Anda di halaman 1dari 11

JENIS-JENIS PERAYAAN DI MALAYSIA

Hari Vaisakhi
Perayaan bagi masyarakat Sikh, Vaisaki dikatakan telah diasaskan oleh
Guru Amar Das pada 1567. Ia adalah hari istimewa di mana semua
penganut Sikh berkumpul untuk mendapat restu Guru-Guru
mereka.Pada 1699, Guru Gobind Singh mengumpul ribuan penganut
Sikh di Anandpur Sahib dan mengasaskan undang-undang Khalsa.
Beliau mengorbankan lima orang pemuda yang berani dalam upacara
ini.
Hari Vaisakhi yang disambut pada 13 April setiap tahun ini dianggap
hari lahir bagi undang undang Khalsa masyarakat Sikh.Pada hari ini,
Masyarakat Sikh melawat Gudwara ( kuil ) dan mengadakan perarakan
yang meriah diadakan. Ramai juga yang memilih untuk menjadi sami
dan mengamalkan ajaran Khalsa pada hari ini. Bendera suci Nishan
Sahib di Gudwara juga diganti dengan yang baru pada hari Vaisakhi.

Krismas ( Hari Natal)


Menandakan kelahiran Jesus Christ yang bertarikh 25 Disember tahun
pertama masehi, di Baitullaham. Ia adalah masa bagi keluarga dan
rakan taulan berkumpul, memupuk cinta dan kasih sayang antara
penganut Kristian.
Walaupun kemeriahan Krismas di negara kita agak kurang tanpa salji
dan suhu sejuk, tetapi ia tetap dirayakan dengan meriah setiap tahun.
Tambahan pula, Krismas adalah perayaan global dan sekular
berbanding makna keaagamaan. Satu imej penting dalam perayaan
Krismas ialah Santa Claus, orang tua gemuk berbaju merah dan
berambut putih, yang datang dari kutub utara untuk memberi hadiah.
Khabarnya Santa Claus berasal dari watak St. Nicholas, yang gemar
memberi
makan
kepada
kanak-kanak
di
masa
Krismas.
Di Malaysia, masyarakat Kristian yang membentuk 7 peratus populasi
mengamalkan advent iaitu selang masa empat minggu sebelum
Krismas diisi dengan bacaan doa, membaca Bible, dan berpuasa.
Perkataan advent itu bermaksud datang yang membawa maksud
kelahiran dan kematian Jesus Christ.
Di Gereja Katolik, terdapat upacara membakar lima batang lilin, yang
mewakili lima minggu sebelum Krismas. Setiap lilin berwarna
berlainan, dan membawa maksud-maksud tertentu. Lilin pertama

bernama lilin Hope, kedua Peace, ketiga Joy dan keempat Love.
Apabila Krismas semakin hampir, rumah- rumah dihias indah
indah,pokok Krismas didirikan, kad ucapan diedar, dan lagu-lagu
perayaan dimainkan berulang kali. Terdapat juga hadiah yang diletak
dibawah pokok Krismas.
Adalah menjadi kebiasaan jika kita melihat kumpulan koir menyanyi di
gereja-gereja malah ada juga yang berpakaian Santa dan melawat
kejiranan, rumah anak yatim, orang tua dan hospital bagi meraikan
mereka yang kurang bernasib baik.
Malam Krismas ialah malam yang ditunggu-tunggu, sanak saudara
akan berkumpul, masa untuk doa dan kesyukuran telah sampai.
Biasanya Nativity play atau pertandingan ratu cantik perayaan akan
juga diadakan.
Di malam Krismas juga akan terdapat kumpulan carol yang menyayi
lagu-lagu keagamaan dan semangat dari pintu ke pintu. Apabila tiba
tengah malam keluarga akan makan supper sebagai upacara
menghormati Jesus Christ.Dimasa ini jugalah mereka bertukar hadiah
dan membuka hadiah masing-masing.
Pagi Krismas, penganut Kristian akan bersembahyang di gereja,
sebelum pulang ke rumah dan menunggu kedatangan tetamu.Dalam
konsep rumah terbuka sekarang, perayaan menjadi semakin meriah
dengan kedatangan kaum lain. Antara juadah yang biasa dihidangkan
ialah kekacang, buah buahan, pai, dan ayam belanda bakar,termasuk
juga rendang dan kari.
Walaupun Krismas adalah sambutan sehari sahaja, tetapi semangat
dan kemeriahannya berlangsung hingga ke tahun baru.

Deepavali
Dikenali oleh masyarakat Hindu sebagai pesta cahaya,Deepavali atau
Diwali adalah simbol kebaikan menumpaskan kejahatan, cahaya

menumpaskan kegelapan. Di hari ini, kerajaan mengishytiharkan satu


hari cuti umum.
Hari Deepavali jatuh pada bulan ketujuh dalam kelender Hindu,
biasanya pada bulan Oktober atau November.Oleh kerana namanya
Pesta Cahaya, ia disambut dengan cahaya dan lampu oleh penganut
Hindu.Asal usul perayaan ini adalah berkaitan dengan pertembungan
antara Dewa Rama dengan Ravana, dimana kemenangan berpihak
pada Dewa Rama, yang akhirnya berjaya merampas Sita dari Ravana
yang jahat.Selain itu terdapat juga pelbagai cerita lain yang berkaitan
dengan perayaan ini, seperti pergaduhan antara Dewa Krishna dengan
Syaitan Asura- yang dimenangi oleh pihak baik lantas dirayakan
dengan pelita dan lampu-lampu.
Bagi persiapan Deepavali, penganut Hindu akan membersihkan rumah
mereka, hiasan seperti kolams dibuat, dan lampu vilakku dipasang.
Lampu ini adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat dari tanah
liat.Perayaan juga bertambah seri dengan lampu-lampu moden.
Penganut Hindu juga percaya yang Dewi Laksmi, iaitu dewa kekayaan
dan kemakmuran akan datang melawat rumah pada masa ini.Jadi
persiapan
ini
juga
akan
dibuat
untuk
menyambutnya.
Selain dari itu, penganut Hindu juga membersihkan diri dan jiwa
mereka, dengan mengamalkan puasa, hanya makan sayuran, dan
bermeditasi.Di hari Deepavali ini, pertelingkahan akan dilupakan,
manakala
kemaafan
akan
mendapat
penghargaan.
Pada pagi Deepavali, mereka akan bangun awal, untuk upacara mandi
minyak. Ia adalah simbol kepada penyucian diri.Kemudian mereka
menuju ke kuil untuk bersembahyang.Setelah itu, sepanjang hari
mereka akan berkunjung ke rumah saudara dan sahabat handai.
Walaupun penganut Hindu adalah Vegetarian, tetapi Deepavali tetap
diserikan dengan banyak makanan yang enak seperti daging manis,
pudding, dan murukku.
Chap Goh Mei
Lima belas hari selepas Tahun Baru Cina merupakan hari Chap Goh Mei
disambut sebagai menandakan berakhirnya perayaan Tahun Baru Cina.
Pesta Chap Goh Mei disambut dengan mengadakan upucara
sembahyang secara besar-besaran, di mana colok besar akan dibakar
dan juga diadakan makan besar bersama keluarga. Bunga api dibakar
dan tanglung dinyalakan bagi
meraikan Chap Goh Mei.

