Anda di halaman 1dari 2

Teks syarahan : al- quran tunjang masyarakat dan negara madani

Cahaya mentari menyilau mata,

rasa pedih berusaha menahan,

lafaz bismillah pembuka kata,

gelanggang syarahan saya mulakan.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamulaikum w.b.t, diucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis,Yang dihormati guru penolong
kanan pentadbiran,Puan huzaimah binti Husin,barisan para hakim yang arif lagi bijaksana,guru-guru,
dan rakan- rakan sekalian.Hadirnya saya di pentas yang indah ini adalah untuk menyampaikan
syarahan yang bertajuk”al-quran tunjang masyarakat dan negara madani”. Terlebih dahulu izinkan
saya mendefinisikan satu persatu tajuk syarahan saya pada pagi ini.

Frasa “al –quran tunjang masyarakat”adalah merujuk kepada panduan serta pegangan bagi umat
islam dalam pelbagai aspek dari segi ahlak dan budi pekerti..manakala frasa“negara madini
“bermaksud Gagasan Madani bersifat menyeluruh berdasarkan enam tonggak utamanya iaitu M
(kemampanan), A (kesejahteraan), D (Daya cipta), A (hormat), N (keyakinan) dan I (Ihsan).

Seperti yang kita ketahui,al-quran merupakan mukjizat terbesar nabi Muhammad SAW.isi
kandungan al-quran terpelihara daridapa sebarang penyelewengan sehingga hari kiamat.syariat
didalam al-`quran SYAMMUL DAN LENGKAP,sesuai untuk manusia di alam ini.Al-Quran bukan sahaja
menjadi hidayah atau petunjuk semata-mata malahan terkait juga pada persekitaran kita seperti
aklak mulia sesama saudara.

hadirin yang dikasihi sekalian,

konsep Negara Madani yang dirangka sebagai ikhtiar untuk memetakan strategi tata keloka dan
pentadbiran negara secara berkesan, menekankan kepada pemerkasaan ekonomi dan budaya, yang
berteraskan nilai, etika atau akhlak.dicetus oleh YAB PERBANA MENTERI,DATUK SERI ANUAR
IBRAHIM untuk mengemudi serta mengangkat martabat dan kegemilangan negara ke persada
dunia.Malahan istilah Madani yang sememangnya sudah sekian lama dipopularkan dan diungkap
beliau suatu ketika dahulu yang memberi keutamaan kepada soal keyakinan dan kemanusiaan.

Tatkala negara dipacu untuk maju dan kadang kala tercemar kerana salah laku serta rasuah, selain
keruntuhan nilai,kita perlulah menyuntik kesedaran dalam kalangan semua pihak untuk
menghidupkan semula kekuatan leluhur bangsa dengan nilai murni yang harus dikembangkan
semula.

Membangun Negara Madani, antara lain mengangkat martabat manusia dan menegakkan keadilan
menjadi asas penting dalam konteks falsafah negara Madani. Konsep Madani juga meletakkan Islam
di kedudukan yang sangat istimewa kepada manusia.

Satu di antara konsep penting dalam masyarakat Madani adalah berlakunya keseimbangan dan
mampan. Keseimbangan ini memberi keadilan kepada seluruh rakyat tanpa melakukan diskriminasi,
kezaliman dan penindasan.
Sidang dewan yang dihormati sekelian,

Membangun negara Madani menepati elemen keterangkuman bagi membina masyarakat


bertamadun, bukan sahaja dari aspek fizikal, malah melahirkan modal insan yang cemerlang
spiritual. kita hendaklah mengangkat wacana itu tepat pada masanya, terutama melihat kepada
pelbagai kepincangan berlaku ketika ini. Ini kerana konsep Madani menitik beratkan kepada
masyarakat yang diurus dengan baik dan mencapai tujuan pembinaan beradaban bangsa.

Objektif melahirkan masyarakat Madani membolehkan setiap manusia mencapai kesejahteraan dan
kebahagiaan. Maka, maksud pembangunan itu bukan semata-mata terlihat dengan kerangka projek
pembinaan yang boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi dengan memakmurkan dunia.

konsep dan falsafah negara madani secara naratifnya adalah untuk mengangkat manusia,
menegakkan keadilan dan beri kebebasan yang bertanggungjawab.Konsep ini menekankan aspek
tata kelola yang menekankan kepada pelaksanaan terhadap dasar sedia ada terutamanya dalam
kemelut politik dan ekonomi yang dihadapi negara sekarang ini.

Hadirin yang budiman,

Walaupun negara ini mempunyai dasar yang baik mengenai perlindungan alam sekitar, namun
kemusnahan tetap berterusan. Masih banyak kes rasuah dilaporkan media saban hari. Kita juga
disuakan dengan kelemahan dalam menangani isu sosial dan menangani persoalan kemiskinan baik
di luar atau di bandar. Ternyata ini bukan kelemahan dasar namun lebih kepada tata kelola, ketirisan
dan penyalahgunaan kuasa.

Konsep ini juga menekankan aspek tata kelola yang menekankan kepada pelaksanaan terhadap
dasar sedia ada terutamanya dalam kemelut politik dan ekonomi yang dihadapi negara ketika ini.
Gagasan Perdana Menteri melalui masyarakat Madani adalah melahirkan Malaysia yang maju dan
tinggi tamadunnya. Kemajuan ini bukan dinilai dari segi kebendaan atau ekonomi semata-mata,
namun yang lebih penting kemajuan dari segi pemikiran dan peradaban.

kesimpulanya, Generasi berilmu dan berkemahiran memberi sumber tenaga kerja berimpak besar
dalam kemajuan ekonomi. Mereka boleh berperanan menyumbang tenaga, kemahiran dan mampu
menjana kegemilangan ekonomi Negara. Penghayatan perkara tersebut dapat menghindarkan diri
daripada sifat bakhil, hasad dengki dan khianat serta tidak mengamalkan riba dan rasuah.izinkan
saya melontarkan pantun:

Hati manusia selalu berbolak,

Air menggelegak kalah lajunya,

Kalau berilmu tak jaga akhlak,

Umpama rumah tanpa bumbungnya

akhir kata,”ahklak terpuji hiasan diri”.

sekian,wabillah hi taufiq wal hidayah wa salamualikum warah matullahi wabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai