Anda di halaman 1dari 3

Teks Asal Pidato : Kebejatan Moral Tanda Keruntuhan Tamadun

Saya berasa syukur ke hadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk hadir bersama-sama tuan-tuan dan puan-puan dalam menyampaikan isu Kebejatan
moral petanda keruntuhan tamadun. Ribuan terima kasih saya hulurkan buat saudara pengerusi ,salam sejahtera buat barisan hakim yang bijaksana, dip-dip kehormat yang disanjungi seterusnya hadirin dan hadirat yang dikasihi dekat dihati. Assalammualaikum wbt. dan salam sejahtera buat anda yang sudi melapangkan masa. Apa khabar penutur bahasa melayu tercinta. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi, Menurut Professor Said Hussein Al-Attas dalam penulisannya yang berjudul Intelektual developing in societies, kebejatan moral merupakan satu bentuk kefahaman yang negatif yang telah mengikis pengamalan nilai moral dan pembentukan nilai insan serta menghakis pembudayaan ilmu pengetahuan. Dan apabila kita sedang berbicara tentang petanda keruntuhan tamadun, kita sebenarnya perlu untuk memahami bahawa istilah tamadun ini berasal dari perkataan arab iaitu madain atau madana yang telah menggabungkan aspek keluhuran budi bahasa dan ketinggian akal fikir manusia dalam mengimbangi kemajuan material yang dimiliki oleh sesebuah bangsa dan negara. Kerana apalah gunanya kekayaan material semata-mata, tetapi sayang masyarakatnya kosong dari pengisian jiwa dan pembangunan minda. Kebejatan moral petanda keruntuhan tamadun berkehendakkan kita untuk berbicara tentang kepentingan-kepentingan pengamalan nilai moral dan nilai murni sebagai asas pembentukan tamadun yang berkualiti. Tiga zaman berbeza akan kita telusuri bersama. Pertama, zaman keagungan yang perlu untuk kita contohi. Kedua, zaman kejatuhan yang perlu untuk kita insafi. Yang ketiga, kita bermuhasabah diri menilai isu yang berlaku hari ini. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi, pertama, zaman kegemilangan. Harry Crates,ahli falsafah Greek Kuno menyatakan bahawa pengamalan nilai moral

yang dilengkapi dengan pembudayaan ilmu pengetahuan, kepemimpinan dan pemerintahan yang berpegang pada prinsip keadilan serta ruang liku kehidupan yang dihiasi dengan nilai-nilai keperimanusiaan merupakan satu bentuk pakej yang tidak boleh dipisahkan. Kesemua itu perlu sama dipacu bagi membina sebuah tamadun yang bersepadu. Buktinya, bagaimana kebangkitan kerajaan Turki Uthmaniah misalnya, adalah disebabkan oleh masyarakat Islam ketika itu yang mempunyai semangat kecintaan dan penghayatan yang tinggi terhadap setiap bait ilmu yang dipelajari hinggakan Kota Cordova dan Kota Andalus telah diangkat menjadi pusat

pengembangan ilmu sejagat yang disegani dan dihormati. Kerana ilmu yang dimiliki oleh tamadun Islam sebelum ini. Lantaran menyedari akan hakikat ini, pelbagai strategi dirangka, pelbagai usaha telah direncana. Dari pelan induk pembangunan pendidikan hinggalah usaha untuk membangunkan pusat kemahiran. Segala-galanya kita laksanakan bagi memastikan rakyat tidak ketinggalan. Hari ini, ilmu telah kita miliki, persoalannya adakah ia sudah diaplikasi selaras dengan apa yang kita pelajari. Kedua, zaman kegemilangan yang wajar untuk kita contohi dan kita perlu beralih bagaimanakah keadaan yang perlu di insafi. Pernahkah kita sedari, bahawa jatuhnya sesebuah tamadun bahasa ditunjangi oleh aspek keperibadian yang dimiliki oleh sesebuah bangsa itu sendiri. Dari corak pemerintahan seorang raja hinggalah pengabdian seorang hamba. Daripada kejujuran seorang pemimpin hinggalah ketaatan kelompok yang dipimpin. Kesemua daripada mereka perlu untuk menjadikan nilai murni dan integriti sebagai asas jati diri. Di Malaysia, saya cukup berbangga apabila kepemimpinan beriintegriti dijadikan asas utama. Pelan Integriti Nasional telah dilaksanakan bagi menjaga kebajikan rakyat jelata tanpa mengira bangsa, agama dan juga budaya. Tuan-tuan dan puan-puan. Ketiga, kita perlu bermuhasabah diri menilai isu yang berlaku hari ini. Pertama, dunia pada hari ini memang diakui hebat dari segi pembangunan material. Ya benar, persaingan untuk mendapatkan kekayaan memang berlaku di mana sahaja. Namun tuan-tuan dan puan-puan, adakah kita layak dikatakan sebagai manusia dan bangsa yang bertamadun sekiranya pengamalan moral tidak turut

sama di adun. Bertamadunkah kita sekiranya pembangunan ekonomi yang dijana telah menghalalkan alam di nodai hanya kerana kerakusan tangan-tangan manusia. Bertamadunkah kita, sekiranya senjata canggih yang dicipta telah diuji kuasanya keatas mereka yang tidak berdosa. Konklusinya, hadirin dan hadirat, dunia pada hari kini sudah penat menyaksikan masalah sosial yang semakin melarat. Sudah tiba masanya untuk kita meletakkan satu matlamat, kita hidup bermuafakat dalam kepelbagaian budaya masyarakat. Semoga kesedaran kita pada hari ini dapat memberikan ruang dan peluang kepada anak-anak kita untuk menari, manyanyi dan hidup dalam keadaan harmoni. Tidak mengapa kita kehilangan kekasih hati, tetapi jangan sesekali kita kehilangan tamadun yang kita sayangi. Sekian. Wabillahi taufik walhidayah wassalammualaikum wbt. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai