaya menjadi manusia yang berguna
kepada agama,bangsa dan negara.

Acara sambutan Hari Kanak-kanak pada tahun ini terus dihangatkan oleh
persembahan daripada murid-murid.Pelbagai aksi dan bakat terpendam
ditonjolkan,seperti menjadi pembaca berita,wartawan,boria,puisi dan persembahan

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 8


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

tarian kebudayaan.Semua murid-murid membuat persembahan dengan penuh


bersemangat.Semua penonton terhibur dengan persembahan yang
dipersembahkan.

KARANGAN JENIS MELENGKAPKAN CERITA


MODEL KARANGAN

“....Aku sangat gembira apabila terpilih sebagai olaragawan sekolah dalam


kejohanan sukan tahun ini”.Akhiri karangan kamu menggunakan ayat di atas.

Kejohanan sukan sekolah kali ke 9 akan bermula tidak lama lagi.Latihan


sukan giat dijalankan oleh rumah sukan masing – masing.Aku dan rakan-rakan yang
lain turut giat menjalani latihan mengikut acara yang disertai,Walaupun kami giat
menjalani latihan sukan,kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru tidak kami
abaikan.

Aku telah terpilih menyertai acara 100 meter,200 meter dan 4x100 meter
untuk mewakili rumah Enggan.Guru Penasihat Rumah Enggan ialah Cikgu
Fadli.Beliau merupakan seorang guru penasihat yang tegas ketika melatih
pasukannya.Beliau mahukan pasukannya berdisiplin dan sentiasa berusaha buat
yang terbaik ketika bertanding.

Hari yang dinanti-nantikan sudah tiba.Kawasan padang telah dihiasi dengan


bendera yang berwarna-warni dan kelihatan ceria.Orang ramai khususnya
berduyun-duyun memenuhi tempat duduk yang disediakan.Para peserta semakin
berdebar-debar menantikan acara yang akan disertai.Semua peserta menyimpan
hasrat untuk memenangi acara yang disertai termasuklah aku.

Setelah majlis perasmian dsempurnakan Oleh Pegawai Pelajaran Daerah


Rompin,acara pun dimulakan.Aku telah berjaya mengutip 3 emas dalam acara yang
disertai.Dalam acara 4 x 100 meter jemputan sekolah-sekolah, sekolahku telah
mengungguli acara itu pada akhir saingan.

Kini acara dinanti-nantikan telah tiba,iaitu acara penyampaian hadiah kepada


para pemenang.Rumah Merak diumumkan sebagai johan keseluruhan,naib juara

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 9


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

disandang oleh Rumah Enggan manakala Rumah Nuri menduduki tempat


ketiga.Tiba-tiba nama aku telah diumumkan sebagai olaragawan sekolah pada
tahun ini.Aku amat terkejut dan terharu menerima anugerah itu,Rakan-rakanku
bersorak gembira dan mengucapakan tahniah kepadaku.

Setelah acara sukan tamat,aku telah menemui Cikgu Fadli dan mengucapkan
terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sehingga berjaya meraih
gelaran olahragawan.aku sangat gembira terpilih sebagai olaragawan sekolah dalam
kejohanan sukan tahunan tahun ini

RANGKA KARANGAN

“ ....namun peristiwa itu tetap dalam ingatanku hingga ke hari ini.” Akhiri
karangan kamu menggunakan ayat di atas.

Pendahuluan :

- Bila dan di mana peristiwa itu berlaku.

Isi penting :

1. Situasi di tempat kejadian – adik hilang – memanggil namanya


2. Mencari adik – rasa kesal dengan kecuaian
3. Memaklumkam kepada ibu – dimarah – mencari dan bertanya kepada orang
ramai
4. Minta bantuan kaunter penerangan – pengumuman

Penutup :

- Ditemui pengawal keselamatan – terima kasih – bersyukur – pulang ke


rumah

CONTOH SOALAN MELENGKAPKAN CERITA

1. Akhiri karangan kamu dengan ayat di bawah.


“ Aku tersenyum gembira.Peristiwa itu menjadi kenangan manis kepada
diriku.”

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 10


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

2. Tulis sebuah cerita yang diakhiri ayat berikut.


“ ......kini,barulah Alif menyesali perbuatannya selama ini.Dia berjanji
akan mendengar segala nasihat ibu bapanya kelak.
ISI TEMPAT KOSONG

Akhiri karangan kamu dengan ayat ini “....aku berasa girang kerana ini
ialah pengalaman baharu bagi diriku.”

Deringan jam loceng mengejutkan aku daripada tidurku.Aku bingkas


bangun,__________________________________________.Aku mahu bersiap
cepat ______________________________________________________.

Ini ialah kali pertama kami menyambut hari raya di rumah sendiri. Selalunya
kami ___________________________________________________________.kali
ini kami tidak boleh __________________________________________________.

Aku dan abang _________________________________________iaitu baju


Melayu yang ditempah oleh ibu. ______________________________________
kedengaran ibu dan kakakku sibuk di dapur.Walaupun sedang sarat,ibu
___________________________________________________________________.

Kami kemudiannya menjamah sedikit juadah yang disediakan.Kemudian


aku,_______________________________________________melangkah ke masjid
untuk menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri.

Sepulangnya dari ___________________________________________.Ibu


telah memasak ______________________________________________untuk
juadah pagi raya kali ini.

Selepas menjamu selera,kami pun menelefon nenek dan datuk di


kampung.Walaupun _____________________________________________kerana
tidak dapat ____________________________________,aku berasa girang kerana
ini ialah satu pengalaman baharu bagi diriku.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 11


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

MENYUSUN PERENGGAN MENJADI KARANGAN YANG BETUL

Lengkapkan karangan kamu dengan ayat ini.”......Aku tahu apa yang telah
berlaku adalah benar.”

Aku buka genggaman tanganku.Aku dapati ada sebutir batu aneh di dalam
genggamanku itu.Aku tahu apa yang telah berlaku adalah benar.

Malam itu aku bersendirian di rumah.Aku tidak mengikut keluargaku


menghadiri majlis perkahwinan sepupuku kerana keesokan harinya aku akan
menduduku peperiksaan percubaan UPSR.

Tiba-tiba aku dapati diriku berada di atas lantai bilikku.Tingkap rumahku pula
tertutup kemas.Bermimpikah aku ? Aku kehairanan memikirkan apa yang berlaku
sebentar tadi.

“Coco ambilkan Nani segelas air.”Aku membuka mata mencari punca suara
aneh itu.Alangkah terkejutnya apabila kudapati aku berada di dalam sebuah kapal
angkasa.Ada tiga makhluk asing tercegat di hadapanku.Aku bingkas bangun untuk
lari.

Jam di dinding berbunyi menandakan pukul 9.00 malam.Deruan angin yang


kuat menerjah masuk ke bilikku melalui tingkap yang tiba-tiba terbuka.Penglihatanku
tiba-tiba berpinar-pinar.Aku akhirnya tidak sedarkan diri.

“Jangan takut,Kami tidak akan mengapa-apakan awak,” kata salah seorang


daripada mereka.Rupa-rupanya mereka mahu mengajakku ke planet mereka.Aku
menolak pelawaan mereka dengan baik.Mereka member aku sebutir batu aneh.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 12


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

KARANGAN FAKTA
Panduan Umum

1. Karangan fakta mirip dengan karangan jenis perbincangan atau pendapat.


2. Karangan jenis ini menghendaki murid mengemukakan fakta yang logik dan
bernas tentang tajuk atau topik yang diberikan. Setiap fakta perlu disertakan
huraian dan contoh yang sesuai.
3. Kata kunci bagi karangan jenis ini ialah ‘Tulis karangan tentang........’,
‘Huraikan.......’,Nyatakan .....’,atau ‘Apakah......?’
4. Bahasa yang digunakan hendaklah baku,tepat dan mudah difahami.

Contoh Karangan
Tajuk: Tulis sebuah karangan tentang ‘Kepentingan Pengangkutan Awam di
Malaysia’.

Pengangkutan awam merupakan prasarana yang penting di


negara ini. Terdapat pelbagai jenis pengangkutan awam. Antaranya, bas,
teksi, kereta api, kapal terbang dan feri.

Pengangkutan awam dapat memudahkan kehidupan. Dengan


pengangkutan awam seperti bas awam dan teksi,seseorang dapat ke sesuatu
tempat secara mudah. Kemudahan ini penting terutamanya bagi seseorang
yang tidak memiliki kenderaan sendiri. Bayangkan kesulitan yang akan timbul
seandainya tiada kemudahan awam untuk ke sekolah atau ke tempat kerja.

Pengangkutan awam berkesan dalam mengurangkan kesesakan


jalan raya. Pengangkutan awam seperti bas dan feri mampu membawa
penumpang yang banyak. Dengan adanya kemudahan awam ini,
penggunaan kenderaan persendirian dapat dikurangkan dengan banyaknya,
seterusnya mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya.

Kos yang perlu ditanggung oleh seseorang jika menggunakan


pengangkutan awam juga lebih kecil daripada kos menggunakan kenderaan

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 13


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

sendiri. Bagi golongan yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan


untuk memiliki kenderaan sendiri,pengangkutan awam merupakan pilihan
utama mereka.

Selain untuk mengangkut penumpang, pengangkutan awam seperti


kereta api dan kapal terbang turut dijadikan pengangkutan utama bagi
kegiatan ekonomi seperti penghantaran barang. Dengan perkataan yang lain,
pengangkutan awam juga sangat penting dalam memajukan ekonomi negara.

Kesimpulannya, kemudahan pengangkutan awam di Malaysia


sangat penting. Penambahbaikan sistem pengangkutan awam perlu sentiasa
dilakukan dan ditingkatkan dari semasa ke semasa untuk kepentingan rakyat
Malaysia.

Soalan: Tulis sebuah karangan tentang ‘Peranan Utama Ibu Bapa dalam
Menyemai Minat Membaca dalam Diri Anak-anak’

Rangka Karangan

Pendahuluan:
‘Membaca Jambatan Ilmu’ – tabiat membaca amat penting disemai dalam diri
anak

Cadangan Isi:
a) Menjadi teladan – mengamalkan tabiat membaca – dicontohi anak-anak
b) Mendekatkan anak dengan buku – membelikan buku – membawa anak ke
perpustakaan
c) Mewujudkan perpustakaan mini – bagi rumah kecil – sudut bacaan
d) Menjadikan buku sebagai hadiah – menggambarkan besarnya nilai buku

Penutup

Penting – asuhan ibu – anak dibentuk menjadi masyarakat yang gemar


membaca

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 14


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Lengkapkan karangan di bawah dengan perkataan yang sesuai.

Kebersihan amat penting dalam _________________ kita. Kita akan


hidup ____________ dan __________ sekiranya kita menjaga kebersihan. Oleh itu,
aspek kebersihan haruslah dijaga oleh __________________________.

Kebersihan diri mestilah ____________________ dalam kehidupan kita.


Kita haruslah ________________ diri dan memakai _________________________
yang bersih pada setiap hari. Dengan ini kita dapat ______________________ diri
daripada sebarang __________________.

Selain itu, kita haruslah menjaga kebersihan di dalam dan


_____________ rumah. Kita haruslah memastikan bahawa
_______________________ tidak bertaburan di ____________________ tempat.
Kawasan ini haruslah disapu dan dikemaskan agar sentiasa
__________________.Dengan ini, kita dapat __________________ pembiakan
nyamuk _______________,lalat atau tikus yang menjadi punca penyakit berbahaya.

