Anda di halaman 1dari 11

SEMANGAT 1MALAYSIA TERAS KEJAYAAN

Sejambak kasih, seharum kasturi buat saudara/i peneraju majlis, kombinasi


kehakiman yang berlandaskan neraca keadilan, guru-guru penggerak generasi
berwawasan seterusnya warga dewan sekalian. Assalamualaikum wm..wbt...

Semangat 1Malaysia Teras Kejayaan. Begitulah tajuk pidato saya pada hari
ini.

Semangat bolehlah ditakrifkan sebagai perasaan dan jiwa, 1Malaysia
bolehlah ditakrifkan sebagai rakyat yang berdiri, berfikir dan bertindak sebagai
bangsa Malaysia. Teras kejayaan pula bermaksud sesuatu yang menjadi asas agar
berjaya untuk kemenangan ataupun hasil yang diperoleh. Aspirasi ini adalah untuk
mewujudkan sebuah negara bangsa yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan
dalam kalangan rakyat.

Warga dewan yang dirahmati Allah sekalian,

Semangat persaudaraan membawa kejayaan negara tercinta. 1Malaysia
adalah lahir daripada semangat setiakawan. Walaupun berbeza asal keturunan,
kepercayaan agama dan akar budaya namun rakyat Malaysia berpegang pada satu
prinsip yang sama iaitu Rukun Negara.

Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People
(Dengan Izin). Dalam hal ini, 1Malaysia, menuntut rakyat berfikir melepasi
sempadan kaum dan etnik masing-masing.

Hubungan kaum dan etnik dipereratkan bagi jangkamasa panjang.
Kewujudan satu bangsa Malaysia membentuk sikap menghormati, ikhlas, saling
mempercayai dan persaudaraan.

Buktinya RIMUP dan e-intergrasi telah mensasarkan murid-murid dari SK, SJK(C)
dan SJK(T) bersama-sama mengikuti satu program bersama. Pelaksanaan RIMUP
dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan adalah untuk membina negara
bangsa.

Ideologi dengan semangat persaudaraan dalam 1Malaysia pasti
menggerakkan kejayaan negara.

Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

Sidang intelektual sekalian,

Meniti wasilah kedua saya dengan untaian kata, Kemajuan ekonomi
dinikmati, kemakmuran negara dikecapi. 1Malaysia dapat membangunkan
ekonomi negara. Pelancong dan pelabur asing mengenali rakyat Malaysia
yang berintegriti tinggi.

Kini, Malaysia menerokai bidang sains angkasa, bioteknologi dan teknologi
nano. Menurut laporan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa, Malaysia
mencatatkan nilai digital 0.57 bermakna kita mendahului kemudahan akses digital
dalam kalangan negara ASEAN.

Justeru, 1Malaysia telah meningkatkan taraf ekonomi negara menjadikan
Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Idea terbilang terakhir saya dengan gagasan bicara, perpaduan dan
semangat nasionalisme, negara aman dan sentosa. Peristiwa berdarah pada 13
Mei 1969 perlu dijadikan iktibar. Formula yang dicipta oleh Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj, Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan adalah untuk perpaduan dan
semangat nasionalisme.

Kini 1Malaysia disandarkan dalam memperkukuhkan perpaduan nasional.
Negara ini adalah negara kita. Kita adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu
dinikmati dan dikongsi secara bersama. Segala pembangunan adalah limpahan
daripada perpaduan yang diteruskan dalam 1Malaysia.

Lihatlah apa yang berlaku pada negara-negara yang sedang bergolak seperti
Mesir, Syria dan Libya. Perpaduan sudah tiada. Kemusnahan berlaku di mana-
mana. Rakyat menderita dan sengsara. Mengorbankan banyak nyawa. Sehingga
melibatkan campur tangan negara luar.

Kasihan.... Jangan sampai negara kita menerima nasib seperti mereka. Kami,
anak-anak pasca merdeka dahagakan keamanan untuk kesejahteraan.Saya
menyeru tuan-tuan, puan-puan dan rakan-rakan sekalian berpegang pada konsep
1Malaysia agar negara ini terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

Sekian, salam ilmiah menjana sahsiah.


MODAL INSAN PEMACU PEMBANGUNAN NEGARA
Sekalung kasih saya hulurkan kepada saudara pengerusi majlis, salam penuh keadilan saya
ucapkan kepada barisan panel hakim yang sentiasa bersama panji keadilan, salam penuh
penghargaan kepada penjaga masa yang sentiasa peka bersama detik-detiknya, dan salam
penuh ukuwah buat warga dewan sekelian. ASSALAMUALAIKUM
PERDANA MENTERI MALAYSIA pernah berkata, kekuatan modal insan bermakna kekuatan
tenaga kerja yang melibatkan semua lapisan dan semua sektor samada peringkat
kepimpinan, pengurusan, kakitangan, dan banyak lagi. Dan cara inilah sahaja kita dapat
menjadikan bangsa kita ada keupayaan dan kemampuan untuk bersaing dan sama-sama
bina Negara maju.
Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa modal insan satu punca kekuatan yang
boleh menjana kekuatan Negara, pertumbuhan ekonomi, transformasi budaya dan
peningkatan tamadun Negara.

Datang hamba, datang bermakna,
Berdiri hamba, penuh bergaya,
Bukan untuk membuang masa,
Berkongsi ilmu itulah tujuannya.

Bersama angin yang menderu, bersama nafas yang menghembus, bersama hujah yang
kukuh , hayatilah
MODAL INSAN PEMACU PEMBANGUNAN NEGARA
Sebelum madah bersulam indah, sebelum fakta menyusur kata, izinkan saya mendifinisikan
secara literal mahupun konseptual, agar yang kabur dijelaskan yang gelap diterangkan .
Merujuk Kamus Dewan Edisi ke-3
MODAL: wang atau harta benda yang dipergunakan sebagai pangkal atau pokok
untuk berniaga
INSAN: manusia
PEMACU: perkakasan atau perisian yang menggerakkan perkakasan yang lain
PEMBANGUNAN: perihal membangun, usaha atau kegiatan membangun
NEGARA: suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu yang diperintah oleh
sebuah kerajaan .
Terang lagi bersuluh bahawa takrif secara konseptualnya adalah modal insan merupakan
suatu harta yang dimiliki oleh manusia untuk mempertingkatkan nilai diri, manakala pemacu
pembangunan Negara adalah alat untuk mencapai kemajuan

Jelaslah bahawa modal insan menjadi tulang belakang untuk mencapai pembangunan
Negara.
Rmk-9 telah meletakkan beberapa fasal yang harus direalisasikan alam tempoh 2005-2010.
Antara cabarannya ialah memperkasakan modal insane. Fasal ke-2 bab yang ke 11,
menyatakan pembentukan modal insan amat perlu untuk menjamin kemajuan Negara pada
tahun 2020.
Bagaimana untuk membentuk modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang?
Pragmatic saya yang pertama ialah
PEMBANTUKAN KEPERIBADIAN
Modal insan tidak akan menjadi kenyataan jika peribadi seseorang itu tidak utuh.
Kemunculan Negara industri pada tahun 2020 perlu diiringi dengan kemunculan masyarakat
yang memiliki keperibadian tinggi selaras dengan keperluan Negara industri iaitu memiliki
keyakinan diri, mampu bersaing, dinamis dan mempunyai sifat-sifat untuk mengejar
kejayaan.
Cabaran wawasan 2020 yang ke-2 ialah
Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan
terhadap diri
sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai
masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha
mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa,
Menurut Abdullah Nasih Ulwan dalam bukunya, pendidikan anak-anak dalam Islam,
menyatakan, proses membentuk peribadi, ibubapa perlu menekankan beberapa perkara
seperti pendidikan keimanan,moral, jasmani, dan nilai-nilai murni.
ciri-ciri biologi yang diwarisi, persekitaran fizikal dan budaya merupakan antara factor
pembentukan keperibadian.

Dengan berpandukan kepada modal insan, masalah gejala sosial dan keruntahan akhlak
dapat diatasi, dan, Malaysia akan menjadi Negara maju dengan acuan sendiri.
Jelaslah pembentukan keperibadian yang unggul membawa kepada pembentukan modal
insan dan seterusnya memacu pembangunan Negara.