Chap Goh Mei juga dianggap sebagai malam mencari pasangan di


mana para gadis akan berpakaian serba indah dan mengunjungi kuil
untuk berdoa agar mendapat pasangan yang secucuk. Terdapat juga
amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai dengan doa
untuk mendapat pasangan. Buah limau yang basah membawa
pesanan agar mereka mendapat pasangan yang sesuai. Persembahan
kebudayaan Cina akan diadakan pada waktu malam bagi menandakan
perayaan Chap Goh Mei seperti perarakan tanglung, tarian naga atau
singa, dan mengimbang bendera besar "Chingay".
Hari Raya Aidilfitri
Ramadhan ialah satu bulan dimana semua umat Islam berpuasa,
bermula dari subuh hingga ke maghrib.Selain dari larangan terhadap
makan dan minum, umat Islam juga dilarang memasukkan sesuatu
kedalam rongga, merokok, dan melakukan hubungan seks di waktu
siang.Hanya mereka yang benar-benar uzur sahaja diizinkan untuk
tidak berpuasa. Ramadhan juga adalah bulan dimana umat Islam
menyucikan diri dengan menambah amal ibadah, seperti solat terawih
di malam hari, berzikir, dan berzakat. Berpuasa juga bermaksud
menahan diri dari melakukan perbuatan mungkar seperti menipu,
mengata orang lain, berbohong dan perbuatan dosa lain.
Ibadah puasa diajar termasuk kepada anak-anak kecil.Terdapat
satu malam di bulan Ramadhan yang dipanggil malam Lailatul Qadar.
Ia bermaksud malam yang lebih baik dari seribu bulan. Umat Islam
digalakkan memperbanyakkan ibadah di malam itu.
Ibadah zakat, iaitu bersedekah sebahagian dari harta kepada
pihak-pihak yang tertentu adalah juga rukun Islam seperti puasa.
Zakat fitrah yang dikeluarkan pada bulan Ramadhan adalah bertujuan
menyucikan harta dan rohani dari kemungkaran. Ia mesti ditunaikan
sebelum akhir Ramadhan. Ketibaan bulan Syawal, iaitu bulan umat
Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri bermula dari terbenamnya
matahari pada 30 haribulan Ramadhan. Ia biasanya di sahkan lagi
dengan upacara melihat anak bulan. Aidilfitri adalah masa untuk
kemeriahan dan kemaafan.Kemeriahan Hari Raya ditonjolkan dengan
kembalinya beramai-ramai warga kota ke kampong. Upacara yang
digelar balik kampung ini menyebabkan kota-kota besar menjadi
lengang dan jalanraya menjadi sesak. Masing-masing ingin merayakan
Aidilfitri bersama ibu bapa dan keluarga. Seluruh keluarga akan
bergotong royong menghias rumah dan memasak juadah.
Pagi Aidilfitri biasanya akan dimulakan dengan takbir dari masjidmasjid, yang telahpun berlanjutan dari malam sebelumnya. Pagi-pagi

lagi semua orang telah bangun,dan biasanya akan mengunjungi


pusara kaum keluarga.Kemudian, kaum wanita akan mengemas rumah
manakala kaum lelaki akan bersiap ke masjid untuk menunaikan solat
sunat aidilfitri. Masing-masing segak dan cantik dengan pakaian
baru.Kanak-kanak adalah yang paling seronok, dimana segalanya dari
songkok, baju melayu, atau baju kurung hinggakan kasut adalah serba
baru.
Selepas mengerjakan solat sunat Aidilfitri, kaum keluarga akan
berkumpul untuk bersalaman dan meminta maaf antara satu sama
lain. Anak-anak akan meminta maaf dari ibu bapa, manakala ibu bapa
akan meminta maaf dari datuk dan nenek. Menjelang tengahari,
semua sanak saudara dan jiran sekampung akan kunjung-mengunjung
antara satu sama lain untuk beraya atau adat berziarah. Ucapan
selamat hari raya bersilih ganti dan kemaafan dipohon, menandakan
kesalahan lalu telah dilupakan.
Kanak-kanak biasanya akan membuat kumpulan lain untuk berziarah,
samada ke rumah jiran, saudara atau rakan-rakan , dimana tradisi
memberi duit raya memeriahkan lagi suasana. Juadah wajib bagi hari
raya ialah seperti ketupat, rendang, sambal kacang, lemang, dan
serunding. Disamping itu, terdapat banyak jenis kuih dihidangkan,
mengikut tempat.
Sambutan hari raya adalah selama sebulan, dimana stail terkini akan
terdapat ramai pihak membuat rumah terbuka sepanjang Syawal.
Disamping itu, kaum yang kurang bernasib baik seperti anak yatim,
orang kurang upaya dan warga emas juga tidak dilupakan. Orang
ramai akan tampil membuat sumbangan supaya kemeriahan Aidilfitri
memberi sinar kepada mereka.
Hari Raya Aidiladha
Selain dari hari raya Aidilfitri, satu lagi hari perayaan bagi umat Islam
seluruh dunia ialah hari raya Aidiladha.Ia disambut pada 10 haribulan
Zulhijjah, iaitu dua bulan setelah Syawal.Ia juga dikenali sebagai hari
raya Haji atau hari raya Korban.
Nama hari raya Haji diambil sempena dengan ibadah haji yang
dilakukan semasa bulan Zulkaedah dan Zulhijjah. Di tanah suci
Makkah, kedatangan Aidiladha menandakan sempurnanya ibadah haji.
Hari raya Korban pula diambil dari peristiwa ibadah kurban yang
dilakukan oleh nabi Allah Ibrahim dan anaknya Ismail.Walaupun
baginda berat hati untuk menyembelih anaknya , tetapi nabi Ibrahim
tetap melaksanakan ibadah korban demi taatnya baginda kepada Allah
Taala.Inilah yang menjadi ikutan oleh umat Islam sampai ke hari ini.