________________ yang kita makan haruslah bersih. Kita haruslah


mementingkan aspek kebersihan semasa _____________________ makanan.
Makanan haruslah ditutup atau disimpan di dalam almari agar tidak
______________.

Kita haruslah _____________ kebersihan setiap hari. Dengan ini, kita


dapat hidup sihat dan dapat menghindarkan diri daripada masalah ____________
makanan.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 15


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Susun perenggan di bawah supaya menjadi karangan yang lengkap.

Tajuk : Gejala ponteng sekolah membawa pelbagai keburukan.Huraikan keburukan


perlakuan ponteng sekolah.

Pelbagai kesan buruk akan terjadi apabila murid sering ponteng sekolah.
Antaranya ialah mereka akan ketinggalan dalam pelajaran. Mereka sukar untuk
memahami pengajaran guru kerana sering tidak datang ke sekolah. Jika murid
banyak keciciran pelajaran,akibatnya keputusan peperiksaan akan merosot. Ada
juga antara mereka yang gagal dalam peperiksaan.

Sekolah ialah gedung ilmu. Setiap murid yang sayang akan sekolah dan
menghargai ilmu sudah tentu tidak tergamak untuk ponteng sekolah.

Perlakuan ponteng sekolah banyak dikaitkan denagn pengaruh negatif


daripada rakan sebaya. Terdapat kes murid sekolah ditangkap kerana berjudi dan
melepak di kompleks beli- belah gara-gara ponteng sekolah.

Mereka yang suka ponteng sekolah biasanya bosan berada di dalam kelas.
Golongan in akan menimbulkan pelbagai masalah disiplin di sekolah. Perkara ini
akan mengecewakan ibu bapa yang menaruh harapan tinggi terhadap
kecemerlangan ank-anak.

Sesungguhnya, perlakuan ponteng sekolah membawa pelbagai kerugian


kepada murid. Jadilah murid yang baik dengan menuntut ilmu setinggi mungkin
kerana imu itu penyuluh hidup.

Ponteng sekolah juga menyebabkan murid berasa lebih seronok berada di


luar sekolah. Mereka langsung tidak menghargai pelajaran. Lantaran itu,mereka
akan mudah terjebak dalam kes jenayah juvana.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 16


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Soalan:

1. Penjagaan kesihatan amat penting dalam kehidupan. Tulis sebuah karangan


tentang perlunya kita menjaga kesihatan diri. Panjang karangan kamu tidak
kurang daripada 80 patah perkataan.
2. Setiap anak perlu mengamalkan nilai-nilai murni terhadap keluarganya. Tulis
perlakuan – perlakuan yang membuktikan kamu mengamalkannya. Panjang
karangan kamu tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

KARANGAN PERBAHASAN
Panduan Umum

1. Karangan perbahasan memerlukan murid menyatakan pendapat tentang


sesuatu tajuk.
2. Karangan ini terbahagi kepada beberapa bentuk:
a) menyokong tajuk
b) membangkang tajuk
3. Karangan perbahasan lazimnya berbentuk pertandingan. Oleh hal yang
demikian, kata alu-aluan disertakan terlebih dahulu pada bahagian
pendahuluan.
4. Karangan ini merupakan karangan yang mengemukakan fakta. Oleh itu,
murid perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang tajuk yang diberikan.
5. Fakta yang dikemukakan hendaklah bernas, logik, dan tepat. Bahasa
hendaklah baku. Bagaimanapun, penggunaan ungkapan,peribahasa, atau
kata-kata hikmat digalakkan untuk memantapkan karangan.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 17


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Contoh karangan

Soalan: Kamu telah mewakili sekolah dalam satu pertandingan perbahasan


peringkat daerah. Tajuk perbahasan ialah ‘Masalah Disiplin dalam Kalangan Remaja
Lebih Dipengaruh olehFaktor Persekitaran’. Sediakan hujah kamu selaku
pencadang.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis,barisan hakim


yang arif, barisan pembangkang yang saya hormati, guru-guru serta
sekalian.”Masalah Disiplin dalam Kalangan Murid Lebih Dipengaruhi oleh Faktor
Persekitaran”,begitulah kenyataan yang ingin saya tegaskan selaku wakil pihak
pencadang.

Hadirin yang dimuliakan,

Masalah disiplin bermaksud kesukaran atau keengganan untuk


mematuhi peraturan yang ditetapkan sementara dipengaruhi pula bermaksud
dikuasai. Faktor persekitaran pula bermaksud keadaan di sekeliling sesuatu. Secara
umumnya, maksud perbahasan kita pada hari ini ialah, keadaan sekeliling muridlah
yang menguasai murid sehingga menghadapi masalah disiplin.

Hadirin yang dihormati,

Murid-murid diketahui gemar menonton televisyen atau bermain


permainan video.Unsur-unsur negatif dan ganas dalam media ini mempengaruhi
murid untuk melakukan hal yang sama dalam kehidupan harian mereka, contohnya
ketika bersama-sama rakan di sekolah. Hal inilah yang menyebabkan perlanggaran
disiplin.

Murid-murid juga diketahui mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.


Jika rakan mereka mempunyai masalah disiplin seperti ponteng sekolah, murid
cenderung mengikut jejak langkah mereka sekiranya tidak ada pengawasan.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 18


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Selain itu, murid lazimnya suka mencuba sesuatu yang baharu. Hal ini
menyebabkan murid cenderung melakukan prkara yang melanggar disiplin seperti
merokok dan mencuri. Sesetengah ibu bapa pula terlalu sibuk bekerja sehingga
kurang memberikan perhatian terhadap anak-anak.Hal ini menyebabkan anak-anak
melakukan perkara yang melanggar disiplin untuk mendapatkan perhatian.

Daripada hujah-hujah di atas, saya berani menegaskan bahawa


masalah disiplin dalam kalangan murid dipengaruhi oleh faktor persekitaran.
Sekian,terima kasih.

Soalan: Kamu menyertai suatu pertandingan perbahasan selaku pihak pencadang.


Tajuk perbahasan kamu ialah “ Belajar Secara Berkumpulan Lebih Baik daripada
Belajar Sendiri”. Sediakan hujah-hujah kamu selengkapnya.

Rangka Jawapan:

Pendahuluan:

Kata alu-aluan kepada pengerusi majlis,hakim,pihak pembangkang,guru dan murid –


menegaskan tajuk

Cadangan Isi:

a) Banyak kebaikan belajar secara berkmpulan – dapat saling bertukar


pandangan – memudahkan pembelajaran
b) Menggalakkan perkongsian maklumat –menambahkan pengetahuan –
menguatkan daya ingatan – menajamkan fikiran
c) Menggalakkan perbincangan – mengelakkan kebosanan,mengantuk –
menceriakan suasana – memupuk rasa yakin diri
d) Mengeratkan hubungan – memupuk semangat setiakawan, memupuk nilai
murni

Penutup

Menegaskan pendirian – ucapan sekian dan terima kasih

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 19


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Lengkapkan karangan di bawah dengan jawapan yang sesuai.

Tajuk : Penggunaan telefon bimbit di sekolah lebih banyak mendatangkan


keburukan daripada kebaikan. Bahaskan tajuk di atas.

Rata-rata semua peringkat masyarakat tidak _______________ dengan


cadangan Kementerian Pelajaran Malaysia ___________________ murid sekolah
rendah dan pelajar sekolah___________________ membawa telefon bimbit ke
sekolah. Hal ini disebabkan oleh penggunaan telefon bimbit di sekolah lebih banyak
mendatangkan keburukan daripada ___________________.
Antara keburukannya ialah wujudnya perasaan ingin menunjuk-nunjuk
akan ___________________ telefon bimbit masing-masing. Murid daripada
golongan berada berkemampuan untuk memiliki telefon bimbit daripada __________
tercangih. Bagi murid daripada golongan miskin mereka sememangnya tidak mampu
untuk memiliki _______________________,apatah lagi bersaing.
Selain itu, tujuan murid pergi ke sekolah adalah untuk
___________________.Penggunaan telefon bimbit akan menyebabkan gangguan
terhadap proses pengajaran dan ______________________ di dalam
______________. Murid lebih seronok dan tertarik oleh kehebatan dan pengisian
telefon bimbit daripada pengajaran yang disampaikan oleh _______________.
Peranan guru akan bertambah dari segi pengawalan disiplin murid. Dengan
kemudahan mod ‘senyap’ dan khidmat ___________________________(SMS),
pengawalan disiplin murid-murid di sekolah akan bertambah _________________.
Kes-kes yang berkaitan dengan kecurian dan membuli dengan cara
merakam _____________ rakan tanpa izin boleh mencetuskan
___________________ di bilik darjah. Penyebaran gambar yang tidak sepatutnya
juga kan berleluasa. Selain itu, ibu bapa terpaksa menanggung kos yang tinggi
akibat penggunaan telefon bimbit di sekolah.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 20


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

______________________________________, penggunaan telefon bimbit


di sekolah amat wajar ____________________ sama sekali kerana lebih banyak
mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

Susun perenggan di bawah supaya menjadi karangan yang lengkap.


Soalan : Kamu akan menyertai suatu pertandingan perbahasan yang bertajuk
“Komputer Banyak Manfaatnya”. Tulis hujah kamu selaku pihak pencadang.

Komputer merupakan alat yang sangat penting bagi kebanyakan


manusia di dunia. Banyak urusan harian pada masa ini menggunakan
komputer,terutama urusan di pejabat, pengurusan, perbankan dan sebagainya.
Semua ini memudahkan kehidupan, menjimatkan masa dan mengurangkan tenaga
kerja.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Pengerusi Majlis, panel hakim


yang bijaksana, pihak pembangkang yang dihormati, guru-guru serta murid sekalian.
Tujuan saya berdiri di sini adalah untuk menegaskan bahawa “Komputer banyak
manfaatnya”.

Hadirin yang dihormati,

Dunia semakin kecil dengan adanya komputer. Perhubungan dan


komunikasi semakin mudah dan pantas dengan adanya e-mel dan ruang sembang
siber dalam komputer. Dengan aplikasi ini, seseorang dapat berhubung dengan
sesiapa sahaja di seluruh dunia. Kaedah ini ternyata lebih berkesan daripada
hubungan telefon atau kiriman surat.

Komputer juga membantu pembelajaran. Murid boleh membuat rujukan


dan mendapatkan maklumat tentang pelajaran melalui laman-laman web dalam
internet.Komputer juga dapat membantu murid membuat kerja sekolah seperti
menyediakan folio, buku skrap dan sebagainya. Selain itu, murid boleh saling
berhubung dengan guru dan rakan –rakan untuk berbincang tentang pelajaran
dalam ruang sembang siber atau melalui mel elektronik atau e-mel. Hal ini
menjadikan komputer komponen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan semua fakta ini,jelaslah bahawa komputer banyak


manfaatnya. Oleh itu, kita seharusya memanfaatkan alat ini dengan sebaik-baiknya.
Sekian,terima kasih.

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 21


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Komputer ialah peralatan yang digunakan untuk memproses maklumat


berpandukan prosedur atau arahan yang ditetapkan. Banyak tugasan dapat
dilakukan dan dilaksanakan secara mudah, pantas dan tepat menggunakan
komputer.

Soalan:

1. “Cuti sekolah yang Pendek Lebih Baik daripada Cuti Sekolah yang Panjang”.
Sebagai pencadang,bahaskan tajuk ini.