Pragmatik yang kedua
Modal dapat dibentuk melalui ilmu pengetahuan
ilmu pengtahuan melahirkan manusia yang unggul dan seimbang serta harmonis dalam
pelbagai aspek.
Bajet 2007 memberi peruntukan besar kepada pembangunan modal insan iaitu sebanyak 21
peratus daripada keseluruhan perbelanjaan. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
mengumumkan, daripada peruntukan RM33.4 bilion RM12.9 billion dikhususkan
kementerian pelajaran, manakala pengajian tinggi (RM10.4 bilion) dan selebihnya untuk
program latihan.
Jika ilmu pengetahuan sudah mantap, sudah pasti ekonomi Negara akan mampan. Antara
teras RMK-9 ialah Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk
minda kelas pertama.
Tun Dr. Mahathir mohd pernah menyatakan bahawa, Malaysia harus maju, bukan hanya
dari dimensi ekonomi, malah hendaklah menjadi satu bangsa yang sepenuhnya maju dalam
dimensi dalam erti keadilan sosial, kestabilan poltik, sistem pemerintahan, mutu hidup,
kebanggaan nasional dan keyakinan diri.
Jelaslah ilmu pengetahuan dapat memantapkan ekonomi, sosial, dan politik seterusnya
memacu pembangunan Negara selaras dengan Wawasan 2020.
Pragmatic yang ke-3

Pembetukan modal insan yang berkemahiran tinggi.

Kemahiran amat penting dalam proses memajukan Negara. Kemahiran berkomunikasi,
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis amat membantu memacu pembangunan Negara
kepada yang lebih efiyen.
Pengetahuan luas dalam pelbagai bahasa membolehkan individu mengetahui lebih banyak
ilmu pengetahuan.
A.S. Horby dan E.C. Parnwell dalam The progressive English Dictionary mendifinisikan
bahasa ialah perkataan atau pertuturan yang diterima dan difahami oleh satu bangsa atau
Negara.
bahasa juga berfungsi sebagai alat penyebaran dan pengabadian ilmu pengetahuan dari
masa ke semasa.Selain itu, bahasa juga adalah medium diplomasi dan perantaraan untuk
manusia.
Tanpa bahasa, individu tidak akan mampu berfikir secara kreatif dan kritis dan pemupukan
minda kelas pertama tidak akan wujud sama sekali.
Mantan Perdana Menteri pernah menyatakan bahawa, kekreatifan merupakan kekuatan
yang mutlak. jika kita menggunakannya dengan baik, kita akan bersedia untuk menghadapi
cabaran dari dalam dan luar, dan jika kita sentiasa sanggup memperbetulkan kesilapan kita,
kelemahan dalam menuju matlamat pasti tiada.
Kemahiran komunikasi dan berfikir secara kreatif dan kritis dapat membina individu yang
memiliki minda kelas pertama selaras dengan nilai modal insan yang mampu memacu
pembangunan Negara
Pragmatic saya yang ke-4
Modal insan yang memiliki akhlak yang terpuji.
Jujur, amanah, bersifat kemanusiaan, bekerja sama adalah antara akhlak yang unggul.
Akhlak yang tinggi yang dimiliki oleh individu merupakan asset yang penting kepada
Negara. Akhlak yang unggul melahirkan individu yang progresif, dan beperanan positif
dalam dimensi pembangunan Negara.
Kemajuan Negara tidak boleh dicapai andai rakyat memiliki akhlak yang buruk seperti
rasuah, pecah amanah, zalim dan seerti dengannya. Keutuhan akhlak akan mewujudkan
tamadun manusia yang komprehensif,dan inovatif.
Cabaran wawasan 2020 yang ke-4 ialah Mewujudkan
masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika tinggi, yang mana warganegaranya
kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi.
Isu utama Perdana Menteri ialah sifar rasuah. Beliau menyatakan bahawa rasuah adalah
bacteria dalam Negara. Ia akan menghapuskan Negara secara sedikit demi sedikit. Jika tidak
diubati ia akan menjadi barah dalam masyarakat. Akhlak yang unggul amat memberi kesan
kepada proses pembangunan Negara.
Menjadi Negara maju dengan acuan sendiri amat sukar andai rakyat tidak memiliki akhlak
yang baik. Ternyatalah bahawa akhlak yang unggul merupakan antara cabang modal insan
sebagai pemacu pembangunan Negara.
Pragmatic saya yang ke-5
Modal insan yang memiliki bakat kepimpinan

