Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 6 KOTA DAMANSARA

JALAN CECAWI 6/26 KOTA DAMANSARA


47810 PETALING JAYA SELANGOR

LAPORAN
MINGGU PANITIA BAHASA MELAYU 2020

TARIKH : 24 FEBRUARI – 3 MAC 2020


TEMPAT : SK SEKSYEN 6 KOTA DAMANSARA
LAPORAN MINGGU PANITIA BAHASA MELAYU TAHUN 2020

Panitia Bahasa Melayu SK Seksyen 6 Kota Damansara telah menganjurkan Minggu Bahasa
Melayu yang telah berlangsug pada 24 Februari hingga 3 Mac 2020. Pelbagai aktiviti dan
pertandingan yang telah dijalankan dengan jayanya.
Guru-guru Bahasa Melayu telah merangka aktiviti yang menarik sepanjang minggu
Bahasa Melayu ini berlagsung. Majlis Perasmian Minggu Bahasa Melayu telah dijalankan
dengan terancang pada 24 Februari 2020. Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh En.Ooi
Ban Aik, Guru Besar pada sesi pagi manakala En.Nurul Ikhwan Faiz, Penolong Kanan Petang
pada sesi petang. Pihak pentadbir memberi ucapan dan sangat menggalakkan supaya
menyertai semua pertandingan yang dianjurkan bagi meningkatkan keyakinan dan
kebolehan masing-masing. Tujuan Minggu Bahasa Melayu diadakan sebagai satu usaha
untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu selain memberi pendedahan
serta peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat dalam aktiviti-aktiviti yang
dirancang.
Pada 25 Februari, Pertandingan Jom Cari Kata telah dijalankan untuk murid-murid
Tahun 1. Penyertaan terbuka kepada semua murid Tahun 1. Seramai 8 orang akan dipilih
sebagai pemenang bagi setiap kelas. Pertandingan seperti ini dapat menyemai semangat
daya saing sesama murid seterusnya dapat meningkatkan penguasaan murid dalam ejaan.
Selain itu, pada hari tersebut Pertandingan bercerita untuk Tahun 4 juga dijalankan. Setiap
kelas dikehendaki menghantar 2 orang wakil bagi setiap kelas. Murid-murid menyampaikan
cerita masing-masing dengan penuh penhayatan dan kreativiti masing-masing.
Pada 26 Februari, Pertandingan Bacaan Lancar untuk murid Tahun 2 dan murid
pemulihan telah diadakan. Murid pemulihan turut diberi peluang untuk menyertai minggu
panitia kerana ingin memberikan mereka motivasi bahawa murid-murid pemulihan juga
layak untuk diberi peluang dalam mencungkil bakat mereka. Pertandingan ini memerlukan
2 orang peserta daripada setiap kelas. Penyertaan daripada setiap kelas amat
menggalakkan. Murid-murid berlumba-lumba untuk menyertai pertandingan ini. Pada hari
tersebut juga Pertandingan Pidato untuk Tahun 5 juga dijalankan yang bertemakan
Kebersihan dan Kesihatan yang diwakili oleh 2 orang murid untuk setiap kelas.
Pada 27 Februari, Pertandingan Bercerita untuk murid Tahun 3 manakala
Pertandingan Pidato untuk murid Tahun 6 telah dijalankan. Pertandingan ini diwakili oleh 2
orang murid untuk setiap kelas. Pertandingan ini mendapat sambutan daripada murid-murid
kerana mereka bersungguh-sungguh dalam menyampaikan persembahan masing-masing.
Minggu panitia telah berakhir pada 3 Mac iaitu pada hari tersebut acara penutup
telah dijalankan dengan menyampaikan hadiah kepada pada pemenang yang menyertai
pertandingan yang dianjurkan. Hadiah bagi sesi pagi telah disampaikan oleh Guru Besar SK
Seksyen 6, En.Ooi Ban Aik manakala pada sesi petang En.Nurul Ikhwan Faiz. Diharapkan
hadiah yang diterima menjadi penyuntik semangat kepada murid-murid untuk lebih berjaya
pada masa akan datang.
Pada keseluruhannya, Minggu Bahasa Melayu 2020 telah dapat dijalankan dengan
jayanya hasil paduan tenaga para guru Panitia Bahasa Melayu. Aktiviti ini yang dijalankan
selama lima hari berturut-turut telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan iaitu
mendedahkan keunikan Bahasa Melayu dari pelbagai aspek.
Semoga Minggu Bahasa Melayu dapat diteruskan pada setiap tahun dengan pelbagai aktiviti
yang lebih menarik.

Laporan disediakan oleh : 27 APRIL 2020

(PN.ZURIATI BINTI JAMALLUDIN)


KETUA PANITIA BAHASA MELAYU

Anda mungkin juga menyukai