2. Kamu sebagai pembangkang dalam satu pertandingan perbahasan. Sediakan


hujah-hujah bagi membangkang tajuk “ Kemajuan Teknologi Lebih Banyak
Mendatangkan Keburukan daripada Kebaikan.

KARANGAN CERITA/ MENYAMBUNG ATAU


MENYUDAHKAN KARANGAN
1. Tergolong dalam karangan tidak berformat.
2. Jalan cerita mestilah logik walaupun boleh memasukkan unsur imaginasi dan
kreativiti dalam penulisan cereka.
3. Cerita perlulah mempunyai plot yang baik mengikut tahap. Tahap satu ialah
permulaan atau eksposisi,kedua puncak atau klimaks dan diakhiri dengan
peleraian atau kesudahan plot.
4. Cerita biasanya berkisar tentang peristiwa sama ada suka, duka, lucu, seram,
khayalan, futuristik, dan sebagainya.
5. Unsur pengajaran atau nasihat hendaklah diselitkan dalam setiap
penceritaan.
6. Bahasa yang digunakan mestilah ringkas dan padat. Unsur kreativiti bahasa
boleh dimasukkan dalam penulisan supaya penceritaannya menjadi segar.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 22


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Contoh Karangan
Tajuk : Tulis cerita tentang pengalaman yang tidak dapat kulupakan. Panjang
karangan kamu tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Seluruh penduduk kampung gempar apabila diberitahu oleh


Hamidi bahawa seekor anak ikan paus sepanjang kira-kira empat meter
terdampar di pantai. Menurut Hamidi, anak ikan paus itu masih hidup.
Aku dan keluarga antara penduduk yang paling awal tiba di pantai.
Dalam masa lima belas minit sahaj kira-kira lima puluh orang sudah
mengelilingi anak ikan paus yang malang itu. Memang benar kata Hamidi.
Inilah kali pertama aku melihat ikan paus dari dekat. Anak ikan paus itu
kelihatan amat lemah.
Air laut baru sahaja surut. Lebih kurang enam jam lagi baru air
pasang.Kedengaran suara Pak Cik Mokhtar menyuruh kami membasahi
badan anak ikan paus itu dengan air. Beberapa orang pemuda termasuk aku
membaluti badan anak ikan paus itu dengan kain dan tuala basah. Kanak-
kanak turut menjirus air pada mata anak ikan paus yang tenang melihat
gelagat kami.
Selepas sejam anak ikan paus itu terdampar, kampung kami
seolah-olah sudah menjadi tapak pesta. Pegawai kerajaan daripada pelbagai
jabatan turut datang. Begitu juga dengan wartawan daripada media cetak dan
elektronik sibuk membuat liputan tentang penemuan anak ikan paus itu.
Kami cuba menolak badan anak ikan paus ke tengah laut tetapi
tidak terdaya. Air semakin naik, tiba-tiba badan anak ikan paus yang malang
itu mula bergerak-gerak. Lebih kurang tiga ratus orang termasuk aku
sekeluarga menolaknya perlahan-lahan ke tengah laut. Walaupun lemah,anak

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 23


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

ikan paus itu semakin lama hilang dari pandangan. Semua orang yang
berada di situ bertepuk tangan.
Esoknya, terpampang gambar kami sedang menjirus air pada
badan anak ikan paus di dada akhbar. Itulah pengalaman yang tidak dapat
kulupakan hingga akhir hayatku.

Rangka Karangan
Tajuk: Julia berasa sangat menyesal. Sejak itu, dia sentiasa mengikut nasihat
ibunya. Tulis sebuah cerita yang berakhir dengan perenggan di atas.

Pendahuluan:
Hujan lebat – Julia cemas – berteduh di perhentian bas – hujan masih belum
reda

Cadangan Isi
a) Teringat akan nasihat ibu – membawa payung – hari mendung – tidak
mengendahkan nasihat ibu – sekolah dekat – sempat sampai
b) Berjalan dengan pantas ke sekolah – kira-kira dua kilometer dari rumah –
tiba-tiba hujan turun dengan lebat –basah kuyup – berteduh – di
perhentian bas
c) Hampir pukul 8.00 pagi – terlalu lewat – pakaian basah – sukar untuk
belajar – memutuskan untuk pulang apabila hujan berhenti
d) Menyesal – apabila tiba di rumah – dimarahi ibu kerana tidak mendengar
nasihat.

Penutup

(menulis perenggan penutup yang diberi)

Lengkapkan karangan di bawah dengan jawapan yang sesuai.

Tajuk : Aku sangat gembira. Peristiwa ini akan menjadi kenangan manis sepanjang
hidupku. Akhiri karangan kamu dengan ayat yang diberikan di atas.

Sejak ibu dan ayah berpisah tujuh tahun lalu, aku tidak pernah
______________ mereka lagi. Hal ini kerana aku telah _______________ kepada
ibu dan bapa angkat yang ____________________ aku sekarang.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 24


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Bagaimanapun, Hari Raya Aidilfitri tahun ini merupakan hari yang amat
_________________ buatku. Aku telah dapat bertemu dengan ibu kandungku
setelah sekian lama ______________________.

Aku berasa sungguh ______________ apabila mama memberitahu bahawa


ibu kandungku, Puan Samah hendak datang _____________ aku pada Hari Raya
yang pertama. Pertemuan tersebut memang diaturkan oleh keluarga angkatku yang
ingin melihat aku dipertemukan dengan ________________ kerana sudah lama aku
menyatakan hasratku untuk menemui ibu kandungku.

Ketika aku melihat ibuku buat kali pertama sejak tujuh tahun yang lalu, aku
berasa sungguh ___________________.Ibu __________________ sambil
menangis teresak-esak. Semua yang berada di situ turut menitiskan
____________________.Ibu meminta maaf kepadaku kerana terpaksa
menyerahkan aku kepada keluarga angkat. Hal ini kerana ibu hidup dalam
___________________,selain usia ibu yang terlalu muda ketika ________________
dengan ayah.

Aku ___________________ keadaan ibu dan tidak berkecil ___________


dengan perkara yang berlaku. Aku berjanji kepada ibu dan mama bahawa aku tidak
akan ____________________ kasih sayangku terhadap mereka berdua. Aku amat
__________________ kepada Tuhan kerana kini aku mempunyai dua keluarga
yang sangat ______________________ aku.

Aku sangat gembira. Peristiwa ini akan menjadi kenangan manis sepanjang
hidupku.

Susun perenggan di bawah supaya menjadi karangan yang lengkap.

Tajuk : Petang itu, aku, ibu dan ayah sedang duduk berehat di beranda sambil
berbual-bual. Tiba-tiba sebuah teksi berhenti di hadapan pintu pagar rumah kami.
Mulakan cerita kamu dengan perenggan di atas.

Aku melihat datuk dan nenekku turun dari teksi. Aku bersorak
gembira. Ayah dan ibu agak terkejut kerana datuk dan nenek tidak memberitahu

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 25


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

kami terlebih dahulu tentang kunjungan mereka. Aku berlari membuka pintu pagar
dan mendapatkan datuk dan nenekku. Aku mencium tangan mereka sebelum
memeluk mereka erat-erat. Aku terus mengangkat beg mereka dari dalam teksi
sementara ayah membayar tambang teksi.

Datuk dan nenek tinggal di rumah kami selama seminggu. Kami


kemudian menghantar datuk dan nenek ke stesen kereta api untuk pulang ke Kota
Bharu.

Petang itu, aku ,ibu dan ayah sedang duduk berehat di beranda
sambil berbual-bual. Tiba-tiba sebuah teksi berhenti di hadapan pintu pagar rumah
kami.

Selepas puas melawat Putrajaya, ayah membawa kami ke Kuala


Lumpur pula untuk melawat Aquaria dan Petrosains di KLCC. Kami kemudian
pulang ke rumah setelah melihat datuk dan nenek yang keletihan.

Datuk dan nenek memberitahu kami bahawa memang sudah lama


mereka merancang untuk ke rumah kami. Hal ini kerana mereka hendak makan
angin di tempat kami. Kami kemudian berbual-bual tentang keadaan di kampung.

Keesokan harinya ayah mengambil cuti untuk membawa kami


sekeluarga melawat Putrajaya. Perjalanan ke Putrajaya tidak mengambil masa yang
lama kerana kami tinggal di Kajang. Itulah kunjungan pertama datuk dan nenek ke
Putrajaya. Mereka begitu teruja melihat pemandangan sepanjang jalan menuju ke
Masjid Putrajaya.

Soalan :

1. Ceritakan suatu peristiwa yang mengerikan. Panjang karangan kamu tidak


kurang daripada 80 patah perkataan.

2. Tulis sebuh cereka yang berakhir dengan perenggan berikut.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 26


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Sejak hari itu, Kamal tidak berani lagi bermain-main di tepi lombong.
Dia berazam akan menggunakan waktu lapang dengan melakukan kerja-kerja
yang berfaedah dan mendengar nasihat orang tuanya. Panjang karangan
kamu tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

CONTOH SOALAN FAKTA

Kadar kecelakaan jalan raya kini sangat membimbangkan pelbagai pihak.Tuliskan


sebuah karangan tentang punca-punca berlakunya kecelakaan tersebut.

RANGKA KARANGAN

Pendahuluan Penutup

-sering tersiar di media massa - Pandu cermat jiwa selamat

-kes kemalangan semakin meningkat -Hargai nyawa kita dan orang lain

ISI PENTING 1 ISI PENTING 2

Kecuaian Pengguna jalan raya -PentingkanDiri Sendiri

-Pemandu mabuk -Tidak hirau nyawa orang lain

-Pemandu letih -Pandu laju jika lambat pergi

-Pemandu mengantuk ke tempat kerja

-Menggunakan telefon bimbit

Ketika memandu

ISI PENTING 3 ISI PENTING 4

-Tidak mematuhi Undang-undang -Keadaan Jalan Raya Yang Rosak

dan Peraturan -Jalan banyak selekoh

-Memandu melebihi had laju -Jalan yang berlubang-lubang

-Tidak mengendahkan lampu -Bahayakan kenderaan

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 27


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Isyarat dan papan tanda

MODEL KARANGAN

Berita kecelakaan jalan raya setiap hari dan sering kali tersiar di surat khabar dan
televisyen di negara kita.Kes kecelakaan jalan raya semakin meningkat terutama
menjelangnya musim perayaan.

Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya kecelakaan jalan


raya.Salah satu punca tersebut ialah kecuaian pengguna jalan raya itu sendiri.Ada
dalam kalangan mereka yang memandu dalam keadaan mabuk,letih
danmengantuk.Perbuatan ini akan membahayakan diri sendiri dan pengguna yang
lain.

Pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri juga menjadi punca
berlakunya kemalangan.Mereka langsung tidak menghiraukan nyawa orang
lain.Mereka sering memandu laju apabila lambat ke tempat kerja.Ada juga yang
memandu sambil menggunakan telefon bimbit.

Selain itu,terdapat juga pemandu yang kerap tidak mematuhi undang-undang dan
peraturan jalan raya.Mereka memandu melebihi had laju dan menjadikan jalan raya
sebagai gelanggang untuk berlumba.Ada juga pemandu yang suka melanggar dan
tidak mematuhi lampu isyarat.

