Anda di halaman 1dari 1

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK DESA PETALING. Kod Sekolah: WEA 0240

1. Nama Guru UMI KALSUM BNTI MOHD NORDIN

2. Judul Berfikir Dalam Bilik Darjah 3. Bidang: PEDAGOGI

4. Pengarang Ainon Mohd & Abdullah Hassan 5. M/S: 163


Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
6. Penerbit
7. Sinopsis
Buku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar
kanak-kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan “budak bodoh’, “budak lembam” dan
yang seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik sewaktu
dibangku sekolah akhirnya membesar sebagai “taukeh”, tuan punya syarikat ataupun majikan
kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang juga menjustifikasikan
kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya
pada hari ini merupakan individu yang mahir berfikir.
Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah
seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen, memuji
murid, memberi ganjaran, guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi
diktaktor, toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan dan
mempelbagai teknik menyoal.
Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan
kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang
dianjurkan disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami dan
menggunakan teknik tersebut sewaktu mengajar.
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran
1. Para guru digalakkan menyoal pelajar dengan soalan yang mencabar minda seperti:
“ Bagaimana sekiranya..
“Apa yang perlu kita.....
“ Sekiranya.....

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P


1. Guru juga perlu tahu tahap dan jenis kepintaran pelajarnya. Ini akan dapat membantu para
guru menentukan kaedah paling sesuai yang akan digunakan sewaktu mengajar. Oleh itu
pendekatan kreatif perlu untuk mengekang permasaalahan ini.2. Guna masa yang terluang di
sekolah meningkatkan ilmu dalam bidang ICT lebih-lebih ladi dengan pembelajarn e-learning
2. Kita boleh menghayati cara Lukman Hakim dalam mendidik anak-anaknya. Lukman mengajak
anaknya turun ke lapangan dengan menderai seekor keldai. Di akhir kembara mereka, Lukman
menerangkan tentang sifat manusia yang akan sentiasa mencari kesalahan orang lain walau
dalam apa jua situasinya..

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(UMI KALSUM MOHD NORDIN)

Anda mungkin juga menyukai