Setiap kali tibanya Aidiladha, seperti Aidilfitri juga umat Islam bersolat
sunat pada pagi hari.Dengan berpakaian baru, kemudian umat Islam
berkumpul bersama keluarga dan menjamah juadah.Hidangan pada
Aidiladha tiada jauh bezanya dengan Adilfitri, ketupat, lemang,
rendang, serunding dan kuih muih disediakan.
Kemudian, umat Islam akan keluar ke masjid-masjid semula untuk
melaksanakan ibadah korban. Disini, lembu, kambing, biri-biri dan
kerbau disembelih. Bahkan stail terbaru sekarang terdapat juga unta
disembelih di Malaysia. Ini adalah ibadah sunat yang dituntut sempena
Aidiladha, sebagai lambang tulus dan ikhlasnya hamba terhadap Allah
Taala.
Selepas binatang ternakan itu disembelih, daging akan dibahagibahagikan. Satu pertiga diberi kepada tuan punya, dan selebihnya
diberi kepada fakir miskin, jiran-jiran dan semua orang Islam.Hikmah
dari cara ini adalah ia mengeratkan silaturrahim dan membantu orangorang yang kurang berkemampuan.
Aidiladha juga disambut dengan tradisi kunjung mengunjung dan
rumah terbuka. Aidiladha juga adalah lambang keabdian hamba
kepada Allah, dimana kita harus bersyukur atas nikmatNya dengan
menyedekahkan sebahagian harta dengan mereka yang kurang
bernasib baik.
Maal Hijrah
Maal Hijrah atau disebut juga Awal Muharam, adalah hari penting
untuk umat Islam.Ia adalah hari pertama dalam bulan pertama umat
Islam.
Maal Hijrah bermaksud perpindahan.Pada hari ini berlaku penghijrahan
Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah al Mukarramah ke Madinah al
Munawwarah. Peristiwa ini berlaku pada tahun 622 masehi.Makna lain
bagi hijrah ialah perubahan daripada keburukan dan kelemahan
kepada kebaikan dan kelebihan.Ia boleh menjadi permulaan kepada
penilaian terhadap pencapaian diri sendiri.
Tidak ada ibadah khusus untuk hari ini. Tetapi masyarakat Islam
seluruh negara menyambutnya dengan mengadakan tadarus al Quran,
berzanji, ceramah dan perarakan. Ter dapat juga anugerah Tokoh Maal
Hijrah diperingkat negeri dan kebangsaan. Ini adalah pengiktirafan
terhadap sumbangan orang perseorangan Islam yang cemerlang dari
segi sahsiah, kerjaya, dan menyumbang pada masyarakat.

10 Muharam pula dikenali sebagai hari as Syura. Ia adalah hari dimana


banyak peristiwa besar berlaku dalam Islam.Masjid-masjid seluruh
negara biasanya membuat bubur as Syura, dan disedekahkan kepada
jemaah, sebagai tanda muafakat.10 Muharram bukanlah cuti umum
kepada rakyat, tetapi negeri seperti Johor, Kelantan dan Terengganu
mengisyhtiharkan Awal Muharram sebagai cuti umum.

