Anda di halaman 1dari 1

Suasana Kantin Sekolah pada Waktu Rehat

"Ring...," Loceng sekolah telah berbunyi. Murid-murid beratur ke kantin untuk mengisi perut.

Suasana di kantin sekolah riuh-rendah seperti bertih digoreng. Sesetengah murid


membawa bekalan makanan dari rumah. Sesetengah murid pula beratur dengan tertib untuk
membeli makanan dan minuman.

Terdapat pelbagai jenis makanan dijual di kantin sekolah. Misalnya mi goreng, nasi
lemak, bihun sup, roti dan pelbagai jenis kuih. Semua makanan disusun dengan rapi dan
ditutup dengan penutup plastik supaya tidak dicemari. Pekerja kantin melayan kerenah murid-
murid dengan mesra.

Selepas membeli makanan, murid-murid mencari tempat yang sesuai untuk menikmati
makanan masing-masing. Murid-murid menjamu selera dengan sopan. Selepas makan, murid-
murid meletakkan pinggan-mangkuk ke dalam besen dan membuang plastik pembungkus
sampah ke dalam tong sampah yang disediakan bagi menjaga kebersihan kantin.

Guru disiplin dan beberapa orang pengawas bertugas untuk mengawasi murid-murid
di kantin sekolah. Kelihatan dua orang murid lelaki berkejar-kejaran di kantin. Mereka ditahan
oleh pengawas dan ditegur oleh guru disiplin kerana melanggar peraturan sekolah.

Apabila waktu rehat tamat, semua murid beratur pulang ke kelas masing-masing
untuk meneruskan pembelajaran. Suasana di kantin sekolah pun kembali sunyi.

Suasana Di Kantin Sekolah Saya Pada Waktu Rehat


Sekolah saya mempunyai sebuah kantin yang besar. Sewaktu loceng berehat berbunyi,
semua murid segera mengemaskan buku lalu berbaris ke kantin.

Suasana di kantin sungguh riuh-rendah. Murid-murid berbaris untuk membeli


makanan. Penjual-penjual makanan dan minuman juga sibuk melayan murid-murid.

Selepas membeli makanan, murid-murid pun duduk di atas kerusi yang


disediakan oleh pihak sekolah. Ada murid yang makan dengan sopan. Ada yang makan
sambil berbual-bual. Semua murid makan dengan puas dan gembira.

Setelah makan, murid-murid membuang sisa makanan ke dalam tong sampah


supaya kantin kelihatan bersih. Murid-murid juga meletakkan pinggan ke dalam besen.

Pada pukul 10.10 pagi, loceng berbunyi lagi. Murid-murid pun balik ke kelas
masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai