Anda di halaman 1dari 1

Karangan: Surat Kiriman Tidak Rasmi 1

Soalan: Tulis sepucuk surat kepada nenek kamu di kampung untuk memohon maaf
kerana tidak dapat pulang pada cuti persekolahan yang akan datang.
32, Jalan Setia Tropika 3/11,
Taman Setia Tropika,
81200 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.
6 Januari 2012.
Menemui nenda Hajah Maimunah yang berada di Sungai Isap Damai, Kuantan, semoga
sihat hendaknya. Cucunda sekeluarga di sini sihat sejahtera. Cucunda harap nenda pun
dalam keadaan sihat dan sentiasa ceria.
Nenda,
Cucunda ingin memohon maaf kepada nenda kerana cucunda sekeluarga
terpaksa menangguhkan rancangan untuk pulang ke kampung pada awal cuti
persekolahan ini. Untuk makluman nenda, penangguhan ini disebabkan cucunda
diwajibkan mengikuti kelas tambahan persediaan UPSR pada tahun hadapan.
Namun begitu, usahlah nenda bersedih kerana selepas berakhirnya kelas
tambahan ini, cucunda sekeluarga akan pulang ke kampung dengan segera. Cucunda akan
memaklumkan tarikh kepulangan cucunda sekeluarga nanti. Cucunda sudah tidak sabar
hendak menghabiskan cuti persekolahan bersama-sama nenda. Bolehlah nenda
menyediakan masakan kampung kegemaran cucunda.
Sekian sahaja warkah buat kali ini. Diharapkan nenda memahami situasi
cucunda. Cucunda sekeluarga mengucapkan salam ingatan dan kasih sayang yang
berpanjangan buat nenda di kampung.
Sekian, terima kasih.
Cucundamu,
Adeebah

Anda mungkin juga menyukai