Tahun Baru Cina


Sejarah Tahun Baru Cina bermula beribu-ribu tahun dahulu, dimana
seekor makhluk ganas yang bernama Nian membuat huru-hara di
Tanah Besar China. Ini membuatkan manusia hidup dalam ketakutan
dan kesengsaraan.Mereka mencari ikhtiar unutk menewaskan makhluk
ini. Akhirnya mereka berjaya menakutkan makhluk ini dengan
melemparkan reben merah ke udara, meletupkan mercun dan
membakar bunga api siang dan malam.
Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru
bagi kalender masyarakat Cina.Bersama-sama dengan warna merah,
tanglung, mercun dan pakaian cheongsam , ia menjadi symbol tradisi
kemeriahan masyarakat Cina.
Perayaan yang bersamaan dengan permulaan kepada musim bunga di
China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti
yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol
tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu
masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk
mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai
penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan
menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha.Binatangbinatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing,
ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab.Kononnya dikatakan bahawa
mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan
untung nasib binatang tersebut.
Di Malaysia, telah diisytiharkan bahawa dua hari pertama bagi Tahun
Baru Cina adalah cuti umum.Namun hari kelima belas bagi perayaan
ini iaitu hari Chap Goh Mei tidak kurang pentingnya. Ia adalah hari
terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan
ini.
Sambutan bagi Tahun Baru bermula sebulan sebelum itu. Orang ramai
mula membeli belah, terutama baju baru, perhiasan rumah, dan
hidangan wajib Tahun Baru seperti kuih bulan dan limau

mandarin.Menjelang semakin hampir hari Tahun Baru, rumah-rumah


akan dihias indah, bertemakan merah dengan tulisan kaligrafi Cina
yang mendoakan kemakmuran dan kekayaan ditahun hadapan.
Di malam Tahun Baru , kaum keluarga samada dekat atau jauh akan
berkumpul di rumah ibu bapa untuk upacara makan besar. Ini simbol
eratnya ikatan kekeluargaan yang menjadi tunjang mesyarakat
harmoni.Hidangan makan malam Tahun Baru ini biasanya adalah
tradisi turun temurun seperti itik panggang, khinzir, tiram berkicap,
dan sayuran prosperity yang dimakan bersama arak.
Selesai makan, semua ahli keluarga akan berdoa dan menjalankan
upacara shuo sui , yang dipercayaai akan memanjangkan umur
seseorang.Bagi yang tua, kemudian malam tahun baru akan
dihabiskan dengan bermain mah jong sebagai hiburan untuk
merapatkan hubungan antara ahli keluarga.Tepat detik tengah
malam,mercun dan bunga api akan dibakar, menandakan sambutan
Tahun Baru bermula.
Apabila hari siang, lilin upacara akan dibakar, pakaian baru yang
berwarna merah akan memeriahkan suasana, disamping ucapan Kong
Hee Fatt Choy akan diucapkan sesama penganut. Ia membawa
maksud semoga tahun ini akan membawa kebaikan.Tetamu mula
berkunjung membawa limau mandarin, yang bermaksud kekayaan
manakala tradisi memberi ang pow diteruskan kepada kanak-kanak
dan orang yang belum berkahwin. Ia bersamaan dengan memberi duit
raya di kalangan umat Islam di masa hari Raya
Terdapat juga tradisi larangan dimasa Tahun Baru Cina ini.Adalah
dipercayaai sepanjang 15 hari sambutan perayaan tidak dibenarkan
sesiapa pun membuka perniagaan, atau ia akan ditimpa kerugian.Tidak
dibenarkan juga menyapu sampah di rumah kerana ia akan menghalau
keluar tuah dari ahli rumah.Tarian singa juga dipersembahkan, sebagai
tanda memuliakan haiwan ini yang membantu menumpaskan rasaksa
jahat.
Dihari ketujuh sambutan Tahun Baru, yang juga dipercayai hari
kelahiran manusia, masyarakat Kantonis akan menyediakan sejenis
hidangan yang dinamakan yee sang. Ia kaya dengan herba dan
menjadi simbol kehidupan, murah rezeki, dan panjang umur.
Masyarakat Hokkien pula menyambut hari kelapan dengan
bersembahyang kepada Tian Gong, iaitu Dewa Syurga.Manakala hari
terakhir iaitu ke-15, mereka akan mengadakan perarakan Chinggay,
terutama di Pulau Pinang.