Seterusnya,selain berpunca daripada pengguna,keadaan jalan raya itu sendiri


yang banyak selekoh berbahaya di samping sering rosak dan berlubang-lubang juga
menjadi punca berlakunya kecelakaan jalan raya.Sekiranya perkara ini tidak diambil
tindakan segera,ianya boleh membahayakan pengguna jalan raya.

Oleh itu,pengguna jalan raya perlu sedar dan berubah sikap supaya
mengamalkan sikap bersopan santun dan berdisiplin ketika memandu.Bak kata

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 28


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

pepatah”Pandu Cermat Jiwa Selamat” dan hargailah nyawa kita sendiri serta juga
orang lain.

ISI TEMPAT KOSONG DENGAN PERKATAAN BERIKUT

Kecelakaan memandu kecuaian

Menghiraukan mematuhi melanggar

Berbahaya diambil pengguna nyawa

Berita kecelakaan jalan raya setiap hari dan sering kali tersiar di surat khabar dan
televisyen di Negara kita.Kes __________ jalan raya semakin meningkat terutama
menjelangnya musim perayaan.

Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya kecelakaan jalan


raya.Salah satu punca tersebut ialah_____________ pengguna jalan raya itu
sendiri.Ada dalam kalangan mereka yang ____________ dalam keadaan
mabuk,letih dan mengantuk.Perbuatan ini akan membahayakan diri sendiri dan
pengguna yang lain.

Pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri juga menjadi punca
berlakunya kemalangan.Mereka langsung tidak ____________ nyawa orang
lain.Mereka sering memandu laju apabila lambat ke tempat kerja.Ada juga yang
memandu sambil menggunakan telefon bimbit.

Selain itu,terdapat juga pemandu yang kerap tidak ___________ undang-undang


dan peraturan jalan raya.Mereka memandu melebihi had laju dan menjadikan jalan
raya sebagai gelanggang untuk berlumba.Ada juga pemandu yang suka
____________ dan tidak mematuhi lampu isyarat.

Seterusnya, selain berpunca daripada pengguna,keadaan jalan raya itu sendiri


yang banyak selekoh ____________ di samping sering rosak dan berlubang-lubang

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 29


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

juga menjadi punca berlakunya kecelakaan jalan raya.Sekiranya perkara ini tidak
_____________ tindakan segera,ianya boleh membahayakan pengguna jalan raya.

Oleh itu,____________ jalan raya perlu sedar dan berubah sikap supaya
mengamalkan sikap bersopan santun dan berdisiplin ketika memandu.Bak kata
pepatah”Pandu Cermat Jiwa Selamat” dan hargailah _____________ kita sendiri
serta juga orang lain.

SUSUN PERENGGAN AGAR MENJADI KARANGAN YANG TEPAT

Pengguna jalan raya yang mementingkan diri sendiri juga menjadi punca
berlakunya kemalangan.Mereka langsung tidak menghiraukan nyawa orang
lain.Mereka sering memandu laju apabila lambat ke tempat kerja.Ada juga yang
memandu sambil menggunakan telefon bimbit.

Seterusnya, selain berpunca daripada pengguna,keadaan jalan raya itu sendiri


yang banyak selekoh berbahaya di samping sering rosak dan berlubang-lubang juga
menjadi punca berlakunya kecelakaan jalan raya .Sekiranya perkara ini tidak diambil
tindakan segera,ianya boleh membahayakan pengguna jalan raya.

Oleh itu,pengguna jalan raya perlu sedar dan berubah sikap supaya
mengamalkan sikap bersopan santun dan berdisiplin ketika memandu.Bak kata
pepatah”Pandu Cermat Jiwa Selamat” dan hargailah nyawa kita sendiri serta juga
orang lain.

Selain itu,terdapat juga pemandu yang kerap tidak mematuhi undang-undang dan
peraturan jalan raya.Mereka memandu melebihi had laju dan menjadikan jalan raya
sebagai gelanggang untuk berlumba.Ada juga pemandu yang suka melanggar dan
tidak mematuhi lampu isyarat.

Berita kecelakaan jalan raya setiap hari dan sering kali tersiar di surat khabar dan
televisyen di Negara kita.Kes kecelakaan jalan raya semakin meningkat terutama
menjelangnya musim perayaan.

Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya kecelakaan jalan


raya.Salah satu punca tersebut ialah kecuaian pengguna jalan raya itu sendiri.Ada

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 30


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

dalam kalangan mereka yang memandu dalam keadaan mabuk,letih dan


mengantuk.Perbuatan ini akan membahayakan diri sendiri dan pengguna yang lain.

CONTOH-CONTOH SOALAN FAKTA

1.Rakyat Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum.Tuliskan sebuah karangan

tentang perayaan-perayaan yang dirayakan oleh rakyat Malaysia.Panjang

karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

2.Jauh perjalanan,luas pemandangan.Banyak faedah yang akan kita peroleh

dengan melancong ke sesuatu tempat.Tuliskan karangan tentang faedah

melancong.Panjang karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah

perkataan.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 31


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

CONTOH SOALAN DIALOG

Kamu berbual-bual dengan seorang rakan tentang cara-cara untuk berjaya dalam
peperiksaan.Tulis perbualan tersebut.

Rangka Karangan

Pendahuluan

Ucapan selamat pagi-ajak berbincang tentang tajuk-bukan mudah untuk berjaya-


memerlukan banyak usaha.

Isi-isi penting

a) sentiasa mengulang kaji pelajaran- melakukannya di rumah tanpa bantuan


guru – menghafal dan mengingati apa-apa yang dipelajari semula
b) member tumpuan semasa guru mengajar-tidak membuat kerja ketika guru
menerangkan sesuatu-bertanya kepada guru jika tidak faham-menyiapkan
kerja yang diberi.
c) belajar secara berkumpulan-berkongsi ilmu pengetahuan-bertukar-tukar
pendapat-bersaing antara satu sama lain-untuk kebaikan
d) pandai membahagikan masa-membuat jadual belajar-waktu belajar,waktu
bermain dan bersukan

Penutup

Tanpa usaha gigih,kita tidak akan berjaya dengan cemerlang .

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 32


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

MODEL KARANGAN

Saliza : Selamat pagi,Aisyah.

Aisyah: Selamat pagi.Mengapakah kamu ingin berjumpa dengan saya, Saliza?

Saliza : Sebenarnya saya ingin mengajak kamu berbincang tentang tajuk

yang telah diberikan oleh cikgu Rahmat dalam kelas tadi.

Aisyah : Oh,tajuk tentang cara-cara untuk berjaya dalam peperiksaan! Saya

Setuju dengan cadangan kamu,Saliza.Baik kita bincangkannya

Sekarang.

Saliza : Pada pendapat saya,untuk Berjaya dalam peperiksaan bukannya

suatu yang mudah.

Aisyah: Benar kata kamu.Kita mestilah sentiasa mengulang kaji pelajaran.Kita

Hendaklah melakukannya di rumah tanpa bantuan guru.Kesannya kita


akan mengingati semula apa-apa yang telah kita baca dan pelajari.

Saliza : Selain itu,kita hendaklah member tumpuan semasa guru mengajar

dalam kelas.Janganlah membuat kerja lain ketika guru sedang

menerangkan sesuatu.Di samping itu,jangan malu bertanya kepada

guru sekiranya kita tidak faham tentang sesuatu perkara.Kita juga

harus menyiapkan segala kerja dan latihan yang telah diberikan

oleh guru.

Aisyah : Ya, betul kata kamu,Saliza.Kita juga boleh membentuk kumpulan

belajar.Hal ini bertujuan supaya kita dapat berkongsi ilmu pengetahuan

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 33


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

dan bertukar-tukar fikiran dan pendapat.Selain itu,ahli kumpulan akan

bersaing secara sihat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Saliza : Kita tidak akan berjaya dalam peperiksaan sekiranya tidak pandai

membahagikan masa.Oleh itu,kita harus mempunyai satu jadual waktu

belajar yang sempurna.Jadi,kita dapat belajar,bermain,dan bersukan

dengan teratur tanpa menggangu satu sama lain.

Aisyah : Saya dapat membuat kesimpulan bahawa tanpa usaha gigih kita tidak

akan Berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan.

Saliza: Saya setuju dengan pendapat kamu itu.

Aisyah : Kedengaran loceng selepas rehat telah berbunyi.

Baik kita masuk ke kelas sekarang.

Saliza : Baiklah.

ISI TEMPAT KOSONG DENGAN PERKATAAN BERIKUT

Berbincang Berjaya Peperiksaan Mengingati

Tumpuan Menyiapkan Berkongsi

Jadual waktu Kesimpulan Cemerlang

Saliza : Selamat pagi,Aisyah.

Aisyah: Selamat pagi.Mengapakah kamu ingin berjumpa dengan saya, Saliza?

Saliza : Sebenarnya saya ingin mengajak kamu ___________ tentang tajuk

yang telah diberikan oleh cikgu Rahmat dalam kelas tadi.

Aisyah : Oh,tajuk tentang cara-cara untuk ___________ dalam peperiksaan!

Saya setuju dengan cadangan kamu,Saliza.Baik kita bincangkannya

Sekarang.

Saliza : Pada pendapat saya,untuk berjaya dalam ____________ bukannya

suatu yang mudah.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 34


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Aisyah: Benar kata kamu.Kita mestilah sentiasa mengulang kaji pelajaran.Kita

Hendaklah melakukannya di rumah tanpa bantuan guru.Kesannya kita

akan ___________ semula apa-apa yang telah kita baca dan pelajari.

Saliza : Selain itu,kita hendaklah memberi __________semasa guru mengajar

dalam kelas.Janganlah membuat kerja lain ketika guru sedang

menerangkan sesuatu.Di samping itu,jangan malu bertanya kepada

guru sekiranya kita tidak faham tentang sesuatu perkara.Kita juga

harus _____________segala kerja dan latihan yang telah diberikan

oleh guru.

Aisyah : Ya, betul kata kamu,Saliza.Kita juga boleh membentuk kumpulan

belajar.Hal ini bertujuan supaya kita dapat ________ilmu pengetahuan

dan bertukar-tukar fikiran dan pendapat.Selain itu,ahli kumpulan akan

bersaing secara sihat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Saliza : Kita tidak akan berjaya dalam peperiksaan sekiranya tidak pandai

membahagikan masa.Oleh itu,kita harus mempunyai satu __________

belajar yang sempurna.Jadi,kita dapat belajar,bermain,dan bersukan

dengan teratur tanpa menggangu satu sama lain.

Aisyah : Saya dapat membuat __________bahawa tanpa usaha gigih kita tidak

akan berjaya dengan ____________ dalam peperiksaan.

Saliza: Saya setuju dengan pendapat kamu itu.

Aisyah : Kedengaran loceng selepas rehat telah berbunyi.

Baik kita masuk ke kelas sekarang.

Saliza : Baiklah.

CONTOH-CONTOH SOALAN DIALOG

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 35


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

a) Kamu telah bertemu dengan seorang sahabat di stesen bas.Tulis perbualan


kamu dengannya tentang penyertaan pertandingan melukis.Panjang
perbualan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

b) Kamu terlihat sahabat baik kamu sedang termenung.Kamu ingin mengetahui


masalah yang dihadapinya.Tulis perbualan kamu dengannya.Panjang
perbualan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

CONTOH SOALAN BERITA

Kamu diberi tugas untuk menulis berita tentang kecelakaan jalan raya yang berlaku
di kawasan tempat tinggal kamu.Tulis berita tersebut selengkapnya.