Bakat memimpin adalah kelayakan mejadi seorang pemimpin dari segi mental yang baik dan
moral yang unggul. Kerana semua agama mengutamakan nilai-nilai ini sebagai pemimpin
termasuk islam . pemimpim yang baik adalah seorang yang positif, dan boleh menerima
kritikan selain mempunyai idea yang bernas.
Imam Ghazali menggariskan beberapa ciri pemimpin, antaranya ialah mempunyai intelek
yang tajam, berpengetahuan dan berfungsi, mempunyai keberanian, sayang kepada rakyat,
berpandangan jauh serta benar-benar berazam. Pandangan Imam Ghazali ini juga tidak
bercanggah dengan pandangan sarjana bukan islam seperti Plato dan Confucius.
Pemimpin yang unggul akan memacu pembangunan Negara dengan lebih efisyen dan
progresif.
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang mafhumnya : sesungguhnya jawatan itu adalah
kerugian dan penyesalan pada hari kiamat kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan
penuh tanggungjawab
Hadis ini membuktikan pemimpin yang adil merupakan tunjang dalam sesebuah Negara,
tanpanya Negara tersebut pasti kucar-kacir dan tidak membangun. Nampaklah kita bahawa
tugas pemimpin itu bukan mudah, malah amat berat sekali.
Jadi kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur dan berbangga kerana memiliki pemimpin
yang berkaliber dan sedang berusaha untuk memajukan Negara. Modal insan tidak akan
sempurna andai nilai kepimpinan tiada dalam diri individu. Jelaslah modal insan pemacu
pembangunan Negara.
Pragmatic saya yang ke-6
Modal insan yang memiliki daya saing dan azam yang jitu

Keazaman untuk menjadi sebuah negara yang teguh, maju dan bersatu kekal utuh walaupun
terdapat pelbagai cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi. Sehubungan ini, dasar dan
rangka kerja pelaksanaan baru Misi Nasional telah disediakan untuk menggaris
pendekatan yang akan dilaksana bagi mencapai wawasan dan matlamat negara dalam
jangka masa 15 tahun yang akan datang.
Misi Nasional ialah rangka kerja yang bertujuan memastikan usaha pembangunan negara
menghasilkan impak dan prestasi yang lebih tinggi ke arah pencapaian Wawasan 2020.
Rangka kerja ini disediakan atas kesedaran untuk mencapai status negara maju berasaskan
acuan dan kemampuan sendiri,
Rasulullah pernah bersabda, mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai ALLAH
berbanding mukmin yang lemah
Malaysia melaksanakan dasar dan program yang meningkatkan keupayaan bersaing di
peringkat global; mengukuhkan perpaduan dan mengurangkan polarisasi kaum; melalui
penyertaan oleh semua pihak dalam proses pertumbuhan yang produktif dan berdaya saing.
Memiliki modal insan yang mempunyai semangat untuk bersaing dan mempunyai azam
yang jitu pasti akan membawa Malaysia kepada kemajuan yang lebih pesat dan mampan.
KESIMPULANNYA

1) Dengan segala hujah saya yang kukuh, saya dapat merumuskan bahawa Dengan
berpandukan keperibadian yang unggul, maka modal insane mampu dilahirkan dan pasti
wujud masyarakat yang bersdia untuk mentadbir Negara.
2) Ilmu pengetahuan dalam bidang ekonomi, pendidikan dan segala cabangnya, pasti akan
membawa Malaysia duduk sama rendah dan berdiri lebih tinggi dengan Negara yang lain.
3) Kemhiran berkomunikasi dan berfikir perlu dipertingkatkan supaya Malaysia akan
mencapai Negara maju pada tahun 2020.
4) Akhlak yang unggul sebagai asset kepada Negara dalam pembangunan modal insane.
5) Kepimpinan yang baik akan memastikan proses pembangunan Negara berjalan
lancar.
6) Nilai murni seperti daya saing dan azam yang jitu akan memantapkan lagi
pembangunan Negara.
Jelaslah bahawa modal insane amat member kesan yang mendalam dalam proses
pembangunan Negara.
Saya akhiri pidato saya pada hari yang mulia ini dengan serangkap pantun,

Loceng disana sudah berbunyi,
Menjadi tanda suruh berhenti,
Salah dan silap harap dimaafi,
Semoga kita berjumpa lagi.

