Anda di halaman 1dari 1

SUASANA DI KANTIN PADA WAKTU REHAT

Di kantin terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman.


Antaranya nasi lemak, mi, kuih-muih, dan minuman ringan.
Setiap kali tiba sahaja waktu rehat, suasana kantin sekolah
yang sunyi sepi tiba-tiba bertukar menjadi riuh-rendah.

Keadaan ini tidak menghairankan kerana pada waktu itu,


semua murid akan tertumpu ke kantin untuk membeli
makanan. Waktu rehat selama 30 minit digunakan sepenuhnya
oleh murid-murid untuk berehat dan mengisi perut.

Apabila loceng berbunyi, murid-murid terus bergegas ke


kantin untuk membeli makanan yang diingini. Dua orang
pengawas akan bertugas di kantin. Oleh itu, murid-murid perlu
beratur semasa membeli makanan. Di samping itu, murid-murid
juga perlu menjaga kebersihan kawasan kantin. Apabila
makanan sudah dibeli, mereka akan duduk di kerusi yang
disediakan. Ada juga yang duduk di bawah pokok.

Selepas makan, mereka akan membuang kertas-kertas


bungkusan ke dalam tong sampah. Namun begitu, terdapat
segelintir murid membuang sampah di merata-rata tanpa
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Anda mungkin juga menyukai