RANGKA KARANGAN

Pendahuluan:

Kuantan,Khamis-Dua orang terbunuh manakala dua lagi cedera parah-kecelakaan


jalan raya berlaku di KM 40, Jalan Kuantan ke Rompin-berlaku pada petang
semalam.

Isi-isi penting:

a) berlaku antara sebuah kereta dengan sebuah lori-membawa muatan kayu


balak- mangsa yang terbunuh ialah sepasang suami isteri-manakala dua
mangsa mengalami cedera parah
b) anggota bomba dan penyelamat berkejar ke tempat kejadian-mengambil
masa hampir satu jam untuk mengeluarkan mangsa-telah dihempap
beberapa batang kayu balak-sukar bagi pihak bomba untuk menyelamatkan
mangsa-mangsa yang mati telah dihantar ke bilik mayat untuk bedah siasat.
c) akibat kecelakaan tersebut,jalan raya dari kedua-dua arah menjadi sesak-
pihak polis bertungkus lumus untuk mengalihkan kenderaan.
d) menurut saksi kemalangan itu berlaku apabila pemandu lori telah hilang
kawalan-bertembung dengan kereta yang datang dari arah yang
bertentangan-siasatan awal polis mendapati bahawa salah satu tayar lori
tersebut telah pecah dan meletup.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 36


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

PENUTUP

Polis menasihati orang ramai supaya memandu kenderaan dengan berhati-hati-


mematuhi had laju di jalan raya-meminta orang ramai yang telah melihat kejadian
tersebut agar tampil ke hadapan untuk memberikan keterangan.

MODEL KARANGAN

KUANTAN-Khamis-Dua orang terbunuh manakala dua lagi cedera parah dalam


kejadian kecelakaan jalan raya di KM 40,Jalan Kuantan ke Rompin.Kejadian
tersebut berlaku pada petang semalam.

Kemalangan berlaku antara sebuah kereta dengan sebuah lori yang membawa
muatan kayu balak.Mangsa yang terbunuh ialah sepasang suami isteri,iaitu dikenali
sebagai Hussein Mustafa,32 tahun yang memandu kereta dan isterinya Aminah
Rosli,30 tahun seorang guru.Manakala dua mangsa mengalami cedera parah ialah
pemandu dan kelindan lori tersebut.

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang berkejar ke tempat kejadian


mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan mangsa daripada kereta.

Ini adalah kerana kereta tersebut telah dihempap beberapa batang kayu balak dan
agak sukar bagi pihak bomba untuk menyelamatkan mangsa.Ambulans pertama
yang tiba telah membawa dua mangsa cedera parah ke hospital untuk bantuan
kecemasan.Manakala dua mangsa yang mati telah di hantar ke bilik mayat untuk
bedah siasat.

Akibat kecelakaan tersebut, jalan raya dari kedua-dua arah menjadi sesak.Pihak
polis bertungkus lumus untuk mengalihkan kenderaan terbabit supaya lalu lintas
kembali lancar.

Menurut saksi di tempat kejadian,kemalangan itu berlaku apabila pemandu lori


telah hilang kawalan di selekoh berbahaya lalu bertembung dengan kereta yang
datang dari arah yang bertentangan.Siasatan awal polis mendapati bahawa salah

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 37


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

satu tayar lori tersebut telah pecah dan meletup yang menjadi punca berlaku
kejadian itu.

Pegawai polis yang ditemui di tempat kejadian menasihati orang ramai supaya
memandu kenderaan dengan berhati-hati dan mematuhi had laju di jalan raya
terutamanya di selekoh-selekoh berbahaya.Pihak polis juga meminta orang ramai
yang telah melihat kejadian tersebut agar tampil ke hadapan untuk memberi
keterangan.

ISI TEMPAT KOSONG DENGAN PERKATAAN BERIKUT

KECELAKAAN KEMALANGAN TERBUNUH MEMATUHI

MANGSA MENGELUARKAN BANTUAN

BERTUNGKUS LUMUS BERTEMBUNG MELETUP

KUANTAN-Khamis-Dua orang terbunuh manakala dua lagi cedera parah dalam


kejadian __________ jalan raya di KM 40,Jalan Kuantan ke Rompin.Kejadian
tersebut berlaku pada petang semalam.

____________ berlaku antara sebuah kereta dengan sebuah lori yang membawa
muatan kayu balak.Mangsa yang ____________ ialah sepasang suami isteri,iaitu
dikenali sebagai Hussein Mustafa,32 tahun yang memandu kereta dan isterinya
Aminah Rosli,30 tahun seorang guru.Manakala dua ___________ mengalami
cedera parah ialah pemandu dan kelindan lori tersebut.

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang berkejar ke tempat kejadian


mengambil masa hampir satu jam untuk _____________ mangsa daripada kereta.

Ini adalah kerana kereta tersebut telah dihempap beberapa batang kayu balak dan
agak sukar bagi pihak bomba untuk menyelamatkan mangsa.Ambulans pertama
yang tiba telah membawa dua mangsa cedera parah ke hospital untuk
_____________ kecemasan.Manakala dua mangsa yang mati telah di hantar ke bilik
mayat untuk bedah siasat.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 38


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Akibat kecelakaan tersebut, jalan raya dari kedua-dua arah menjadi sesak.Pihak
polis _____________ untuk mengalihkan kenderaan terbabit supaya lalu lintas
kembali lancar.

Menurut saksi di tempat kejadian,kemalangan itu berlaku apabila pemandu lori


telah hilang kawalan di selekoh berbahaya lalu _____________ dengan kereta yang
datang dari arah yang bertentangan.Siasatan awal polis mendapati bahawa salah
satu tayar lori tersebut telah pecah dan ___________ yang menjadi punca berlaku
kejadian itu.

Pegawai polis yang ditemui di tempat kejadian menasihati orang ramai supaya
memandu kenderaan dengan berhati-hati dan ____________ had laju di jalan raya
terutamanya di selekoh-selekoh berbahaya.Pihak polis juga meminta orang ramai
yang telah melihat kejadian tersebut agar tampil ke hadapan untuk memberi
keterangan.

SUSUN KARANGAN AGAR MENJADI KARANGAN YANG TEPAT

Sepasukan anggota bomba dan penyelamat yang berkejar ke tempat kejadian


mengambil masa hampir satu jam untuk mengeluarkan mangsa daripada kereta.

Kemalangan berlaku antara sebuah kereta dengan sebuah lori yang membawa
muatan kayu balak.Mangsa yang terbunuh ialah sepasang suami isteri,iaitu dikenali
sebagai Hussein Mustafa,32 tahun yang memandu kereta dan isterinya Aminah
Rosli,30 tahun seorang guru.Manakala dua mangsa mengalami cedera parah ialah
pemandu dan kelindan lori tersebut.

KUANTAN-Khamis-Dua orang terbunuh manakala dua lagi cedera parah dalam


kejadian kecelakaan jalan raya di KM 40,Jalan Kuantan ke Rompin.Kejadian
tersebut berlaku pada petang semalam.

Pegawai polis yang ditemui di tempat kejadian menasihati orang ramai supaya
memandu kenderaan dengan berhati-hati dan mematuhi had laju di jalan raya
terutamanya di selekoh-selekoh berbahaya.Pihak polis juga meminta orang ramai
yang telah melihat kejadian tersebut agar tampil ke hadapan untuk memberi
keterangan.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 39


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Menurut saksi di tempat kejadian,kemalangan itu berlaku apabila pemandu lori


telah hilang kawalan di selekoh berbahaya lalu bertembung dengan kereta yang
datang dari arah yang bertentangan.Siasatan awal polis mendapati bahawa salah
satu tayar lori tersebut telah pecah dan meletup yang menjadi punca berlaku
kejadian itu.

Akibat kecelakaan tersebut, jalan raya dari kedua-dua arah menjadi sesak.Pihak
polis bertungkus lumus untuk mengalihkan kenderaan terbabit supaya lalu lintas
kembali lancar.

Ini adalah kerana kereta tersebut telah dihempap beberapa batang kayu balak dan
agak sukar bagi pihak bomba untuk menyelamatkan mangsa.Ambulans pertama
yang tiba telah membawa dua mangsa cedera parah ke hospital untuk bantuan
kecemasan.Manakala dua mangsa yang mati telah di hantar ke bilik mayat untuk
bedah siasat.

CONTOH-CONTOH SOALAN BERITA

a) Kamu dikehendaki membuat liputan berita mengenai banjir yang melanda


beberapa buah kampung.Tuliskan liputan kamu itu.Panjang karangan kamu
mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

b) Kamu merupakan setiausaha redaksi majalah sekolah.Tuliskan berita tentang


majlis perpisahan Guru Besar sekolah kamu itu.Panjang karangan kamu
mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 40


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Contoh karangan

Pada cuti persekolahan yang lalu, Persatuan Tunas Puteri sekolah kamu telah
mengadakan suatu perkhemahan. Sebagai setiausaha persatuan tersebut, sediakan
sebuah laporan berkaitan perkhemahan itu.

Laporan Perkhemahan Persatuan Tunas Puteri


di Taman Hutan Bandar, Johor Bahru

Pada 31 Januari 2011 yang lalu, Persatuan Tunas Puteri Sekolah


Kebangsaan Taman Puteri Indah, telah mengadakan perkhemahan di Taman Hutan
Bandar, Johor Bahru. Perkhemahan itu disertai seramai 40 orang ahli Persatuan
Tunas Puteri dan lima orang guru.

Taman Hutan Bandar ini dipilih kerana mempunyai kemudahan tapak


perkhemahan yang lengkap serta persekitarannya yang menghijau. Malahan, trek
perkhemahannya juga mencabar.

Objektif perkhemahan itu diadakan adalah untuk memupuk ketahanan mental


dan fizikal para peserta. Perkhemahan itu juga diharapkan dapat menyemai
semangat kerjasama antara peserta. Selain itu, perkhemahan ini bertujuan mendidik
murid untuk menghayati keindahan alam yang terdapat di Taman Hutan Bandar ini.

Perkhemahan selama dua hari itu telah telah dirasmikan oleh guru besar
Sekolah Kebangsaan Taman Puteri Indah. Dalam ucapan perasmian, beliau
mengingatkan peserta perkhemahan supaya tabah menghadapi kesukaran semasa
mengikuti aktiviti yang dirancangkan.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan semasa perkhemahan


berlangsung. Antaranya ialah meneroka hutan, aktiviti Kembara Malam, latihan asas
pertolongan kecemasan, pertandingan memasak, dan malam kebudayaan.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 41


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Sesungguhnya, para peserta memperoleh pengetahuan berguna daripada


perkhemahan itu.

Laporan disediakan oleh, 7 FEBRUARI 2011.

Siti Syakirah
(SITI SYAKIRAH BINTI SALIM)
Setiausaha, Persatuan Tunas Puteri,
Sekolah Kebangsaan Taman Puteri Indah.

Contoh Soalan 1

Baru-baru ini, Kelab Kebudayaan sekolah kamu telah mengadakan Program


Kesenian Budaya 2011. Sebagai setiausaha kelab, tulis laporan tentang program
tersebut.
Tulis laporan kamu selengkapnya.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 42


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Contoh soalan 2

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 43


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 44


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Laporan Karnival Bahasa Malaysia 2011

Pada 12 Mac 2011 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Taman Mutiara telah
menghantar lapan orang wakil ke Karnival Bahasa Malaysia 2011 anjuran Panitia
Bahasa Malaysia Daerah Pasir Gudang. Karnival tersebut telah diadakan di Dewan
Sri Semarak, Sekolah Kebangsaan Pelangi Indah. Sebanyak 150 orang murid
sekolah rendah dari sekitar daerah Pasir Gudang telah mengambil bahagian dalam
karnival yang diadakan buat julung-julung kalinya itu.

