Anda di halaman 1dari 3

PENDIDIKAN DAN INTEGRITI BERPISAH TIADA

Sungguh menghairankan, melihat saban hari orang menyisir rambutnya tetapi tidak pernah menyisir
otaknya, memperkemas dadanya tetapi tidak pernah menyucikan hatinya, menggilap kasutnya tetapi
tidak pula akalnya. Walhal, kejayaan seseuatu perkara itu bukanlah bergantung kepada penampilan
zahir semata-mata tetapi juga ketinggian pemikirannya. Maka atas pedoman yang sama, percayalah
bahawa pendidikan dan integriti berpisah tiada

Sejambak penghargaan buat saudara pengerusi, siding hakim dan juri bijak bestari, dif-dif terhormat
yang disanjungi, barisan guru-guru bestari serta hadirin yang dikasihi dekat dihati

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

Saudara dan saudari,

Sesungguhnya pendidikan ditakrifkan oleh prof, Manna Molborn Gray (presiden dan trustee) university
Chicago sebagai suatu proses menyuburkan pemahaman teori, praktikaliti dan budaya mengkaji tanpa
henti dalam mencanai ketinggian akal budi insan sejati. Dimana pengakhiran proses ini adalah untuk
memanusiakan manusia dan mencorkkan peradaban sesebuah bangsa yang mana ia seterusnya mampu
untuk melahirkan sebuah tamadun manusia bertaraf dunia bermindakan kelas pertama.

Sementara pelan integrity nasional mendefinisikan integrity sebagai prakarsa pembudayaan nilai murni
yang terpuji disulami dengan nilai moral dan rohani serta akal budi yang tinggi.

Berpisah tiada adalah suatu keadaan sukar untuk dilerai dan pisahkan. Ibarat hempedu lekat dihati

Tuntas pidato saya pada hari ini akan membawa kita semua untuk sama-sama menilai tentang harga
yang dimiliki oleh pendidikan dan integrity hinggakan ianya perlu bergerak seiring dan sejalan dan tidak
boleh dipisahkan agar ianya tidak kelihatan pincang dan sumbang.
Hadirin pertama

PENDIDIKAN DISEMAI, INSAN BERINTEGRITI DICANAI, HIDUP KITA DAMAI

Kita sedar bahawa kalimah iqra’ kalam pencipta mentamsilkan ilmu sebagai cahaya, pelita hidup
manusia. Agar mentaliti kita tidak terkongkong bagai katak dibawah tempurung, sebaliknya kita mampu
untuk melihat dengan pandagan mata burung. Wahyu sulung surah al-alaq ayat pertama, bacalah,
bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan. Dengan pengausaan ilmu, kita mampu untuk
berhijrah dari gelita kejahilan kepada cahaya kebenaran

Maka, sistem pendidikan kita kini ditransformasikan, dari pelan induk pembangunan pendidikan yang
dinaik taraf kepada pelan pembangunan pendidikan 2013-2025, budaya membaca kita cakna,
penekanan ICT, program I-Think seterusnya program kemahiran berfikir aras tinggi kita laksana
diperingkat sekolah rendah, menengah dan IPT semuanya kita implimentasikan atas dasar
pendemokrasian pendidikan dengan tujuan untuk melahirkan golongan ilmuan berfikiran kreatif, kritis
dan inovatif yang seterusnya akan memberikan sumbangan yang bermakna kepada negara kita yang
tercinta Malaysia.

Namun tuan-tuan dan puan, realitinya kini kita begitu bermaknan dengan sugulung ijazah tanda kitalah
orang yang paling berilmu dan berhikmah. Namun hakikatnya harga sebenar ilmu itu bukanlah terletak
pada topi ijazah yng dilambung tinggi mahupun banyaknya sijil yang tergantung rapi, tetapi I terletak
pada bagaimana kita memahami dan menghayati, memiliki dan mencitai falsafahnya. Nilai integriti
orang ynag berilmu bukan sahaja menuntut kita untuk mengaplikasikan ilmu yang kita ada, tetapi
menuntut kita untuk menghargai dan menjiwai ilmu yang dimiliki kerana tiada gunanya kita berilmu dan
berpendidikan tinggi andai nilai integrity dalam diri diketepi, nilai murni masyarakatnya cuba untuk
dinafi, maka sudah pasti akan mengelodaklah rasa benci dan akhirnya kekacauan pasti akan terjadi. Jelas
bahawa pendidikan dan integrity berpisah tiada ibarat tali yang tersimpul mati
Saudara dan saudari kedua

Tahukah anda? Ibn Sina mengulang baca sebanyak 40 kali kitan metafizikal karangan aristotel, yang
sebanyak 14 buak buku dan 13 bahagian kesemuanya. Bahkan imam as-syafiie telah mengembara
sejauh ribuan batu dan keserata pelusuk kota, hanya bagi mencari dan mendalami ilmu sehinga terpaksa
menggunakan pelepah kurma untuk menulis karyanya, hingga berjaya menghasilkan sebanyak 174 buah
kitab sepanjang hayatnya. Persoalannya, darimana mereka mendapatkan sumber kekuatan mereka,
sebegitu gigih menggali dan meneroka samudra ilmu yang luas tak terjangka. Segalanya kerana integrity
yang terpasak kukuh dalam jiwa, dengan meletakkan pencarian ilmu sebagai amanah daripada pencipta.
Maka ilmu diteroka tanpa mengenal penat dan lelah malah disampai dan disebarkan dalam bentuk
kuliah dan makalah. Namun kini, dmana tahap kecintaan ilmu kita andai hendak dibandingkan dengan
mereka.

Anda mungkin juga menyukai