Pesta Gawai Dayak


Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di
Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai
juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya
disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta
Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di
desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan
bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besarbesaran semenjak 1964.
Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan
dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas
untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada
mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan
persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam
jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.
Setelah upacara persembahan telah selesai, perayaan Gawai secara
tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau
pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi
umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan
makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk
semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tapai.
Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat
Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat
lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.
Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat
daripada manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai
harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang Iban juga
akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan
paras rupa.Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok
istiadat dibuang.
Pesta Kaamatan
Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai ini disambut oleh kaum Kadazan /
Dusun sebagai meraikan tuaian yang baik, tetapi Pesta Kaamatan juga
disambut oleh semua kaum lain di Sabah. Pesta Kaamatan biasanya
disambut sepanjang bulan Mei, bermula dari awal bulan. Kemuncak
perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik, tarian tradisi, dan
upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan atau "ketua
bomoh."

Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau


Ka'amatan'. Manakala Megavau pula adalah upacara kesyukuran yang
penting, dijalankan oleh bobohizan. Megavau dijalankan di sawah padi
pada malam bulan mengambang pertama selepas menuai. Bobohizan
akan membaca mentera dan seorang pahlawan dengan pakaian tradisi
berjalan menghayun pedang untuk menghalau roh jahat.Makanan
terbaik seperti tapai dan nasi akan disajikan sebagai jamuan terhadap
roh.
Kaum Kadazan percaya kepada makhluk halus dan mereka
mempercayai terdapat lima jenis makhluk halus yang dikenali
sebagai :- Kinoingan, Ketua makluk halus dan Pencipta , Rusad
semangat semua benda hidup kecuali manusia, Koududuvo semangat
manusia, Tombivo semangat orang yang telah meninggal, dan Rogon
semangat
jahat.
Menurut kepercayaan orang Kadazan, semangat padi merupakan
sebahagian daripada Kinoingan - yang juga dikenali sebagai
Bambaazon, yang disembah sebagai pencipta dan amat berkuasa
sumber kepada kehidupan dan kewujupan. Semangat padi Bambaazon
amat dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Mereka
berpendapat bahawa padi adalah sumber kehidupan.
Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi
mereka dan bersuka-ria sepanjang hari. Minuman tapai "arak beras"
dihidangkan sebagai minuman istimewa Pesta Kaamatan. Penduduk
Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian
Tadau Ka'amatan' yang bermaksud Selamat Hari Menuai.
Pesta Kuih Bulan Dan Tanglung
Pesta Kuih Bulan pula disambut pada hari ke-15 pada bulan kelapan
kalendar Cina. Ia menandakan berakhirnya musim menuai pada zaman
dahulu kala.Kadangkala ia dikenali juga sebagai Pesta Tanglung.Di
Malaysia, masyarakat Cina menyambutnya dengan mengunjungi
tokong, berkumpul bersama keluarga, membuat kuih bulan dan
menggantung tanglung. Amalan memberi kuih bulan kepada rakan dan
saudara mara, bagi mereka adalah untuk mengukuhkan ikatan, kerana
kuih bulan adalah lambang hormat.
Pada malam 15 haribulan, ketika bulan mengambang, jamuan kuih
bulan, ayam panggang, babi panggang, ubi, dan teh Cina
dipersembahkan di tokong. Tanglung- tanglung pelbagai jenis juga
digantung di rumah. Bacaan mentera yang disertai dengan
pembakaran colok , lilin, dan kertas adalah amalan mereka di malam

ini.Selepas itu, kelihatan kanak-kanak membawa tanglung mengelilingi


rumah dengan gembira.
Kuih bulan dan tanglung adalah dua aspek penting dalam perayaan
ini.Kuih Bulan yang dibuat bagi hari ini adalah melambangkan
kesepakatan, kerana bentuknya yang bulat.Biasanya ia diisi dengan
inti kacang merah, kacang hitam atau kacang soya.Manakala tanglung
bagi memeriahkan perayaan ini terdapat dalam pelbai bentuk, seperti
naga, rama-rama, arnab, ketam dan sebagainya.Bentuk -bentuk ini
bagi masyarakat Cina akan memberi tuah kepada mereka. Di Malaysia,
kemeriahan ini dapat dirasai jika kita berkunjung ke Petaling Street
pada malam itu.

Anda mungkin juga menyukai