Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah : SMK ………. Kod Sekolah :

1. Nama Guru
2. Judul Berfikir Dalam Bilik Darjah 3. Bidang:Pedagogi

4. Pengarang Ainon Mohd & Abdullah Hassan 5. Masa:

6 Tarikh Pembentangan
7. Tempat
Pembentangan
8. Sinopsis :
Buku ini adalah hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar
kanak-kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan “budak bodoh’, “budak
lembam” dan yang seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap
kurang cerdik sewaktu di bangku sekolah akhirnya membesar sebagai “taukeh”, tuan punya
syarikat ataupun majikan kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang
juga menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai
individu yang berjaya pada hari ini merupakan individu yang mahir berfikir.
       Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah
seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen,
memuji murid, memberi ganjaran,  guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan
menjadi diktaktor,  toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan
dan mempelbagai teknik menyoal.
     Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan
kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang
dianjurkan disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami dan
menggunakan teknik tersebut sewaktu mengajar.  

9. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


    Buku ini dapat membantu guru ketika berada dalam bilik darjah. Kita akan faham tentang
kepelbagaian kepintaran pelajar. Contoh terdapat pelajar yang pintar IQ, pintar matematik,
kepintaran akademik, kepintaran praktikal, dan kepintaran EQ. Kita boleh mengesan
kepintaran para pelajar di dalam kelas. Oleh itu, potensi diri mereka akan dapat
diketengahkan.
     Pengarang juga mencadangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelas.
Guru tidak digalakkan mengeluarkan arahan seperti :
    “ Saya mahu..
    “Kamu perlu...
Soalan seperti itu terlalu berbentuk arahan yang mana akhirnya akan menenggelamkan
kreativiti pelajar. Para guru digalakkan menyoal pelajar dengan soalan yang mencabar minda
seperti:
     “ Bagaimana sekiranya..
     “Apa yang perlu kita.....
      “ Sekiranya.....

10. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

   Buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah dan pendekatan yang sesuai untuk
guru gunakan di dalam bilik darjah supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
menarik. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang berbagai-bagai ragam dan karenah.
Guru juga perlu tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu para
guru menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu
pendekatan kreatif perlu untuk mengekang permasaalahan ini.
     Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman
mengajak anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara
mereka, Lukman menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa mencari kesalahan
orang lain walau dalam apa jua situasinya..
    Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini bukannya mudah dan
perlu ditangani dengan bersabar dan kreatif.  

11 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, buku ini sesuai untuk bacaan semua guru kerana olahannya
dipermudahkan dengan bahasa yang mudah dan sesuai untuk semua peringkat umur,
ideanya tersusun,terdapat contoh-contoh yang kontemporari,   dan dipersembahkan dalam
bentuk yang ringkas tetapi padat.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

.............................................. ................................................
(ALI BIN ABU ) ( )

Anda mungkin juga menyukai