Anda di halaman 1dari 1

Ng Yuan Ying 4K

Faedah Berkebun
Kita patut bersyukur kerana negara kita subur buminya. Biji benih yang kita
taburkan jika dijaga dan dibaja selalu, biji benih itu akan bercambah dan hidup
subur. Oleh itu, kita digalakkan berkebun kerana banyak faedah yang akan kita
peroleh.
Sebenarnya, seseorang yang rajin berkebun telah melakukan aktiviti riadah
yang diperlukan oleh tubuh. Kerja mencangkul tanah, membuat batas dan
sebagainya dapat mengeluarkan peluh. Oleh itu, tubuh kita menjadi cergas
dan sihat.
Dengan berkebun juga kita dapat mengisi masa lapang. Kita dapat
menenangkan fikiran apabila melihat hasil tanaman yang menghijau. Aktiviti
ini dapat mengurangkan tekanan yang kita hadapi.
Selain itu, kita bukan sahaja dapat menjimatkan belanja malahan dapat
menambah pendapatan dengan menjual sayur-sayuran yang kita tanam.
Amalan berkebun juga memberikan sumbangan terhadap alam sekitar.
Tumbuhan-tumbuhan hijau menyerap karbon dioksida dan membebaskan
oksigen semasa proses fotosintesis. Hal ini menjamin kesejahteraan makhluk
di muka bumi ini.
Begitu banyaknya faedah yang kita peroleh daripada amalan berkebun.
Oleh sebab itu, amalan ini hendaklah kita lakukan sepanjang masa.

Anda mungkin juga menyukai