Karnival ini diadakan untuk menggalakkan murid-murid mencintai bahasa


Malaysia di samping mengasah bakat murid dalam pelbagai aktiviti bahasa. Selain
itu, karnival ini juga ___________________________________________________
________________________________________________. Menurut pengerusi
panitia, karnival itu akan dijadiakan aktiviti tahunan panitia.

Pelbagai acara yang menarik telah diadakan sepanjang karnival ini


berlangsung. Antaranya ialah ___________________________________________
____________________.Pertandingan mengarang esei yang terbuka kepada murid
Tahap Dua di daerah Pasir Gudang telah mendapat sambutan luar jangkaan. Para
peserta yang bertanding telah mengarang esei dengan jalan cerita yang menarik,
kreatif, dan menghiburkan.

Johan bagi setiap kategori pertandingan ____________________________


_________________________________ . Manakala peserta-peserta lain yang
kurang bernasib baik menerima sijil penghargaan.

Karnival ini diakhiri dengan majlis ______________________________.


Murid-murid Sekolah Kebangsaan Pelangi Indah telah mempersembahkan sebuah
tarian zapin dan nyanyian koir selepas ucapan Pegawai Pelajaran daerah Pasir
Gudang.

Sesungguhnya karnival ini ________________________________________.

Laporan ____________________,
___________________.

______________________
( )
Setiausaha,
_____________________,
________________________________.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 45


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Contoh karangan

Pada cuti persekolahan yang lalu, kamu berpeluang bercuti bersama-sama keluarga
kamu di sebuah tempat yang menarik.
Tulis catatan kamu tentang percutian tersebut.

Isnin, 12 Mac 2011


Ayah memilih bukit Fraser sebagai destinasi percutian kami sekeluarga. Selepas
melalui pintu masuk ke Bukit Fraser, iaitu The Gap, aku merasakan seolah-olah
berada di sebuah perkampungan di pedalamanScotland. Kami terus mendaftar
masuk di banglo penginapan.

Selasa, 13 Mac 2011


Selepas bersarapan, kami sekeluarga bersiar-siar di sekitar kawasan Bikit Fraser.
Kebanyakan bangle penginapan di sini berkonsepkan seni bina Inggeris. Bunga-
bungaan yang berwarna-warni hidup subur di sini.

Rabu, 14 Mac 2011


Aku berpeluang mengikut ayah merentas denai dengan bantuan jurupandu
berpengalaman. Terdapat lapan batang laluan denai popular yang dapat diterokai
pengunjung. Di sepanjang trek denai yang mencabar ini, aku melihat keindahan flora
dan fauna yang mengagumkan.

Khamis, 15 Mac 2011


Ayah bermain golf di Kelab golf Bukit Freser. Sementara itu, ibu membawa aku
menunggang kuda. Pengalaman pertama menunggang kuda sungguh
mendebarkan. Namun, kata-kata perangsang daripada ibu menjadikan aku
bersemangat.

Jumaat. 16 Mac 2011


Kami berkelah dan mandi-manda di air terjun Jeriau yang sejuk dan jernih airnya.
Aku hanya mandi sekejap sahaja kerana tidak tahan dengan airnya yang sejuk.

Sabtu, 17 Mac 2011


Sebelum makan tengah hari, kami mendaftar keluar. Aku singgah di menara jam
yang diliputi pokok tumpang yang menjadi ikon Bukit Fraser. Aku berasa sungguh
seronok bercuti di sini

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 46


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Contoh 2

Pada cuti hujung minggu yang lalu, kamu telah pergi ke dusun datuk kamu bersama
rakan-rakan.
Tuliskan catatan harian ketika kamu berada di sana.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 47


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Contoh 3

Kamu telah menghadiri satu majlis perkahwinan bersama kaka kamu.


Tuliskan catatan harian semasa menghadiri majlis tersebut.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 48


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

SABTU, 12 FEBRUARI 2011

9.00 pagi - Bangun dari tidur, kakakku mengajakku pergi menghadiri majlis
perkahwinan rakannya di Kampung Baru. ____________________.
Setelah semuanya bersiap, kami menuju ke sana dengan menaiki
kereta yang dipandu oleh kakak. Setengah jam kemudian kami pun
sampai.

10.00 pagi – Tiba di rumah pengantin. Keadaan di situ agak riuh rendah dengan
bunyi radio yang dipasang ___________________________________.
Di dalam rumah, kakak berjumpa dengan rakannya. Kakak
menghadiahkan sebuah kotak yang berisi sepasang baju kebaya. Aku
lihat pengantin pada hari ini begitu cantik sekali.

11.30 pagi – Kami dijamu makan nasi minyak dan beberapa jenis lauk-pauk. Aku
tidak membuang masa, terus makan. _________________________.

2.00 petang – Penganti lelaki tiba. ______________________________________.


Aku lihat mereka seperti pinang dibelah dua. Setelah itu mereka
dijamu dengan pelbagai jenis makanan yang enak.

5.00 petang – Suasana yang begitu sibuk kembali reda. _____________________.


Kami pun pulang ke rumah.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 49


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Contoh 1

Guru kelas kamu akan berpindah ke sekolah lain. Sebagai ketua kelas kamu diminta
member ucapan. Tuliskan ucapan kamu itu.

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar, Yang
diraikan Cikgu Rozita, guru-guru dan rakan-rakan yang saya kasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan kerana telah memilih saya mewakili kelas 6 Gemilang untuk member ucapan
sempena perpindahan cikgu yang kita kasihi ini.

Seperti mana yang kita maklum, tujuan majlis ini diadakan adalah untuk
meraikan Cikgu Rozita kerana ini merupakan hari terakhir beliau bersama kita.
Beliau terpaksa berpindah ke Kuantan, Pahang kerana mengikut suami bertugas di
sana.

Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan kami


terhadap segala usaha bakti cikgu Rozita kepada kami. Beliau banyak membantu
meningkatkan prestasi murid-murid di kelas kami yang sudah lama terkenal sebagai
kelas yang terlalu lemah dari segi pelajaran. Sebagai seorang guru, beliau telah
mendidik dan member tunjuk ajar agar kami menjadi seorang yang
bertanggungjawab dan berguna kepada masyarakat.

Segala kenangan manis dan jasa cikgu akan sentiasa kami ingati walaupun
jauh di mata. Semoga cikgu tidak lupa kami di sini.

Saya akhiri ucapan ini dengan serangkap pantun:


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 50


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Sekian, terima kasih.

Contoh 2

Pasukan bola jaring sekolah kamu telah memenangi tempat pertama pertandingan
bola jaring peringkat daerah. Kamu diminta oleh Guru Besar untuk memberi ucapan.
Sediakan ucapan kamu itu.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 51


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Contoh 3

Ibu bapa kamu telah mengadakan sambutan hari jadi untuk diri kamu. Rakan-rakan
dan jiran juga dijemput. Kamu diminta member sedikit ucapan.
Sediakan ucapan kamu

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 52


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Yang saya sayangi kedua ibu bapa saya, Yang saya hormati pak cik–pak cik
dan mak cik-mak cik serta rakan-rakan yang saya kasihi sekalian. Terlebih dahulu
saya merakamkan jutan terima kasih saya _________________________________

Rakan-rakan sekalian.
Di kesempatan ini juga saya merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga
kepada kedua ibu bapa saya kerana telah bersusah-payah mengadakan majlis hari
jadi khas untuk saya. __________________________________________________
dan saya berdoa semoga mereka sentiasa beroleh kerahmatan selalu.

Saya juga mengucapkan ___________________________________.Hadiah


yang diberikan ini akan saya simpan sebagai kenangan saya untuk masa depan.

Rakan-rakan sekalian.
Pada hari ini genaplah umur saya 12 tahun. Ini bermakna saya semakin
meningkat dewasa. Pada umur begini saya sedar cabaran yang akan saya lalui
amat sukar. Walau bagaimanapun ____________________________________
yang akan tiba tidak lama lagi.

Akhir sekali harapan saya semoga _________________________________


Saya sudahi ucapan ini dengan sekian terima kasih dan berharap rakan-rakan
semua bergembira menjamu makanan yang disediakan ini. Sekian, terima kasih.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 53


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

KARANGAN JENIS PERBINCANGAN


SOALAN:

Guru bagaikan sebatang lilin. Bincangkan.

RANGKA KARANGAN

Pendahuluan

-Setiap tahun, perayaan untuk mengenang dan menghargai guru diadakan.

Isi

1. Tugas guru menuntut pengorbanan yang banyak.


2. Mengetepikan tanggapan serong masyarakat.
3. Sanggup mengenepikan kepentingan diri sendiri.
4. Pengorbanan tidak sesekali mengharapkan balasan.
Penutup

-Sesuai dikatakan guru bagaikan sebatang lilin.

MODEL KARANGAN

Setiap tahun, pada 16 Mei, kita akan menyambut Hari Guru. Hari yang bertujuan untuk
mengenang dan menghargai sumbangan guru terhadap kita terus diadakan saban tahun.
Berapa banyakkah antara kita yang menganggap kerja guru bagaikan sebatang lilin,
membakar diri sendiri untuk menerangi orang lain?

Mengapakah pernyataan demikian diungkapkan? Hal ini demikian kerana tugas guru
menuntut pengorbanan yang tidak sedikit. Sememangnya kita tahu, guru dibayar gaji setiap
hujung bulan. Namun demikian, sewaktu mengajar, yang diutamakan ialah kesungguhan
untuk memastikan murid-murid yang diajar berjaya dalam pelajaran dan aktiviti kokurikulum.

Bagi memastikan hasrat ini tercapai, guru-guru terpaksa mengetepikan tanggapan


serong masyarakat sekeliling dengan menggantikannya dengan sifat dedikasi yang
berterusan. Murid yang lemah, diusahakan untuk maju. Kadang-kadang, murid yang sakit,
terjebak dalam masalah keluarga, atau kekurangan wang, terpaksa dibantu oleh guru.

Untuk memastikan murid-murid yang dididik Berjaya dalam pelbagai aspek, guru-
guru sanggup mengetepikan kepentingan diri sendiri. Perkara yang difikir oleh guru adalah
supaya anak muridnya berjaya. Soal dirinya diketepikan langsung.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 54


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Pengorbanan yang guru curahkan, tidak sesekali mengharapkan balasan.


Tanggungjawab murid pula ialah menghargai sumbangan para guru. Namun begitu, berapa
banyakkah orang yang sudah Berjaya mencari guru yang pernah mendidik mereka untuk
mengucapkan tahniah?

Kesimpulannya, jasa dan pengorbanan guru kepada murid dan masyarakat sangat
besar, iaitu umpama sebatang lilin yang menerangi orang lain, tetapi membakar diri sendiri.

MENGISI TEMPAT KOSONG DENGAN FRASA YANG SESUAI

SOALAN:

Menonton televisyen boleh memberikan hiburan, tetapi jika tanpa kawalan boleh memberi
kesan buruk. Bincangkan.

RANGKA KARANGAN:

Pendahuluan:

-Penduduk Malaysia memiliki televisyen.

