Anda di halaman 1dari 2

Menyertai Pertandingan Bercerita Di Sekolah

Yeoh Shu Min 5K


Esok ialah hari pertandingan, saya berasa sangat cemas.
Oleh itu, saya kerap kali berlatih menyampaikan cerita
saya yang bertajuk Singa dan Tikus di hadapan cermin
bilik saya. Pada malam itu, saya tidak dapat tidur lena.
Pada hari pertandingan, dewan sekolah dihiaskan
dengan belon, reben dan pokok-pokok bunga. Peserta
beri duduk di atas pentas. Seramai 200 orang murid
duduk di bawah pentas untuk menyaksikan pertandingan
bercerita ini.
Saya juga ditempatkan duduk di atas pentas untuk
menunggu giliran saya. Setelah nama saya dipanggil oleh
juruacara, saya pun menuju ke depan pentas untuk
memulakan cerita saya. Apabila saya bercerita di atas
pentas, persembahan saya amat memuaskan. Saya
menyampaikan bercerita saya dengan yakin dan
bersemangat.
Sebaik sahaja, saya menamatkan cerita saya.
Murid-murid memberi saya tepukan tangan yang gemuruh.
Saya berasa sangat gembira kerana galakan dan sokongan
yang diberikan oleh kawan-kawan.
Sudah pun tiba masa untuk mengumumkan
keputusan pertandingan bercerita. Saya mendapat johan
dalam pertandingan bercerita tahun 5. Saya berasa

sangat gembira dan bangga. Selain itu, saya berasa


kegigihan saya dalam latihan bercerita tidak tersiar-siar.
Saya berasa saya mendapat sesuatu yang lebih
bernilai daripada mendapat johan itu saya telah
menambah keyakinan diri melalui menyertai pertandingan
bercerita ini .

Anda mungkin juga menyukai