Anda di halaman 1dari 2

Haney Hamzah

56 Jalan Teratai 3/4,


Taman Seroja,
56100 Kuala Lumpur.

27
Mac 2013

Kehadapan sahabatku yang sentiasa diingati, Saudari Aslina, yang kini berada di
Brunei. Saya berharap agar saudari sentiasa berada dalam kandungan sihat walafiat
bersama-sama dengan keluarga saudari.

Saudari Aslina,
Bagaimana keadaan saudari di sana sekarang? Untuk makluman
saudari, saya dan keluarga saya di Kuala Lumpur sihat seperti biasa. Pada masa ini,
saya agak sibuk dengan pelajaran saya kerana Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
yang bakal saya duduki semakin hampir. Setiap hari saya terpaksa pulang lewat ke
rumah kerana menghadiri kelas tambahan sebagai persediaan menghadapi
peperiksaan. Saya percaya mampu untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan
tersebut. Walau bagaimanapun saya memohon agar saudari mendoakan saya supaya
lulus dengan cemerlang.

Saudari Aslina,
Dalam warkah saudari yang lepas, saudari ingin mengetahui perayaan yang
disambut di Malaysia.Untuk tidak menghampakan saudari, saya akan menceritakannya.

Seterusnya,masyarakat India pula akan menyambut perayaan Deepavali.Dikenali


oleh masyarakat Hindu sebagai pesta cahaya,Deepavali atau Diwali ialah simbol
kebaikan menumpaskan kejahatan dan cahaya menumpaskan kegelapan. Pada hari ini,
kerajaan mengisytiharkan satu hari cuti umum.Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh
dalam kelender Hindu, biasanya pada bulan Oktober atau November.Oleh sebab
namanya Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut
Hindu.Bagi persiapan Deepavali, penganut Hindu akan membersihkan rumah mereka,
hiasan seperti kolams dibuat, dan lampu vilakku dipasang. Lampu ini merupakan
sejenis pelita tradisi yang diperbuat dari tanah liat.Perayaan juga bertambah seri
dengan lampu-lampu moden.Pada pagi Deepavali, mereka akan bangun awal, untuk
upacara mandi minyak sebagai simbol kepada penyucian diri.Kemudian mereka menuju
ke kuil untuk bersembahyang.Setelah itu, sepanjang hari mereka akan berkunjung ke
rumah saudara dan sahabat handai.

Perayaan yang tidak kurang pentingnya bagi masyarakat Cina ialah sambutan
Tahun Baru Cina.Di Malaysia, cuti umum telah diisytiharkan bagi dua hari pertama
untuk Tahun Baru Cina.Pada malam Tahun Baru , kaum keluarga samada dekat atau
jauh akan berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar yang menjadi
simbol eratnya ikatan kekeluargaan.Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa
dan menjalankan upacara shuo sui , yang dipercayaai akan memanjangkan umur
seseorang.Bagi yang tua, kemudian malam tahun baru akan dihabiskan dengan
bermain mah jong sebagai hiburan untuk merapatkan hubungan antara ahli
keluarga.Tepat detik tengah malam,mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan
sambutan Tahun Baru bermula.Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian
baru yang berwarna merah akan memeriahkan suasana, di samping ucapan Kong Hee
Fatt Choy akan diucapkan sesama penganut yang bermaksud semoga tahun ini akan
membawa kebaikan.Tetamu mula berkunjung membawa limau mandarin, yang
bermaksud kekayaan manakala tradisi memberi ang pow diteruskan kepada kanakkanak dan orang yang belum berkahwin.

Akhir sekali, perayaan yang disambut oleh majoriti masyarakat Malaysia ialah
Hari Raya Aidil Fitri.Kemeriahan Hari Raya ditonjolkan dengan kembalinya beramairamai warga kota ke kampong. Upacara yang digelar balik kampung ini menyebabkan
kota-kota besar menjadi lengang dan jalan raya menjadi sesak. Masing-masing ingin
merayakan Aidilfitri bersama ibu bapa dan keluarga. Seluruh keluarga akan bergotong
royong menghias rumah dan memasak juadah.Pagi Aidilfitri biasanya akan dimulakan
dengan takbir dari masjid-masjid, yang telahpun berlanjutan dari malam sebelumnya.
Pagi-pagi lagi semua orang telah bangun,dan biasanya akan mengunjungi pusara kaum
keluarga.Kemudian, kaum wanita akan mengemas rumah manakala kaum lelaki akan
bersiap ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Masing-masing segak dan
cantik dengan pakaian baru.Kanak-kanak merupakan golongan yang paling seronok
kerana segalanya dari songkok, baju melayu, atau baju kurung hinggakan kasut adalah
baru.Selepas mengerjakan solat sunat Aidilfitri, kaum keluarga akan berkumpul untuk
bersalaman dan meminta maaf antara satu sama lain.

Memandangkan telah panjang lebar saya menulis dalam warkah saya pada kali
ini, saya memohon untuk mengundur diri. Semoga kita dapat bertemu lagi dalam
bingkisan yang akan datang. Jangan lupa untuk menyampaikan salam saya kepada
keluarga saudari. Akhir kata, saya juga memohon kemaafan andainya ada kata-kata
saya yang menyinggung hati saudara.
Sekian, terima kasih.
Sahabatmu yang jauh,
Haney

Anda mungkin juga menyukai