Isi:

1. Menonton berlebihan menyebabkan mata rabun.

2. Rancangan memaparkan budaya kuning dan keganasan.

3. Menyebabkan malas membaca.

4. Malas untuk membuat kerja sekolah dan kerja rumah.

Penutup:

-Jangan sampai ketagih menonton televisyen.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 55


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

FRASA YANG SESUAI:

PERENGGAN 1

-untuk memperoleh hiburan

-menonton tanpa kawalan

PERENGGAN 2

-mata menjadi rabun

-menonton dalam jarak sekurang-kurangnyanya tiga meter

PERENGGAN 3

-budaya kuning dan unsur-unsur keganasan

-pemikiran seseorang penonton

PERENGGAN 4

-menonton berjam-jam

-akan menurun

PERENGGAN 5

-menjadi malas

-untuk membantu orang tua

PERENGGAN 6

-tanpa kawalan

-melupakan tanggungjawab yang lain

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 56


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Dapat dikatakan setiap penduduk di negara ini memiliki peti televisyen Orang menonton
televisyen _______________________________________________

Selain menambahkan ilmu pengetahuan. Namun demikian, jika kita


_______________________________________________________________,

boleh membawa kesan buruk

Hal ini tidak menghairankan kerana menonton secara berlebihan akan menyebabkan
_________________________________________. Walaupun

Beberapa langkah diambil seperti meletakkan skrin penahan atau ____________

_________________________________________________, tidak semestinya mata


mampu menahan sinaran cahayanya.

Kita juga ketahui, rancangan televisyen yang kebanyakannya diimport dari Barat
sering memaparkan __________________________________________.

Oleh sebab ciri-ciri negatif itu sering ditonton, ini akan mempengaruhi _________

__________________________________________________.

Keseronokan menonton amat berbeza jika dibandingkan dengan membaca. Orang


sanggup _____________________________________, tetapi tidak dengan membaca.
Apabila keadaan ini wujud, minat untuk membaca _________________________________.

Keghairahan menonton juga boleh menyebabkan seseorang itu ________

__________________________________. Apa tidaknya, rancangan yang dipaparkan


begitu menambat hati, sehinggakan kerja sekolah yang diberi oleh guru ditangguhkan
dahulu. Keadaan ini belum lagi dikira sifat berat tangan
___________________________________________________ di rumah.

Sebenarnya, menonton televisyen tidak salah, tetapi jika kita menonton televisyen
________________________________ akan memburukkan keadaan. Jadi, kita janganlah
ketagih menonton televisyen sehingga _________________

__________________________________________________.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 57


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

MENYUSUN PERENGGAN KARANGAN

SOALAN:

Menelaah pelajaran menjamin kejayaan dalam peperiksaan. Bincangkan.

RANGKA KARANGAN:

Pendahuluan:

-Proses` belajar dilanjutkan dengan menelaah pelajaran.

Isi:

1. Menelaah sesudah tajuk itu diajar.


2. Perlu menelaah seberapa kerap yang boleh.
3. Menguji sejauh mana kefahaman kita.
4. Perlu membaca dalam keadaan tenang.

Penutup:

-Menelaah dapat menjamin kejayaan dalam pelajaran.

Walaupun nota sudah dibaca, ini bukan bermakna pemahaman dalam minda akan
berkekalan. Menelaah perlu dilakukan seberapa kerap yang boleh. Semakin hampir
peperiksaan, semakin kerap nota-nota perlu dibaca.

Proses pembelajaran bukanlah setakat guru mengajar dan murid menerima apa-apa yang
guru ucapkan. Proses ini perlu dilanjutkan dengan menelaah apa-apa yang dicatat dalam
buku rampaian, di samping membuat rujukan.

Menelaah pelajaran perlu dilakukan berulang kali. Biasanya, kita akan menelaah sesudah
sesuatu tajuk itu selesai diajar. Hal ini demikian kerana, jika terlalu lama tajuk itu
ditinggalkan, agak sulit untuk memahami apa-apa yang dibaca.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 58


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Sekarang, jelaslah kepada kita bahawa menelaah pelajaran dapat menjamin kejayaan
seseorang. Jadi, eloklah kita membuat jadual belajar yang lengkap agar kejayaan yang kita
impikan membuahkan hasil.

Menelaah pelajaran juga dapat menguji sejauh mana kita faham apa-apa yang guru ajar.
Jika tidak faham, kita perlu segera bertanya kepada guru. Guru memang menggemari murid
yang rajin bertanya.

Namun, sewaktu hendak membaca fikiran kita perlu tenang, selain persekitaran yang aman.
Jika suasana riuh rendah, jiwa pula tidak tenang, apa yang dibaca akan berlalu begitu
sahaja.

2 SOALAN PERBINCANGAN

1. Membaca buku boleh menambahkan pengetahuan. Bincangkan.


2. Perpaduan penting untuk kemajuan negara. Bincangkan.

KARANGAN JENIS SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI


SOALAN:

Baru-baru ini rakan anda telah berjaya menjadi juara dalam satu pertandingan syarahan
peringkat kebangsaan. Tulis surat kepada rakan anda itu untuk mengucapkan tahniah
kepadanya.

RANGKA KARANGAN

Pendahuluan:

-Semoga rakan dalam keadaan sihat.

Isi:

1. tahniah atas kejayaan-juara pertandingan syarahan peringkat kebangsaan-berasa


bangga melihat saudari menjulang piala kemenangan-mengetahui dalam ruangan
akhbar harian

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 59


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

2. memang menduga akan menjadi juara dalam pertandingan tersebut – pengarang


akhbar harian tersebut memuji-muji kehandalan – berdasarkan kepetahan dan hujah
yang kukuh
3. Berjaya mengalahkan seorang peserta handalan – juara syarahan selama dua tahun
berturut-turut – hasrat saudari untuk mengalahkannya Berjaya juga
4. masih ingat lagi semasa saudari menuntut di sekolah kami – mengikut ayahanda
saudari berpindah – berasa terpegun melihat kesungguhan saudari berusaha – kata
pepatah “hati hendak semua jadi”
Penutup:

akan mewakili kelas dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah – mendoakan dan
memberi perangsang serta tunjuk ajar agar dapat mencontohi kejayaan saudari suatu hari
nanti – sampaikan salam kepada keluarga.

No. 16, Jalan Setia 9/15,

Taman Setia Indah,

81100 Johor Bahru,

Johor Darul Takzim.

31 Oktober 2011.

Menemui sahabatku, Norazlina yang berada di Ipoh, semoga sejahtera selalu. Saya
sekeluarga sihat, semoga saudari lebih-lebih lagi.

Saudari,

Tahniah atas kejayaan saudari menjadi juara pertandingan syarahan peringkat


kebangsaan baru-baru ini. Saya berasa bangga melihat saudari menjulang piala
kemenangan. Saya mengetahui hal ini apabila terbaca dalam ruangan akhbar harian pada
Isnin lepas.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 60


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Saya memang menduga bahawa saudari akan menjadi juara dalam pertandingan
tersebut. Pengarang akhbar harian tersebut memuji-muji kehandalan saudari dalam
bersyarah. Pujian tersebut diberikan berdasarkan kepetahan dan hujah saudari yang kukuh.

Apa yang membanggakan saya ialah saudari Berjaya mengalahkan seorang peserta
handalan dari negeri Melaka yang telah menjadi juara syarahan selama dua tahun berturut-
turut. Akhirnya, hasrat saudari untuk mengalahkannya berjaya juga.

Saya masih ingat lagi semasa saudari menuntut di sekolah kami sebelum mengikut
ayahanda saudari berpindah ke Bandar Muar. Kami berasa terpegun melihat kesungguhan
saudari berusaha menguasai bahasa Melayu dengan baik. Bak kata pepatah “hati hendak
semua jadi”.

Untuk makluman saudari, saya akan mewakili kelas dalam pertandingan syarahan
peringkat sekolah pada bulan hadapan. Saya berharap, saudari dapat mendoakan saya dan
memberi perangsang serta tunjuk ajar agar saya dapat mencontohi kejayaan saudari suatu
hari nanti.

Sekian untuk kali ini. Sampaikan salam saya kepada keluarga saudari.

Sahabatmu,

Syazwani Yasmin

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 61


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

MENGISI TEMPAT KOSONG DENGAN FRASA YANG SESUAI

SOALAN:

Kamu sekeluarga sudah berjanji untuk pulang ke kampong tetapi tiba-tiba ada hal yang tidak
dapat dielakkan menyebabkan kamu terpaksa menangguhkan amenerangkan keadaan
tersebut.

RANGKA KARANGAN:

Pendahuluan:

- Semoga nenda sihat hendaknya.

Isi:

1. Terlebih dahulu memohon kemaafan.


2. Ayahanda diminta mengikuti kursus di Kuala Lumpur.
3. Akan pulang ke kampong sekembalinya ayahanda daripada berkursus.
4. Akan memaklumkan kepada nenek jika mendapat tarikh yang pasti.

Penutup:

- Lafaz terima kasih.

Perenggan 1

-semoga sihat hendaknya

-kami di sini sihat sejahtera

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 62


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Perenggan 2

-menerima lembaran daripada cucunda

-memohon berbanyak-banyak maaf kepada nenda

Perenggan 3

-menghabiskan cuti selama seminggu

-mengikuti kursus kenaikan pangkat

Perenggan 4

-segera cucunda menulis lembaran ini

-sekembalinya sahaja ayahanda daripada berkursus

Perenggan 5

-tarikh yang tepat

-memaklumkan kepada nenda

Perenggan 6

-kedudukan yang sebenar

-amat kami hargai

7, Jalan Sungai Ara 4,

Desa Ara,

11900 Pulau Pinang.

25 Oktober 2011.

Menemui nenda yang berada di Batu Pahat,_____________________________

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 63


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

__________________. ________________________________, diharapkan nenek lebih-


lebih lagi.

Nenda,

Mungkin nenda terperanjat ____________________________________, sedangkan


minggu lalu baru cucunda menulis surat untuk nenda. Sebenarnya, sebelum cucunda
menerangkan tujuan cucunda menulis lembaran ini, eloklah cucunda menyusun sepuluh jari
___________________________________________________________________.

Seperti yang cucunda terangkan menerusi lembaran dahulu, memang kami


sekeluarga mahu ______________________________________________ di rumah
nenda, bermula 1 November ini, tetapi tiba-tiba pada tarikh tersebut ayahanda diminta
__________________________________________________ di Kuala Lumpur selama
sepuluh hari.

Oleh sebab tidak mahu nenda tertunggu-tunggu dan menimbulkan tanggapan kurang
baik, ____________________________________________. Namun begitu, nenda usahlah
risau kerana ______________________________, kami sekeluarga akan pulang ke
kampong halaman.

Cucunda tidak dapat memberikan _______________________________ untuk


pulang ke kampong sebab mungkin ada perubahan di luar jangkaan. Jika sudah pasti,
cucunda akan segera ____________________________________.

Menerusi lembaran ini, diharapkan nenda __________________________.


Pemahaman dan budi baik nenda ______________________. Sebelum berpisah, kami
sekeluarga mengucapkan salam ingatan dan kasih saying yang berpanjangan buat nenda.

Sekian, terima kasih.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 64


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Cuundamu,

Juliana

MENYUSUN PERENGGAN KARANGAN

SOALAN:

Abang kamu kini menuntut di luar negara. Tulis sepucuk surat kepadanya menerangkan
keadaan musim buah-buahan di tempat kamu.

RANGKA KARANGAN

Pendahuluan

-Semoga kakanda dalam keadaan sihat.