Wabillahi taufiq wal hidayah, assalamualaikum


=)) ini adalah teks pidato saya semasa menyertai pertandingan pidato karnival intelek kolej
IKIP 2007.

Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamualaikum WBT dan Salam 1 malaysia.

Detik 12 malam tanggal 31 Ogos tahun 1957, turunnya bendera Union Jack
diiringi dengan laungan Merdeka!!! Merdeka!!!Merdeka!!! oleh Perdana
Menteri Malaysia yang pertama, Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj. Detik bersejarah yang tersemat kukuh dalam sanubari setiap
rakyat Tanah Melayu. . Sedarkah kita, sehingga detik berharga ini, selepas 55
tahun yang bersejarah, kita masih dapat mengecapi nikmat kebebasan yang
telah diperjuangkan oleh perwira2 negara?

Sekalung apresiasi saya hulurkan buat saudara peneraju majlis, kombinasi
panel kehakiman berintelektual dan berintegriti, dif-dif kehormat yang
disanjungi, seterusnya, hadirin hadirat yang saya hormati.

Hadirnya saya disini bukanlah untuk menyampaikan amanat Merong
Mahawangsa, bukan juga untuk melemparkan kata-kata dusta, akan tetapi,
hadirnya saya disini untuk menyampaikan mauduk bicara yang berbunyi 55
Tahun Merdeka : Bangsa Malaysia Terus Perkasa.

Putra-putri anak merdeka,

Frasa Bangsa Malaysia merujuk kepada penyatuan kaum-kaum yang ada di
Malaysia seperti Melayu, Cina dan India, manakala Terus Perkasa saya
takrifkan sebagai kejayaan dan kemampuan dalam mendepani cabaran
sepanjang 55 tahun kita merdeka dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Secara
tuntasnya, pidato saya pada hari ini akan melihatkan pencapaian Bangsa
Malaysia dalam pelbagai bidang dan kejayaan-kejayaan ini terus diperkasakan
dari dulu, kini dan selamanya. Hadirin sekalin marilah sama-sama kita hayati
pidato saya melalui empat fokus bicara yang berbeza.

Putera-Puteri anak pertiwi,

Pertama, Ilmu diperkasa, mentaliti diperkaya. Menurut Nelson Mandela,
Mantan Presiden Afrika Selatan, ilmu merupakan senjata paling berkuasa untuk
mengubah dunia. Senjata yang boleh mengubah perspektif manusia
dan membuka mata dunia. Misalnya, perkembangan dan pembudayan ilmu
telah berlaku secara intensif di malaysia. Jika dahulu kebanyakan masyarakat
Tanah Melayu buta huruf namun, pada hari ini kita mampu berbangga dengan
pencapaian rakyat Malaysia sehingga mampu mengharumkan nama negara
dalam bidang pendidikan. Semua anak-anak kecil diberikan peluang sama rata
untuk belajar. Dari lahirnya Penyata Razak 1956 yang memungkinkan
masyarakat kita diberi peluang untuk menimba ilmu pengetahun, sehinggalah
kepada dasar-dasar yang digubal dewasa kini bagi melahirkan Bangsa Malaysia
yang cintakan pengetahuan serta memugar ilmu. Sekolah-sekolah di seluruh
negara terus bertambah bagi memberikan peluang semaksimum mungin untuk
anak-anak Bangsa Malaysia mendapat pendidikan yang sebaiknya. Hari ini kita
berbangga apabila kita berjaya melahirkan ramai ilmuan dan cendikiawan
negara. Mentaliti bangsa kita semakin meningkat hari demi hari, semuanya
kerana nilai ilmu yang diangkat ke tahap yang lebih tinggi.

