Anda di halaman 1dari 2

Perpustakaan Sekolah Saya

Saya belajar di SJK(C)Cheng Siu 2. Sekolah saya mempunyai


sebuah perpustakaan. Perpustakaan sekolah saya terletak di blok
A tingkat tiga. Perpustakaan sekolah saya besar, bersih dan selesa.

Perpustakaan sekolah saya dilengkapi pelbagai jenis kemudahan
yang canggih. Ada rak buku, penyaman udara, computer dan
sebagainya. Selain itu, di dalam rak buku juga terdapat pelbagai
jenis bahan bacaan. Buku-buku disimpan di dalam almari atau
tersusun kemas di rak buku.

Setiap hari, perpustakaan dibuka untuk murid-murid dari pukul
sepuluh pagi. Pihak sekolah menetapkan jadual waktu bagi setiap
kelas untuk meminjam buku dan sebagainya di perpustakaan.

Semua murid dibenarkan meminjam buku di perpustakaan.
Semasa meminjam buku, murid-murid mesti menyerahkan kad
perpustakaan kepada pustakawan untuk mencatat maklumat.
Buku-buku yang dipinjam harus dipulangkan tepat pada masa yang
ditetapkan.

Untuk menjamin peraturan perpustakaan, semua murid dilarang
membawa makanan dan minuman semasa ke perpustakaan.
Seminggu sekali, pustakawan akan membersihkan perpustakaan.
Mereka juga akan memeriksa buku-buku yang dipulangkan oleh
murid-murid.

Dengan adanya perpustakaan, murid-murid dapat menimba
pelbagai ilmu pengetahuan. Oleh itu, saya berharap murid-murid
selalu berkunjung ke perpustakaan.

Anda mungkin juga menyukai