Isi:

1. Belajar bersungguh-sungguh menghadapi UPSR.


2. Musim buah-buahan tahun ini menjadi.
3. Minggu lepas pergi ke dusun.a
4. Akan pos buah-buahan kepada kakanda.

Penutup:

-Lafaz terima kasih.

12, Kampung Pinang,

08100 Bedong,

Kedah Darul Aman.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 65


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

12 Julai 2002.

Sebelum mengakhiri warkah ini, salam ingatan daripada kami sekeluarga yang tidak pernah
berkurangan buat kakanda. Jumpa lagi pada kesempatan yang lain.

Sekian, terima kasih.

Kami tahu, buah-buahan di sini sukar didapati di tempat kakanda. Oleh yang demikian,
untuk memastikan kakanda tidak kempunan, bonda akan membuat tempoyak durian dan
jem rambutan untuk diposkan kepada kakanda. Kami berharap, kegembiraan kami di sini
dapat dirasai oleh kakanda yang tekun menelaah pelajaran di sana.

Minggu lepas, kami sekeluarga pergi ke dusun nenda. Kebetulan keluarga Pak Long pun
dating sama. Apa lagi, suasana riuh rendah, tetapi penuh kemesraan dan cukup
menggembirakan. Waktu itu terbayang, kalaulah kakanda yang suka berceloteh ada
bersama, tentu keadaan akan lebih gamat.

Menemui kakanda yang berada di Universiti Nasional Indonesia, semoga berada dalam
keadaan sihat hendaknya. Kami sekeluarga sihat, diharapkan kakanda lebih-lebih lagi.

Untuk warkah kali ini, adinda ingin memberitahu tentang musim buah-buahan. Durian,
manggis, duku, dan langsat merupakan buah-buahan tempatan yang menjadi pada tahun
ini. Jika kakanda ada, tentu kakanda dapat melihat buah-buahan itu banyak dijual di
simpang jalan masuk ke kampong kita. Harga yang murah dan mutu buah-buahan yang
baik, sudah tentu menarik hati pembeli.

Kakanda,

Surat kakanda tempoh hari telah selamat adinda terima. Mengenai UPSR yang akan
adinda tempuhi, usahlah kakanda risaukan kerana adinda memegang pesanan kakanda
agar belajar bersungguh-sungguh. Adinda yakin, setelah belajar, kemudian berserah kepada
ketetapan Ilahi, kita terima apa-apa juga ketentuan-Nya.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 66


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Daripada adindamu,

Muhammad Khairul

2 SOALAN SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

1. Kamu berada jauh dari keluarga. Tulis sepucuk surat kepada ayah kamu
menerangkan keadaan kamu.

2. Kamu telah bercuti di sebuah tempat yang menarik. Tulis sepucuk surat kepada
kawan kamu menerangkan suasana yang kamu

KARANGAN JENIS SYARAHAN

SOALAN:

“Menjaga Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Setiap Murid”. Berdasarkan tajuk tersebut,


tulis sebuah syarahan yang lengkap.

RANGKA KARANGAN

Pendahuluan

-Kata alu-aluan

Isi:

1. Tujuan asal pertandingan untuk memupuk semangat menjaga kebersihan.


2. Selama ini, menjaga kebersihan menjadi tanggungjawab pekerja.
3. Tong sampah yang tersedia tidak dimanfaatkan.
4. Persekitaran kotor menyebabkan pembelajaran menjadi tidak selesa.

Penutup:

-Lafaz terima kasih.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 67


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

MODEL KARANGAN

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Dimuliakan Tuan Guru Besar, guru-guru
penolong kanan, guru-guru, dan rakan sekalian. Sellamat sejahtera saya ucapkan.
Berdirinya saya di sini pada hari yang mulia ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang
bertajuk “Menjaga Kebersihan Sekolah Tanggungjawab Setiap Murid”.

Hadirin yang dikasihi,

Pelbagai usaha telah dijalankan baik di peringkat sekolah atau Jabatan Pendidikan
Negeri untuk memastikan setiap sekolah dalam keadaan bersih. Aktiviti berupa
pertandingan bukan semata-mata bermatlamat untuk menganugerahkan sekolah terbersih,
tetapi untuk memupuk semangat berusaha menjaga kebersihan.

Selama ini, kita bersikap menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab menjaga


kebersihan kepada pekerja sekolah. Jumlah pekerja mungkin satu atau dua orang, tetapi
kawasan yang hendak dibersihkan begitu luas. Bagi memastikan persekitaran sekolah
sentiasa bersih, murid-murid tidak sepatutnya membuat kekotoran.

Tong-tong sampah telah disediakan. Penyapu juga tersedia. Mengapakah murid-


murid pura-pura tidak Nampak sampah di depan mata? Malah lebih buruk lagi, walaupun
tong sampah bersebelahan, masih ada murid yang tergamak membuang kertas terpakai di
bawah meja.

Bagaimanakah kita hendak belajar dengan selesa jika persekitaran kotor? Apabila
pembelajaran tidak selesa, sudah tentu pelajaran yang cikgu ajar sukar untuk diterima.
Malah, kita akan dihinggapi penyakit jika sampah terlalu banyak.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 68


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Menjaga kebersihan merupakan satu ibadat atau sesuatu yang mulia. Sebelum saya
mengakhiri syarahan saya, saya berharap benar agar kita sama-sama menjaga kebersihan.
Dengan kata-kata itu, saya akhiri syarahan saya dengan lafaz terima kasih. Sekian.

MENGISI TEMPAT KOSONG DENGAN FRASA

SOALAN:

Kamu mewakili kelas kamu dalam satu pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk
syarahan itu ialah “Faedah Menyertai Aktiviti KoKurikulum di Sekolah”.

RANGKA KARANGAN

Pendahuluan:

-kata-kata penghadap – menyatakan dan memberi maksud tajuk syarahan

Isi:

1. maksud kokurikulum- faedah menyertai kokurikulum

2. Menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman – memberi

pendedahan kepada kita tentang pelbagai ilmu dan aktiviti

3. melatih murid-murid mendisiplinkan diri dan hidup berdikari – kita perlulah

mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan – dilatih

dengan aktiviti kendiri

4. memupuk nilai kepimpinan dalam kalangan murid – dilatih menjadi ketua

sesuatu kumpulan

Penutup:

-tidak akan rugi jika menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah – memperoleh banyak faedah
dan manfaat daripadanya (penegasan tajuk)

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 69


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Perenggan 1

-Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis

- “Faedah Menyertai Aktiviti Kokurikulum di Sekolah”.

Perenggan 2

- Murid-murid amat digalakkan untuk menyertai

- banyak memberikan manfaat

Perenggan 3

- Salah satu kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum

- akan memberi pendedahan kepada kita

Perenggan 4

- mendisiplinkan diri

- undang-undang dan peraturan

Perenggan 5

- penyertaan murid-murid

- menjadi seorang pemimpin.

Perenggan 6

- saya mengundurkan diri

- aktiviti kokurikulum di sekolah

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 70


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

______________________________________, Yang Berusaha Guru Besar Sekolah


Kebangsaan Bandar Penawar, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan hadirin
yang saya muliakan. Pada pagi yang mulia ini, izinkan saya menyampaikan syarahan yang
bertajuk _________________________________________________________________.

Aktiviti kokurikulum bermaksud kegiatan yang dijalankan oleh unit beruniform,


persatuan, dan kelab. ____________________________________ sekurang-kurangnya
satu daripada mana-mana unit beruniform, persatuan, dan kelab tersebut. Ini adalah kerana
penglibatan murid-murid dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum
_________________________________.

Hadirin yang dihormati,

________________________________________________ ialah dapat


menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman. Ini adalah kerana unit-unit beruniform
yang kita sertai _________________________________________ tentang ilmu
pertolongan cemas, berkawad, jenis-jenis ikatan, mendirikan khemah, dan sebagainya.

Selain itu, aktiviti kokurikulum juga dapat melatih murid-murid


_______________________________ dan hidup berdikari. Apabila kita menganggotai unit
beruniform, persatuan, dan kelab, kita perlulah mematuhi __________________________
yang telah ditetapkan. Begitu juga, kita dilatih dengan aktiviti kendiri seperti memasak dan
mengemas tempat perkhemahan.

Hadirin yang dihormati,

Seterusnya, _____________________________ dalam aktiviti kokurikulum dapat


memupuk nilai kepimpinan dalam kalangan murid itu sendiri. Murid-murid akan dilatih
menjadi ketua sesuatu kumpulan apabila melakukan aktiviti. Secara tidak langsung, akan
melatih mereka __________________________________________________________.

Sebelum _____________________, ingin saya tegaskan lagi bahawa kita tidak akan
rugi jika menyertai _____________________________. Malahan kita akan memperoleh
banyak faedah dan manfaat daripadanya. Sekian saja syarahan saya pada kali ini. Terima
kasih.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 71


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

MENYUSUN PERENGGAN

SOALAN

“Pentingnya Hidup Bermasyarakat”. Tulis syarahan berdasarkan tajuk tersebut.

RANGKA KARANGAN

Pendahuluan

-Kata alu-aluan.

Isi:

1. Kumpulan manusia yang hidup dengan peraturan tertentu.


2. Dapat membantu sewaktu susah.
3. Tanpa hidup bermasyarakat, tiada sesiapa dapat membantu kita sewaktu susah.
4. Hidup sunyi tanpa teman.

Penutup:

-Lafaz terima kasih.

Hadirin yang dihormati,

Kita memang ketahui, masyarakat bermaksud kumpulan manusia yang hidup


bersama dalam sesuatu tempat dengan peraturan-peraturan yang tertentu. Apakah
pentingnya hidup bermasyarakat?

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 72


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Puan Guru Besar, guru-guru
penolong kanan, guru-guru, dan rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.
Berdirinya saya di sini pada petang yang mulia ini adalah untuk menyampaikan syarahan
yang bertajuk “Pentingnya Hidup Bermasyarakat”.

Sewaktu rumah terbakar atau rumah kita dimasuki pencuri sedangkan waktu itu kita tiada di
rumah, siapakah yang perlu bertindak jika bukan masyarakat terdekat? Tanpa hubungan
yang erat dengan jiran tetangga, mereka akan bersikap tidak acuh jika kita menghadapi
sesuatu bencana.

Sebenarnya, hidup bermasyarakat amat perlu dalam kehidupan kita seharian. Kita tidak tahu
kemungkinan-kemungkinan hari mendatang. Hari ini kita senang, tetapi esok mungkin kita
susah. Jika kita hidup bermasyarakat, pada waktu itulah masyarakat akan membantu kita.

Berdasarkan keterangan yang diberi, jelaslah kepada kita bahawa hidup bermasyarakat
amat penting. Jadi, saya berharap agar kita semua, walau sesibuk mana pun kita, usahlah
sampai melupai masyarakat. Demikian sahaja syarahan saya. Saya sudahi dengan lafaz
terima kasih. Sekian.

Sebenarnya, hidup kita akan terasa sunyi apabila bersendirian. Kita memerlukan teman
bercakap dan meluahkan perasaan. Bagi tujuan ini, masyarakat sekeliling, khususnya teman
sebaya merupakan tempat untuk mendengar rintihan atau meluahkan perasaan yang
tersimpan di dada.

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 73


Contoh Lembaran Kerja Bahagian B

Majlis Guru Cemerlang Pasir Gudang 74

Anda mungkin juga menyukai