Kedua, ekonomi dijana, rakyat sejahtera. Sehingga detik ini, bangsa malaysia
terus memacu ekonomi malaysia dengan jayanya. Strategi ekonomi yang
mantap telah direncana semata-mata untuk kesejahteraan bersama. Empat
tonggak transformasi ekonomi telah dirangka, khas untuk pembangunan negara
yang tercinta. Koridor pertumbuhan ekonomi telah dibina, tidak lain tidak
bukan untuk menjadi pemangkin kepada ekonomi negara. Sedarkah anda, sejak
dari penubuhan Malaysia pada tahun 1963, pelbagai inisiatif telah
dijalankan.dasar ekonomi baru, model baru ekonomi,program transformasi
ekonomi dan berbagai-bagai lagi inisiatif telah dijalankan. Kita telah berusaha
menaikkan taraf ekonomi rakyat. Kita telah berusaha untuk menaikkan gaji
bangsa sejagat. Masalah ekonomi negara kita ubat. Masalah korupsi, cuba kita
sekat. Hasilnya, menurut Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2010, yang
diterbitkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan Dunia, Malaysia telah
menempah tempat ke 10 dalam negara paling kompetetif dunia. Tidak cukup
dengan itu, pada tahun 2010 juga, ekonomi malaysia telah berkembang
sebanyak 7.2 peratus dan kita mempunyai kadar integrasi global yang sangat
tinggi. Krisis kewangan pada akhir tahun 90-an dan tahun 2008 dapat kita
tangani. Kadar keluaran dalam negara kasar kita telah mencapai tahap tertinggi.
Sekarang, kita menuju kepada negara berpendapatan tinggi. Lihat, hasil usaha
sama seluruh bangsa malaysia tak kira dari melaka, bintulu nun jauh di sana,
masih menyumbang bakti kepada pembangunan ekonomi negara.

Hadirin Hadirat sekalian,

Ketiga, rakyat bersatu, perpaduan terbina. Tun Dr mahathir Mohamad pernah
berkata, Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat
menggoncang dunia. Demikianlah kesannya perpaduan. Pada setiap hari, kita
tidak akan pernah lekang daripada disemai bibit-bibit perpaduan dalam lubuk
hati kita. Gagasan 1 Malaysia, yang menekankan elemen perpaduan, telah
diperkenalkan dan menjadi buat mulut seluruh rakyat Malaysia. Kini, sekalian
rakyat mempunyai satu haluan, satu tujuan. Perpaduan telah disemai
subur sejak dahulu lagi melalui sistem pendidikan kebangsaan yang telah
diusulkan dalam Laporan Razak. Bahasa Malaysia telah menjadi bahasa
penghantar utama dalam pembelajaran. Kerajaan sedar, untuk menyemai
perpaduan, kita perlu menyemai dari kecil, bak kata pepatah, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Tidak cukup dengan itu, dari aspek politik,parti-
parti politik yang dahulunya memperjuangkan semangat perkauman sahaja
telah bergabung untuk menjadi satu parti gabungan yang memperjuangkan
semangat kenegaraan atau nasionalisme. Inilah sebenarnya perpaduan yang
ingin kita bentuk agar bangsa malaysia akan terus perkasa dan disegani dunia.

Warga dewan yang budiman,

Ke empat, pencapaian hebat, nama malaysia terpahat. Hari ini, Bangsa malaysia
telah melahirkan ramai insan-insan hebat yang telah mengharumkan mana
Malaysia di persada jaya. Dari ketokohan Tun Dr Mahathir Mohammad
memimpin negara, kehebatan Dato Dr Muzhafar Shah menjeki anagkasa
sehinggalah kemampuan Dato Lee Chong Wei dan Pandalela Rinong untuk
meraih pingat Olimpik, kita tidak pernah ketandusan nama-nama terbilang.
Semuanya bertolak dari kehebatan, semangat dan keinginan untuk mengangkat
nama Malaysia di persada dunia. Usaha yang bukan sedikit dari mereka , perlu
dijadikan panduan dan tauladan. Kemmapuan Bangsa Malaysia dalam berdiri
sama tinggi, duduk nampak sama rendah bersama bangsa-bangsa lain di dunia
harus kita banggakan. 55 tahun bangsa kita terus hebat.

Anak-anak bangsaku,

Saya dapat menyimpulkan bangsa Malaysia mempunyai kekuatan dan kelebihan
yang tersendiri. Nilai-nilai keperkasaan dan kegemilangan masih utuh
mendasari bangsa Malaysia. Ayuhlah anak-anak bangsaku, kita kita kibarkan
potret kegemilangan Malaysia selagi hayat dikandung badan. Sekian, Salam
Bangsa Malaysia Perkasa, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum
warahmatullah hiwabarakatuh.

Disediakan oleh : SHAHNUN ABDUL GHANI DAN KHAIRUL HAFIZ
KHAIRUL ANNUR

Anda mungkin juga menyukai