Anda di halaman 1dari 1

Hobi saya

Semua orang mempunyai hobi yang berbeza, begitu juga saya. Antara hobi yang
menjadi kegemaran semua orang adalah membaca. Saya juga suka membaca , tetapi
membaca bukanlah hobi saya. Hobi saya ialah bermain badminton.
Saya suka bermain badminton semasa waktu lapang, terutamanya pada waktu
petang. Selalunya, saya akan bermain badminton bersama-sama dengan rakan-rakan.Hal ini
sekali gus dapat mengeratkan silaturahim antara pemain. Selain itu, bermain badminton
juga dapat melahirkan individu yang berdaya saing.
Badminton merupakan antara sukan yang terkenal di Malaysia. Dato Lee Chong Wei
merupakan idola saya yang memberi pengaruh besar kepada saya untuk meneruskan hobi
ini. Apabila saya bermain badminton,saya sentiasa bermain badminton dengan bersungguh
sungguh supaya suatu hari nanti saya dapat menjadi seperti idola saya tersebut.
Selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara rakan-rakan, badan juga
akan menjadi cergas apabila bermain badminton. Bak kata pepatah badan yang cergas
menghasilkan minda yang cerdas.
Di samping itu, Hobi seperti ini juga dapat membantu saya mengisi masa lapang
dengan melakukan perkara yang berfaedah. Apabila masa lapang di isi dengan baik, hal ini
sekali gus dapat membimbing saya supaya menghargai masa kerana masa itu emas.
Kesimpulannya, bermain badminton banyak memberikan faedah bukan sahaja
kepada saya malah kepada semua orang.Hobi yang baik hendaklah dimanfaatkan agar
dapat menjamin masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Anda mungkin juga menyukai