Anda di halaman 1dari 4

PERAYAAN PELBAGAI KAUM

DI MALAYSIA
Perayaan PeIbagai Kaum di Malasyia
Perayaan adalah suatu aktiviti yang disambut oleh sesebuah masyarakat ataupun kaum.
Sebagai masyarakat yang berbilang kaum, kita meraikan pelbagai jenis perayaan pada
setiap tahun. Ada perayaan yang disambut memenuhi tuntutan agama, memperingati
peristiwa penting atau mengekalkan budaya yang diwarisi. Oleh itu, kita harus bangga
dengan pelbagai keunikan yang ada di negara kita. Keunikkan ini amat dikagumi oleh
masyarakat antarabangsa.

Bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia. Pelbagai perayaan dapat disambut. Penganut
agama Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Adiladha. Hari raya Aidiladha
lebih popular dengan panggilan Hari Raya Korban. Pada hari raya tersebut, umat Islam akan
membuat persiapan tertentu untuk menyambut kedatangan hari raya. Antara tradisi umat
Islam di negara ini adalah menyediakan pakaian baru untuk keluarga, menghias rumah dan
membuat pelbagai jenis kuih tradisi untuk dihidangkan kepada para tetamu yang datang
berkunjung ke rumah.
Orang Cina pula menyambut Tahun Baru Cina. Perayaan tahun baru Cina adalah
menandakan tahun baru bagi kalendar masyarakat Cina. Warna merah, tanglung, mercun
dan pakaian cheongsam menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat Cina. Pada malam
Tahun Baru, kaum keluarga sama ada dekat atau jauh berkumpul di rumah ibu bapa untuk
upacara makan besar. Perayaan ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan kaum
Cina. Selain itu, kaum Cina juga menyambut Cap Goh Mei. Bagi yang beragama Buddha
mereka menyambut Hari Wesak.

Kaum India menyambut Deepavali. Deepavali merupakan perayaan utama yang


disambut oleh penganut agama Hindu. Deepavali dikenali juga sebagai Pesta Cahaya.
Mereka juga akan membuat kolam pada pintu masuk rumah atau hiasan pada lantai rumah
yang diperbuat daripada beras berwarna-warni. Terdapat pelbagai makanan tradisional
kaum India seperti muruku, vadei, ladu dan putu mayam. Semasa menyambut Deepavali
makanan ini dihidangkan kepada tetamu. Pada waktu malam lampu dinyalakan untuk
mengiringi pesta yang disambut. Selain itu, kaum India juga menyambut Hari Thaipusam.
Ketika perayaan ini disambut suasananya pasti dengan kegembiraan dan hidangan
makanan. Semua rakyat negara ini menanti-nanti setiap perayaan dengan penuh semangat
yang tinggi. Sambutan perayaan di Malaysia dapat mengeratkan perpaduan antara semua
kaum.

Anda mungkin juga menyukai